Herbalife di bulan puasa Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Puasa saya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu tahun ini kami

1. berpuasa bersama cahaya mata yang memang benar-benar bercahaya, Aliff. Sepanjang hampir 2 minggu berpuasa, saya hanya berjaya solat jemaah Isya' dan Terawih di masjid 2 kali sahaja. Selebihnya, setiap kali lepas berbuka puasa dan solat berjemaah Maghrib di rumah ibu dan ayah saya, Aliff pasti akan menggosok-gosok mata dan menggaru-garu kepalanya menandakan masa tidurnya hampir tiba. Kebetulan, umurnya yang semakin menghampiri 10 bulan, membuatkan dia kini semakin aktif dan tidak lagi bisa ditinggalkan dalam walker bersendirian.

Aliff kena ngorat, echeh!

2. puasa kali ini tambah bermakna apabila saya berpeluang menggunakan produk kesihatan, gantian kepada makanan nutrisi lengkap Herbalife. Alhamdulillah, sebelum puasa hari tu saya timbang, berat saya hampir sahaja mencecah 55kg akibat hilang kawalan nafsu makan setelah pulang ke kampung, Terengganu dan meninggalkan pemakanan herbalife sejak 2 minggu lamanya +.+


Diambil dari blog http://amalina-peter.blogspot.com

1. Sahur saya mulakan dengan minum aloe, tea mix dan shake F1 bersama 1 liter air. Perut memang kembung macam baru mandi air laut oh.

2. Berbuka saya mulakan dengan kurma, seterusnya aloe, tea mix, shake F1 dan makanan berbuka yang menjadi pojaan sepanjang hari berpuasa. Makanan tersebut hendaklah dalam bahagian yang sedikit. :) Makan itu hendaklah berpada-pada supaya dapat mengerjakan ibadah lain dengan selesa ye, wahai sabahat semua.

3. Moreh saya pula cukuplah sekadar air yang cukup dan kadang-kadang teringin juga makan biskut, kuih-muih dan sebagainya. Sekali lagi pengambilan air mestilah dalam kuantiti yang banyak.

Saya tidak begitu mengikut jadual di atas. Ok, sila cubit saya sekarang! Alhamdulillah, sepanjang 2 minggu mengamalkan pemakanan seperti di atas saya berjaya menurunan berat sebanyak 4 kg dan suami 3 kg, kerana dia selalu skip pengambilan shake F1 pada malam hari.

Sekian, dulu.

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

JuaNadiah 2013