Archive for December 2012

Resepi Muffin Coklat yang sangat senang!

Bismillah

Baru-baru ni, tetiba feeling rasa kesiaaan kat Aliff. Kesian, tak dapat perhatian ibu sepenuhnya. Ibu tak masak 3 kali sehari untuk dia, tak main-main dengan Aliff setiap hari. Alhamdulillah, jalan-jalan kat Big Bad Wolf 2012 baru ni, terjumpa buku simple ni RM 8 je. Don't Sweat The Small Stuff For Moms.

Memang sesuai nau untuk ibu yang cepat gelabah ni. Dalam buku ni ada mention, memang impian seorang ibu untuk jadi perfect mom dan sangat jeles kalau tengok kawan-kawan yang boleh masak, layan anak sepenuhnya. Tapi dia mention, bukan semua ibu mempunyai situasi yang sama. Ada yang bekerja ada yang tidak. Jadi, sesuaikan masa bersama anak mengikut keadaan. Kalau rasa tak boleh sentiasa bersama, make sometime special untuk anak. Time management penting! Macam-macamlah dia ajar. Tak payah nak stres ke apa. Enjoy je perjalanan sebagai seorang ibu.

Teringat kata-kata Madam Martinelli masa aku kelas dengan beliau untuk Community Service dulu. "Ramai kawan-kawan saya pelik saya sibuuuk dengan program dengan anak yatim, bantu anak-anak orang susah sampai tiada masa untuk anak sendiri. Tapi saya yakin apabila saya buat sesuatu ikhlas, dengan mengharap redha Allah dan manfaat orang lain, insya Allah, Allah akan jaga anak saya." Alhamdulillah, anak-anak beliau kini semuanya sukses belaka.




Walaupun ibu tak cukup memasak untuk Aliff 3 kali satu hari, tapi syukur alhamdulillah ibu dapat sediakan pemakanan nutrisi lengkap Herbalife pada ayah dan Aliff. Itulah antara tugas terbesar seorang ibu dalam rumah untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak dan sumac. Dalam keadaan yang sibuk buat kerja rumah dan kerja-kerja Herbalife, ibu boleh sedikit lega tahu yang anak dan suami ibu mendapat khasiat secukupnya dalam pemakanan harian sebab pagi-pagi kita semua ambil sarapan pagi sihat Herbalife, sayang.

Lagi sebuah kesyukuran adalah apabila buat Herbalife, masa untuk bersama Aliff dan kerja adalah flexible, boleh adjust. Cuma perlu lebih berhati-hati dan lebih berdisplin dalam pembahagian masa. Kalau ralit sikit memang boleh habis masa dengan Aliff je. Insya Allah tak sepenuh masa bersama Aliff membuatkan beliau boleh berdikari, insya Allah amin!

Alhamdulillah minggu lepas sempat meluangkan masa bersama Aliff untuk buat muffin coklat yang kacang gila nak mampus! Kat sini ibu dan Aliff share resepinya dan cara buatnya ye puon-puon.

Resepi brownies / Resepi muffin coklat 

Bahan-bahan :

  • 140g mentega
  • 400 gram coklat masak (coklat makan pun boleh)
  • 100 gram gula halus (aku guna 80 gram je)
  • 4 biji telur
  • 120 gram tepung naik sendiri (kalau takde tepung naik sendiri, guna 120gram tepung gandum+1 sudu kecil baking powder)

Cara buatnya :

1. Timbang mentega dan coklat. Kemudian, potong kecil-kecil coklat supaya nanti senang cairkan.



Boleh upah pembantu untuk buat kerja yang leceh begini



2. Sementara pembantu buat kerja leceh, timbang gula dan tepung (ketepikan tepung) dan campurkan gula dengan 4 biji telur ke dalam mangkuk lain dan kacau. Ketepikan.




Juga minta pembantu buat kerja senang begini supaya kita boleh fokus kepada kerja yang lebih mencabar.

3. Inilah kerja mencabarnya. Letak coklat dan mentega dalams ebuah periuk. Periuk tersebut diletak dalam kuali berisi air. (konsep double boiler, supaya coklat tak hangus). Kacau sehingga cair dan coklat nampak berkilat.




4. Sementara tu, minta pembantu untuk menyusun bekas muffin.


5. Apabila selesai coklat dan mentega dicairkan, campurkan adunan telur dan gula tadi. Kemudian, letak tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga semua tepungs ebati dengan adunan coklat.


6. Selepas adunan sebati, masukkan ke dalam bekas muffin menggunakan penyedok ais krim atau senduk. Kemudian boleh tabur manik hiasan.


6. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit dan sedia masukkan tray ke dalam oven dan turunkan suku kepada 160 darjah celcius selama 30 minit. Bahagian ini paling mencabar. Jadi sentiasa pantau pembakaran dan jangan leka waktu ni. Untuk pastikan kek dah masak, cucuk kek dengan lidi. Kalau dah masak, tiada apa-apa yang melekat pada lidi. (mungkin adalah sikit-sikit).


Sementara muffin masak, boleh ratah saki baki coklat atau cicah dengan roti seperti watak di bawah ini sedang lakukan.


Kebiasaannya, tanda muffin mula masak adalah bau coklat yang harum. Siap dan ngap!



Tada, muffin coklat hasil tangan Muhammad Aliff Bin Khairil Syazwan.


Begitulah puon-puon, resepi dikongsi oleh kak yani, luar biasa resepi-resepinya!

Baiklah.

Para ibu sekalian, insya Allah kalau niat ikhlas dan betul-betul determine nak spend masa yang berkualiti dengan anak, anda tetapkan masa dan buat terus. Biasa yang asyik tak jadi sebab banyak sangat tangguh, betul tak? - Daripada ibu yang banyak buat silap juga.



Posted in , , , , | 1 Comment

What Herbalife can offer you and me?


Everything about Herbalife. Insya Allah info yang bermanfaat!

Enjoy the video

Posted in | Leave a comment

Syukur #2



Buat masa sekarang. Nanti ada penampahan lagi, insya Allah. Hehehe

Say what, Alhamdulillah!

Katalah apa kamu nak kata, aku ada mereka, aku ada Allah!

Posted in , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013