Allah turunkan hujan, sebab nak bagi pelangi


Bismillah.

Sekarang dah jam 1.04 pagi dan sepatutnya aku dah terbongkang sekarang tapi mengenangkan semangat meluap-luap balik focus group Mael bersama tim aku tadi memang tak lah aku nak tidur kan. Macam cacing kerawit kepanasan, ok ini over. Macam tangan kena panas cili tak boleh nak dok diam. Dalam kepala otak ligat fikir DAILY ACTIVITIES. Walhal, esok aku dah berazam nak pergi booth jam 10pagi dah ada kat sana. Bersama sidelines yang hebak-hebak rasa diri ini sangat kecil dan comel kerana baru berjinak-jinak dengan booth. Aku wajib jugak mempunyai pengalaman dengan DMO booth supaya boleh dikongsi dengan organisasi sendiri nanti. Insya Allah.

Pengalaman booth yang benar-benar BELAJAR yang tak sembang dari bukak sampai tutup booth! Ahaks

Mukaddimah yang agak panjang di situ. Ok bai nak tido sambung esok pagi lepas sahur ye tawan-tawan! :O

*Sambung.

AHAD 1158pm 12 Ogos 2012

Alhamdulillah seronok seronok seronok. STS tadi dengar sharing Aunty Kamilah memang berdesap desup. Dia cakap lembut je tapi kelakar yang amat. Nakal jugak ye beliau. Hahahah! Antara yang paling tak boleh lupa bila dia tanya,

Kenapa nak buat herbalife? Kalau sebab duit, income, nak beli rumah dan sebagainya itu adalah keperluan hidup. Belum cukup kuat alasan tersebut untuk kita sukses. Tapi bila kita set impian sebenar-benar impian, susah mencabar macammana sekalipun kita akan redah!

Oleh yang demikian, keluarlah aku dan suami daripada comfort zone, balik je STS terus ke Alamanda dan tegur hampir 20 orang untuk kongsi tentang Herbalife. Rejection? Semua! No problemmm! Kebetulan Aliff diculik pakciknya dan apalagi kami berdating sambil kerjaanlah.

Malu memang tak usah sebut. Dalam kepala otak dah susun ayat baik punya. Ketaq lutut semua ada. Peluh je tak sempat keluar sebab sejukkan aircond. Tapi seronok bila 2-3 orang yang dah kita approach, berani tu datang tiba-tiba!

Niyah.Start small. Keep consistent. Success will come. Yeyeeehhh insya Allah.

Alhamdulillah, bermulanya minggu lepas, aku telah mula keluar daripada comfort zone sedikit demi sedikit. Nak berjaya, kena buat benda yang tak selesa. Betul tak. Kalau dah selesa memang melekaaat je lah kita kat tempat yang sama. Tak naik-naik dah lah. Aku pasti semuanya bijak pandai nak mentafsir maksud aku ni kan.

Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos sebenarnya banyak mengajar aku erti muhasabah diri. Lalu, belog menjadi mangsa pengabaian sejati. Tak reti eksperesi diri dalam keadaan muhasabah diri. Insya Allah bakalan berkongsi kisah jatuh bangun ketika dalam herbalife. Wah jatuh bangun dah gaya bertahun-tahun bikin bisnes? Sekadar berkongsi :p

Aliff kini triple manja. Ibu dah decide hantar ke rumah pengasuh. Sementara dalam tempoh ibu build up everything in Herbalife. Bagi ibu masa sehingga hujung tahun pwishhhh~ Agak mencabar di situ membawa Aliff ketika bulan Ramadhan ke masjid. Bawak jugakkk! Paksa diri. Tapi kalau Aliff penat dan menangis, habis energi pada layan Aliff lah jawabnya. No problem!!!! Insya Allah bakalan jadi Syeikh al-Muhammad al-Aliff. Amin ya Rabb. Khalifah Allah yang unggul.

Curi gambar mama teh lagi!

