Diari Aliff | 16 bulan (dengan gambar sekali)


Ibu ja-at.


Ibu asyik buat kerja ibu je.

Kalau dulu ibu selalu snap gambar Aliff, ambil video Aliff, layan Aliff, main-main dengan Aliff.

Sekarang? T_________________________________T

Sayang, sabar ye Aliff. Aliff anak ibu yang paling bertanggungjawab dan memahami ibu. Ibu susah sekarang demi masa depan Aliff. Tapi walau sibuk ibu pun, ibu tetap tak boleh berpisah dengan Aliff. Angkut Aliff sana sini ye sayang.

Maafkan ibu ok.

Waktu Aliff nak tunjuk skill baru, ibu tengah cakap telefon. Waktu Aliff nak baca buku, ibu penat nak terlena. Waktu playtime Aliff, ibu angkut Aliff pergi kerja. Waktu makan Aliff kadang-kadang ibu lupa. Waktu learning time Aliff, ibu buat kerja lagi. Humpft~

Sekarang, puas ibu ingat semula apa perkembangan Aliff sebanjang tempoh mencecah umur 16 bulan.

*Fikir

*Hembus nafas panjang.

1. Gigi Aliff dah sangat banyak. Ibu tak dapat kira sebab Aliff asyik tutup mult kalau bukak pun untuk jelir lidah je

2. Aliff dah mula nak bercakap macam orang besar. Cuma butir perkataan tak jelas lagi. Cuba lagi ye sayang.

3. Ibu dah berani tidurkan atas katil. Tapi failed! Ada sekali terjatuh sebab ibu letak Aliff tepi katil. Bad ibu!

4. Dah pandai lari! Sekarang dah mula nak lompat tapi belum lagi masih kaki cecah tanah

5. Copycat gila-gila lagi

6. Suka ruku'

7. Masih suka salam orang ye encik YB

8. Aliff dah mula colouring! Wooow~

9. Nak makan sendiri sokmo. Minum pun nak sendiri. Begini, memang perlu sentiasa bertabah untuk mencuci pakaian beliau.

10. Paling suka berjalan keluar. Tak boleh tahan duduk satu hari di rumah. Asyik tuju keluar

11. Melekat dengan ibu dan ayah 25 jam. Kalau kita duduk, dia naik atas kita dan peluk leher minta didokong

12. Ibu dah boleh ketip kuku Aliff ketika berjaga. Aliff dah big boy! Tak meronta-ronta lagi

13. Dah mula berebut barang dengan rakan sebaya. Ok ada sense of social lah kannn?

14. Banyak merengek dan menangis

Ok cukup. Jujur ibu nak buat pengakuan yang banyak perkara tentang Aliff ibu tak ingat. Fokus bercelaru. Kena set mind betul-betul demi Aliff dan kerja masa depan. Amin. Amin











Permata hati ibu dan ayah dunia akhirat. Doakan kesejahteraan kami ketika kami tiada lagi di dunia ini, sayang ye?

Posted in | Leave a comment

Masa yang ciput for my lil buddy

Selain daripada biarkan aliff ke depan ke belakang dan bermain seorang diri sambil ibu nonton TV, ada perkara yang lebih bermanfaat untuk ibu buat supaya Learning Process Aliff berterusan. Insya Allah, teruskan usaha mu ibu. Dan dedicate ini juga buat ibu-ibu gojes seluruh isi alam ini.

Helping your child learn

You can help your child by:

1. responding to his efforts and invitations as he plays and learns
- layan juga walaupun mata dah tertutup rapat. Zassss!

2. encouraging him to try new things, to make mistakes and to learn more about who he is through new experience
- jatuh kerusi dan katil tak apa, then bagitahu Aliff perlu turun perlahan-lahan

3. taking turns in games and activities
- Ajar Aliff tak perlu berebut mainan, berjuta lagi mainan yang lebih best dalam dunia ni

4. showing him how to deal with losing by playing games together and ‘modelling’ how to be a good loser
- belum cuba.

5. playing rhyming games, and shape and number games together
- Aliff's favourite!

6. using simple language and ‘playing’ with words and sounds (for example, animal noises)
- your baby will definitely loves this.

