Archive for June 2013

Dear baby

Bismillah.

Nukilan sebagai peringatan untuk aku.

Sebenarnya dah lama gila aku nak tulis entri ni. Dedicate khas untuk baby yang bakal melihat dunia dalam seminggu ni. Tapi dari hari demi hari asyik sibuk tak tahulah apa yang disibukkan sokmo tukan? Lalu, kebetulan sebentar tadi aku tersinggah ke blog Rahmah salah seorang adik dalam organisasi Herbalife ku, boleh rujuk sini.

Entri tersebut benar-benar buat aku sentap, nak pecah dada membacanya! Seolah-olah dia menulis bagi pihak aku. Sebuah tulisan yang aku kira amat bermakna dalam hidup aku sekarang ni. Sebuah luahan yang tak dapat aku susun dengan kata-kata tapi beliau nukilkan dengan sebuah pembacaan yang indah tersusun rapi dan baik.

Aku ingat lagi, sebuah persoalan yang memang aku khususkan untuk aku cari di event Spectacular Januari lepas. Aku bawa bersama soalan tersebut, sematkan dalam hati ketat-ketat untuk aku cari jawapannya dalam event tersebut. Apakah persoalan tersebut?

Sebelum tu aku dah tanya Allah;

"ya Allah, aku nak buat Herbalife dan komit secara serius membantu orang yang memerlukan Herbalife dan seluruh kebaikannya. Tapi kadang-kadang aku rasa kosong sebab kurang input ruhaniah dan ilmu di dada tentang agama. Bagi aku setakat pembacaan belum mencukupi. Untuk meluangkan masa ke kelas agama pun kadang-kadang belum punya masa kerana komitmen yang tinggi dengan Herbalife. 

Jadi ya Allah tunjukkan aku kiranya Herbalife baik untuk ku dan agama ku, mudahkan aku untuk aku masih mampu luangkan masa ke majlis ilmu dan bersama alim ulama dan orang baik-baik untuk dapat lebih banyak rahmat dan barakah dalam kehidupan dan bisnes ku. Amin"

Selesai Spectacular. Aku memang temu jawapannya. John Tartol ada bagitahu caranya untuk komit Herbalife secara serius dan dalam pada yang sama boleh buat perkara yang kita suka dan mahu.

Tapi tak lama kemudian, perkara yang sama berlaku lagi. 100% masa aku bersama Herbalife.

Sehingga suatu hari aku terjumpa sebuah vidio tentang perjalanan dan proses pembentukan bayi dalam perut ibu yang mengandungkan anaknya. Waktu tu memang aku menangis macam orang gila. Padahal dah pernah dah tengok vidio tu. 2 kali aku ulang, dua kali menangis macam orang gila. Aku membayangkan, saatnya aku mengandungkan Aliff dulu, banyak masa aku luangkan bersamanya. Membaca Quran, berzikir, ke kuliah agama, bercerita kisah nabi, baca buku, bersembang dan kadang-kadang menceritakan suka duka perjalanan hidup bersamanya.

Tapi, bila saatnya aku mengandungkan anak kedua ni, layanan aku berbeza sekali dengan yang pertama. Aku faham dan sangat yakin, ibu lain juga berdepan dengan pengalaman yang sama. Kesibukan bekerja dan layanan terhadap anak pertama yang di luar perut memang mencabar sehingga layanan anak di dalam perut tak terlayan. Tapi, aku tetap bersedih hati kerana sepanjang mengandungkan anak kedua ni, masa aku banyak untuk bekerja kuat, melayan abangnya, rehat sebentar, dan kerja lagi di siang hari manakala berehat sepuasnya di malam hari.

Terkilan.

Tapi aku cuba ambil yang positifnya. Aku yakin Allah bagi aku rasa pengalaman ni ada hikmahnya. Supaya aku tak ulang lagi perkara yang sama pada masa akan datang. Orang kata, kalau kesalahan dilakukan pada kali pertama ia akan jadi pembelajaran dalam kehidupan, tapi kalau kesalahan itu diulang lagi itu tetap menjadi kesalahan.