Wahai semua perindu syurga, ayuh qiyam semuanya malam ini. Nak iktikaf di mana kita? Masjid UIA kesayangan lah beb. Haih~ Ghinduuu. Sempena Ramadhan semakin menampakkan penghujungnya, sedikit perkongsian tentang bagaimana memaksimakan peluang yang datang singgah setahun sekali je ni :|



Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Macam-macam hal

#Olimpik Lee Chong Wei tewas, tapi makin dikasihi rakyat Malaysia

#Aku dah busy bertwitter sekarang

#Target Ramadhan luar biasa. Allah bukan sahaja bagi VP kat aku, Dia beri lebih! Alhamdulillah.

#Lately, banyak benda nak share. Excited sangat terus simpan dalam hati dan kunci. The hint is I love HErbalife and my team sooooo much!


#Olimpik Azizul layak ke FINAL! Seorang lagi atlet tajaan HERBALIFE. Banggo den beliau sahur dan berbuka bersama shake.


#I love Ramadhan soo much!!

#I miss my husband n Aliff so much!!

Posted in | Leave a comment

Catatan Aliff yang menjangkau umur 2 tahun

Hai semua, eh bismillah.


Ni Aliff, kali ni Aliff nak cerita ambik alih sekejap belog ni daripada ibu. Shhhh ibu tak tahu. Aliff taip ni waktu ibu tengah tidok terbongkang lagi. Aliff bukan apa, Aliff boring. Selalu tengok ibu update belog ni, kali ni Aliff pulak nak menyibuk kat sini. Maafkan Aliff kalau penggunaan bahasa tak memuaskan maklumlah, belum cukup 2 tahun hidup di muka bumi Allah ni. :p

Aliff perasan, kebelakangan ni ibu siiiibuuuuuk sangat. Tengok jelah belog ni dah lama tak update. Sebab tu, Aliff yang taip belog ni kali ni. Kesian tengok ibu. Kerja keras untuk Aliff. Ibu sayang Aliff, dia nak bagi yang terbaik untuk Aliff. Aliff tau, ibu ada satu rahsia untuk Aliff, dia nak buat satu ruang homeschool untuk Aliff nanti kat rumah sewa baru nanti. Hikhik untuk Aliff dan adik-adik main dan belajar kat situ. Uuuuu tak sabarnya!


Hoh penatlah taip. *Rehat.

Hari tu, balik dari Fiesta pertandingan turun berat badan anjuran di kelab nutrisi Melawati, ibu bawak Aliff jalan-jalan di Tasik Cempaka. Tapi so sad, ibu tak bawak mainan Aliff pun. Basikal, bola, mainan lain. Aliff dah bosan main slide. Buaian pulak takde kat situ. Aliff pun apa lagi, berjalan-jalan jelah kat tasik tu. Lepas tu Aliff jumpa abang main bola ni. Abang ni tak bagi Aliff main dengan dia. Mungkin sebab dia risau Aliff kecik sangat. Macam saiz bola tu? Tapi ibu, layan je Aliff walaupun dia tengah letih sebab berperang dengan Aliff dalam kereta dari Melawati ke Bangi sebab Aliff nak duduk kat driver seat. Heheheheh Aliff memang camtu, jangan marah kawan-kawan ye.

Oh lupa nak perkenalkan kawan Aliff kat kelab Nutricity. Ni namanya Asiyah rujuk foto di bawah. Ramai orang kata muka dia sama dengan muka Aliff. Dia anak kepada Mama Amalina, mama dia femes. Mama dia selalu pesan kat Aliff tak boleh ye Aliff, bahaya. Hahahah Aliff tak faham tapi Asiyah sekarang sangat peramah dengan Aliff cuma kadang-kadang Aliff rasa berdebar jadi selalu menangis. Aliff kebelakangan ni jadi cepat serabut. Mungkin kurang shake stawberi, ibu asyik bagi shake coklat. Nanti kena pesan balik pada ibulah Aliff nak shake stawberi pulak nak yang letak buah stawberi.
Dah nak dekat 2 tahun nikan, macam-macam perangai Aliff. Aliff suka merengek, menangis, mengada dan macam-macam lagi yang boleh mnguji keimanan ayah dan ibulah. Kadang-kadang ibu layan, kadang-kadang ibu buat donno je. Aliff geram taw kalau ibu tak layan. Stress! Ayah rajin layan Aliff. Aliff saaaaaayang ayah! Kalau Aliff menangis kuat-kuat tak nak mandi dalam bilik air, ayah bawak Aliff mandi kat luar dalam kolam kecik ni. Aliff suka sebab angin kat luar petang-petang tu best, ayah pulak letak air panas laaagi best. Kalau waktu-waktu gini ibu akan rehat, sebab seharian kerja. Malamnya nanti nak drive lagi pergi Melawati ada focus group. Kadang-kadang ayah tak ikut. Tak bestkan? Tapi Aliff suka ikut ibu pergi focus group. Nanti juma ammu Mael dan geng2 ibu yang super eksaited dan selalu layan Aliff baik-baik. Aliff tak paham bila masanya diorang tak eksaited? Selalu ceria dan bertenaga walaupun masing-masing dah penat siang tu kerja macam ibu. Terutamanya Nek Ros yangs uka kiss pipi Aliff kuat-kuat. Umur 57tahun tapi macam 20tahun, u!


Disebabkan ibu dan ayah penat bekerja, dan takde orang kat rumah atuk nenek dan mama Teh pun kat Mesir, Aliff lah yang ambil tugas kerja-kerja rumah. Chewah. Aliff suka tolong ibu lipat kain. Kadang-kadang ibu simpan kain sampai 2-3 hari baru lipat. Ibu lipat ekspress kain 2-3 hari tu boleh siap setengah jam je. Sebab Aliff tolong :p wieeeeeeee

Sabtu Ahad yang lapang, ibu dan ayah akan bawak Aliff gi late breakfast kat Putrajaya lepas tu shopping barang rumah di Carrefour. Aliff memang tak boleh miss naik mainan duit syiling tu! Rasa macam kehilangan kalau pergi Alamanda tak naik mainan tu. Tak tahu kenapa. Kalau ibu, dia tak layan Aliff. Apa dia buat, dia tunggu je mak-mak mana yang sudi nak sedeqah kat mainan tu, nanti dia tumpanglah sekaki. Tapi yang sit boleh letak2-3 orang lagi lah. Yang sorang-sorang tu tak boleh menumpang kasih lah pulakkan?

Ni hobi Aliff malam-malam kalau ibu dan ayah ada kat rumah, makan telur rebus sambil tengok vidio Angry Bird. Patutlah Aliff garang semacam sekarang ni T____T Hari tu ibu ada cakap. Lepas ni Aliff tak boleh tengok vidio ni lagi. Ibu nak bagi vidio special. Saspen le pulokk~