---------------------

Bingkisan hati ibu buatmu sayang.

Sayangku, Muhammad.

Mengandungkan mu selama 9 bulan ni, banyak sangat perkara yang mengajar ibu untuk jadi lebih baik. Ibu perasan sejak Muhammad hadir dalam perut ibu dan sepanjang tempoh pembesaran mu, ibu kerap marah-marah, stres, kurang masa untuk menenangkan fikiran sambil mengaji, kurang masa bersembang dan bersenda dengan ayahmu, kurang melakukan perkara-perkara yang membahagiakan diri mu dan diri ibu dan macam-macam lagi yang membuatkan ibu tidak begitu punya masa dan nikmati masa-masa antara kita bersama dengan baik. Suka duka resah gelisah, gembira bahagia dan macam-macam lagi perasaan bersilih ganti. Tidak seperti mengandungkan abang mu dulu, kali ni ibu berdepan dengan dunia yang lebih mencabar dari dalam dan luaran diri ibu. Alhamdulillah inilah namanya learning process dalam kehidupan.

Ibu semakin banyak belajar tentang kehidupan. Mungkin satu ketika dulu masih terlalu mentah dan muda. Hidup lebih banyak bermimpi daripada menghadapi realiti sebenar. Walaupun begitu, jauh di sudut hati ibu terdetik dan begitu yakin, kiranya kerja ini aku niatkan untuk membantu lebih ramai orang, insya Allah anak dalam kandungan ini, Allah pelihara dan beri penuh rahmah dan barakah. Amin, insya Allah.

*lap air mata mengenangkan adik dalam perut. Sobs!

Kandungan yang pertama dan kedua sememangnya berbeza yang amat. Sekarang ibu memahami kenapa karakter anak sulung dan kedua terlalu jauh bedanya. Ibu sendiri sebagai anak kedua sendiri selalu lihat kebanyakan anak kedua mempunyai karakter yang agak tegas dan keras berbanding dengan anak-anak lain.

Ibu yakin sayang, anak ibu ini istimewa sekali kerana kali ini ibu sangat berdikari dan rajin dan ibu jugak yakin bahawa Muhammad nanti punya sifat kasih dan sayang yang sangat tinggi, insya Allah. Kerana awak selalu dikelilingi manusia-manusia positif yang tinggi sifat kasih sayang antara mereka.

Ibu pernah buat silap dan salah ketika awak dalam kandungan ibu. Ibu lupa dan kadang-kadang ibu terleka. Abang mu juga sama juga pengalamannya. Ibu kurang spend masa bersama beliau. Sesal sekarang memang dah tak guna kan? Ibu cuba dan tidak akan pernah berhenti mencuba. Ibu nak jadi ibu yang lebih baik. Lebih baik dari semalam. Boleh ye sayang?

Ibu berdoa setiap kali pun ke mana ibu pergi walau sesibuk mana pun semoga Muhammad sentiasa dilindungi dan ibu yakin kehadiran Muhammad dalam hidup ibu akan menambah dan melimpahkan lagi rahmah, barakah dan kekuatan untuk ibu terus mendidik dan membimbing Muhammad, abang dan adik-adik ke jalan Allah. Kerana kalian menjadi alasan kukuh untuk ibu terus berada di muka bumi ini berjuang dan menjadi insan lebih baik setiap hari.

Dalam seminggu ni, kita bakal bertemu. Mata ke mata, yang sebelum ini cuma hati awak membaca hati ibu. Insya Allah janji ibu pada anak-anak, to be a better mom day by day. Amin.


Sebelum pergi Extravaganza Bangkok, senyum je :)

Balik dari Extravaganza Bangkok, Masham! :( Marah ibu ke sayang?

Terima kasih sayang. Terima kasih Allah. Atas nikmatMu yang tak putus-putus ini.

Yang sentiasa menyayangi mu dan terus menerus melindungi mu,
Ibu.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013