Mana taknya, kalau Aliff tengok vidio Angry bird tukan, boleh ralit sangat. Aliff suka bunyi burung tu. Comel. Lepas tu dia suka marah-marah laaagi comel! Ayah yang beli vidio tu bawah kelab Nutricity. Ibu pun selalu macam sound ayah, sokmo ralit dengan vidio dan TV. Aliff yakin Aliff macam ayah dah sekarang. Hehe. Aliff suka curi shake ayah dan omega 3 ayah. Memang macam banyak persamaan dengan ayah. Sekarang ni pun ramai cakap muka Aliff macam ayah. Tapi Aliff senyap je, taknak kecikkan hati ibu.
Ada sekali tu, Aliff nampak ibu tutup muka dengan bantal. Ayah cakap ibu merajuk. Merajuk tu apa eh? Lepas tu, Aliff cuba buat benda yang sama. Eh macam best. Boleh main sorok-sorok. Ibu cakap apda ayah menyesal merajuk, sebab tunjuk perangai tak elok pada Aliff. Aliff sangat copy cat. Urgh, kenapa ibu cakap macam tu? Jadi ibu terus berazam pada ayah nak tunjuk contoh baik-baik je. Sama jugak macam dalam tim ibu di dalam Herbalife. Masing-masing akan tengok balik attitude leader masing-masing. Leader macam ibu bapa. Tim akan duplicate sebijik sejibon perangai leader. Baheklah. Nanti Aliff nak pesan pada ibu supaya mempunyai sikap yang baik-baik je.
Yang paling best sekali, Uncle Korie belikan Aliff baju Barcelona! Siap dengan stokin. Ibu punyalah eksaited, teruskan pakaikan dan ambil gambar kat luar sambil minum shake. Aliff suka sangat minum shake coklat yang ayah buatkan! Aliff tak kisah pun ibu dengan ayah nak ambik gambar ke apa, Aliff minum shake sampai habis. Alhamdulillah walaupun orang selalu tegur badan Aliff kecik tapi Aliff tau Aliff sihat dengan nutrisi Herbalife dan izin Allah. Amin! Semoga tak lama lagi Barcelona ambik Aliff ganti Messi pulak. Uncle Kori pun puji Aliff pnadai main bola sepak hihihi.
Oklah Aliff pun dah penat. Sekarang Aliff nak main lari-lari dan jerit-jerit dengan Mama Teh sebab dah lama dia tak layan Aliff. Asyik layan Yusuff. Aliff sedih Yusuff tak balik Malaysia. Nanti Aliff nak marah mama Yayah dan uncle Asyraf sebab tak balik Malaysia. Huhuhu

Kbai, semuanya. Aliff sayang semua orang!

Tak sabar umur 2 tahun lagi 2 bulan. Woot woot!

Posted in | 1 Comment

Aku bukan blogger sejati

Cita-cita nak sokmo update belog. Tapi setiap kali bukak dratf, tiba-tiba jadi blur. Oleh sebab itu laju-laju download app blogger kat tablet. Saat ini berdebar-debar menanti kemunculan abah, mama n dirah di KLIA. Amoih-amoih, duk di Mesir tak hengat ye. Aliff, duk apa lagi menyusu lah. Dua tiga menjak ni, tiba-tiba jadi melekat kat situ. Hahahaha. Malam ni, teriiiinggiiiiinnyaaaaa ke HOM bangi. Tak tahu sempat ke dak. Oh Allah, permudahkan hambaMu yang sorang ni ye.

Countdown Ramadhan. 7 hari.

Azam Ramadhan ini, er rahsia. Salah satunya hapdet belog dengan pengisian yang bermanfaat. Kawan-kawan tolong ingatkan ye? Kalau masuk bab lagha je, tegur je. Takpe, takyah nak sedapkan hati sangat. Nanti aku jugak yang melencong jauh dari jalan yang lurus. Na'uzubillah.

Jalan menuju president team dan syurga, insya Allah seiring.

Sebagai jamu mata maghrib-maghrib ni, aku ,etak gambar kawan lama yang sokmo dirindui kesengalan dan kehomehannya- Puan Ahsana Aqilah Ahmad dan anakandanya.


Leave a comment

Aliff oh Aliff

Bismillah

Alhamdulillah seronok sangat, sebab dah confirmed VIP sit for Macau, insya Allah senang ulang alik nak menengok Aliff kat luar hall nanti. Ada apa dengan Macau? Insya Allah kami yang dah qualified as a world team member akan berangkat ke Macau bulan September nanti untuk high level training yang banyak menekankan tentang leadership. :)) Cant wait, masya Allah!

Tag VIP Extravaganza hanya ditanggal lebih kurang 2 minggu selepas pulang ke Malaysia dan confirmed VIP Macau

Ok bukan tu je, kelmarin jugak Amalina Peter bbm, melamar (duh ayat dia) aku jadi speaker untuk share tentang inner nutrition di Gen H STS 10 Jun ni. Wowwwww, aku si minah gabra ni apa lagi macam cacing kerawit la, tak senang duduk. Tapi aku terima jugak, sebab bagi aku boleh asas skill presentation dulu-dulu yang dah macam berkarat je, ye? Jadi, tawan-tawan semua, jom Gen H STS jom, support aku! Nak tengok aku gelabah ayam, kena datang. Ahaks


Bahek, aku dah lari sangat daripada topik asal. ALIFF. Ye, ibu dah lama tak berceloteh tentang beliau. Walhal belog ini khas untuk catatan beliau, dan adik-adik beliau dan kehidupan kami seisi keluarga. Takut pulak nanti besar, dia komplen, aku sibuk dengan Herbalife dalam dunia realiti dan alam maya. T_____T. Habislah kalau dia tuntu kisah-kisah dia zaman baby, mana nak ingat. Mama Su (adik bongsu saya) pun dah bising, lama tak update tentang si kenit sorang ni. Okey, dia sangat kecil dan suka lari tergedek-gedek yang saya dapati amat comel sekali kelakuan tersebut.

Bagi, yang memang mengikuti belog ini, pastinya tahu mama dan adik-adikku pengasuhnya si Aliff ni sekarang berada di Mesir. Aduuuui, lamanya hangpa dok tang nu. Mailah balik, layan si kenit ni. Dah hampir 3 bulan lamanya mereka dok sana. Huk, huk, huk. Entah-ntah Aliff pun tak ingat kat hangpa. Tu lah, kena balik cepat. Bukannya tak selalu Skype, selalu je. Tapi setiap kali Skype Aliff mesti boring sebab tak real. Bila nak salam tak boleh pegang, bila nak kiss tak rasa pipi. Tu yang beliau fed up sekali.

Skype dengan nenet
Ibu pun sempat jugak Skype dengan nenek dan bibik-bibik YUSUF. Inilah Yusuf, anak buah comel aku nombor 3, Yusuf as-Siddiq Bin Mohd Ashraf. Wowwwww, tomee sangat~ Geram! Nenek cerita, Yusuf tembam dan besar sangat, sampai ayahnya pakaikan sarung kaki di tangan. Chait, abi,abi! Baju abang Aliff yang dibawa ke sana untuk dia pakai pun tak muat. Nanti suruh ummi tulis belog cerita pengalaman bersalin dia ye, Yusuf?

 
Yusuf, ucak! ^^

Comel sangat baby, dan semoga rezeki aku pulak lepas ni. Alhamdulillah, Aliff behave seperti seorang abang sekarang. Garang. -____- Ibu faham ini mesti perubahan meningkatnya umur Aliff. Aliff suka baling barang. Cawan yang dipenuhi air pun dibalingnya dengan penuh semangat sekali. Stress ibu sekejap. Memang menguji keimanan sungguh. Terfikir pula Aliff dan adik-adiknya begini. Waaaaah! Berdebbo. Mujurlah, ada soulmate sehidup bahagia, ayah. 

Aliff sekarang suka berebut benda dengan ibu, daripada phone, shake, remote TV, pen dan macam-macam lagi. Nampak sangatlah kena ada geng. Tak cool lah berebut barang dengan ibu ye nak? Oh ye, ibu perasan 2-3 menjak ni, Aliff selalu bangun lambat. Sebab? Ibu dia pun bangun lambat! Insya Allah, pasang azam cepat-cepat menjadikan bulan Jun untuk bangkit sebelum Subuh! Yosha!

Siang hari Aliff kena tinggal rumah pengasuh. Satu je tujuan ibu, supaya Aliff pandai bersosial. Ibu masih dengan impian ibu, untuk berhomeschool di rumah, dan teman ibu yang niaasorang ni benar-benar menjadi sumber inspirasi ibu dalam diam dan semangatnya kuat dalam diri ibu untuk aplikasikan homeshcooling untuk Aliff dan adik-adik. Amin ya Rabb. Boleh lihat belog Puan Nur Ilani Ramli di sini. Insya Allah, banyak manfaatnya. 

Aliff masih belum nak bercakap lagi, tapi apa yang ibu perasan Aliff selalu tak boleh berenggang dengan ibu. Sampaikan susah betul ibu nak buat kerja atau bergerak. Kadang-kadang ibu dapat rasakan, Allah menjadikan Aliff sebagai kekuatan ibu, kerana sebelum ni ibu cepat mengeluh, marah dan putus asa. Walaupun, kerja ibu selalu tak siap sebab Aliff menjadi handbad kedua ibu, tapi ibu dah tak macam dulu. Malah, menjadikan ibu seorang yang lebih sistematik dan lebih releven dalam menentukan perkara apa yang lebih utama, kerja atau kasih sayang terhadap anak, suami dan keluarga?

Alhamdulillah, syukur Herbalife bukan sahaja mengajar aku lebih arif dalam berkongsi tentang produk malah menjadikan aku lebih matang dalah kehidupan yang sebenar. Masya Allah! Aku lebih mudah menerima rejection dan lebih tenang menerima negative respond. Wowwwww! Sungguh, kalau dulu 3 hari 3 malam aku boleh berkurung dalam bilik akibat kemurungan.

Bukan tu sahaja, sekarang ibu dan ayah dah pandai adjust masa untuk meluangkan masa untuk Aliff. Dan yang paling penting kami SANGAT menghargai MASA. Ok, fine, fine. Dulu memang saya bukan setakat suka membazir masa dan duit, tapi jugak membazir kemampuan. Sia-siakan tenaga dan bakat yang Allah kurniakan contohnya berkongsi. Kalau dulu, akulah paling seronok sekali kalau nak share benda best especially yang kawan-kawan buat. Alhamdulillah, kali ni berpeluang share benda best daripada diri sendiri punya result- HERBALIFE results.

Sepanjang hampir 3 bulan tak update tentang Aliff ni, masa betul-betul cepat berlalu. Atau bumi ang berputar laju sangat nih? Yang penting, banyaknya perkara yang tak sempat update, baru hari tu Aliff suka kiss-kiss aku, sekarang dah tak berapa layan. Kalau aku olok-olok menangis baru nak sayang lebih. Baru hari tu Aliff sweet suka pakai stokin, sekarang dah suka pakai selipar beso je. Baru semalam suka posing ambil gambar dan terus nak tengok gambar sendiri kat kamera, sekarang dah buat dek kalau kita ambil gambar dia. Kalau dulu suka sangat ibu bacakan buku untuk dia, sekarang dah suka baca sendiri.

Hurm~ *mengeluh

Cepatkan masa berlalu.

Abaikan muka kebulur Sopi dan abang belakang tu. Aliff nak suap ibu makan ni. Anak soleh!

Aliff posing best tapi jari telunjuk yang keluar





Aliff sebelum terjun dan main air dengan dahsyat sekali

Aliff campak-campak barang dengan senang hati

Khusyuk sekali menonton video
Ayah ajar makan mangga dengan kulit, ibu pun terpengaruh

Suka pakai topi Uncle Korie sambil main kereta control
Curi serkop ibu, ye nak sambil lembang kain baju ibu lipat

Cucu manja
Tolong ibu kat Pesta Buku

Makan perlahan-lahan sayang
Ziarah adik Surayya

Campak-campak batu kat kolam nenek

Anak,

Ibu sayang anak banyak sangat! Ingat ye? Banyak-banyak lemon.
Ibu usaha lagi jadi ibu yang cool dan best untuk Aliff :p

Kecintaanmu,
Ibu.


Akhir kata,


Lose weight now, 
ask my mum and dad how :)

Posted in | 1 Comment

Search

JuaNadiah 2013