7. including the language of ‘time’ – ‘first’, ‘then’, ‘before’, ‘after’, ‘until’ – in your daily activities. For example, ‘First change your shoes, then play outside’
- will do :)

8. encouraging your child to listen to longer instructions. For example, ask him to bring two things from his room, then three things, then four things
- Sebelum ni dah cuba, memang dia buat dek je, insya Allah akan tabah ajar lagi benda ni.

9. limiting distractions – for example, turning off the TV while he plays on the floor
- sama juga Aliff selalu buat dek.

10. not overloading him with information – that is, give the simple explanation rather than the longwinded one

11. helping him discover what he’s good at by trying lots of different activities

12. showing an interest in his activities – for example, if he enjoys painting, ask him about his pictures and put them up around the house
- belum berani doh!.

Posted in , | Leave a comment

Luahan rasa yang tak penting

Oh i miss my little hero at home

Working on holiday is not the best choice i guess

And, i really miss having lot of plans and activities for my dear dak kecik.

T_______T

i miss being an eager mama wanna do this wanna do that for my baby. Where is the old me?

Leave a comment

Diari Aliff |15 bulan

Ok ibu malu dengan diri sendiri tapi berikut adalah perkembangan Aliff sepanjang umur 14 -15 bulan yang ibu taip laju-laju sebab ibu ada kerja lain. Nanti next month ibu buat yang lebih baik ye sayang.
  1. Mula nak melompat atas katil
  2. tumbuh gigi ke 7.8.9
  3. Suka berjalan dan pakai kasut/selipar.
  4. Suka berjalan di luar/taman
  5. Suka peluk ibu
  6. Rajin solat (sujud je sebenarnya). Balik rumah terus capai buku
  7. suka panjat meja nak tarik buku
  8. dah mula menyukai shake coklat
  9. bangun awal kejut ibu
  10. pandai sebut rrrrrr setiap kali ibu suruh sebut ro!
  11. COPYCAT gila-gila
  12. Ayah tinggi suara dia pun ikut
  13. suka duduk bawah di sit kereta
  14. penyalam tegar
  15. suka unluck handphone iphone orang
  16. pandai sebut konsonan i -mami, papi, nani
  17. Suka nak ikut atuk keluar
  18. Peramah dan suka salam orang. Sampai mama kak Yuni (kakak ipar) panggil Aliff Yang Berhormat. Er..er..

Ok laju-laju ibu letak gambar pulak


Suka bereput handphone dengan mak teh

Curi epal dan ditangkap sebelum tiba di tempat pembayaran

Muka garang macam ibu

Kesian, main pasir kat depan rumah je.

Makan kulit limau dan limau

Suka duduk dalam bakul dan ditarik ke hulur hilir

Manja dengan atuk

Cubaan mengambil makanan tidak sepatutnya untuk mu sayang sebelum ibu menghep-hem mu

Mainan yang sepatutnya ditolak tapi Aliff duduk dalam tu dan minta menolaknya sehingga skru semua longgar

Posted in | 1 Comment

Kecelakaan

Kalau di Indonesia dipanggil kecelakaan jalanraya. Waktu aku dan suami ada peluang ke negara orang, antara perkara yang diambil berat adalah bahasa. Kami suka lihat bahasa orang.Nampaknya introduction yang santai menyebabkan mood saspen tadi lenyap macam tu sahaja.

Mula semula.

Eh korang, korang, korang! Gaya kepochi habis ni.

2 hari yang lepas.

Lepas famili aku makan malam bersama kawan-kawan baiknya di restoren SABA, kami semua pun pulang. Aku, suami dan Aliff pulang bersama. Dalam perjalanan, ada 2 buah kereta yang laju sangat memecut kereta-kereta yang bawak gaya ala makan angin seperti kami. Hampir melatah jugak dibuatnya, tapi lek lu. Dalam keadaan yang cuak tu, tiba-tiba salah sebuah kereta yang memecut dan memotong dari sebelah kiri masuk lane kanan dan keretanya seperti tak stabil dan terus terbabas ke sebelah kiri. Tak pasal-pasal kereta yang tidak bersalah pula dilanggarnya. Kereta yang sebuah lagi memecut tadi terus melarikan diri.

SASPEN OH!

Suami aku apa lagi, hangin seluruh badan berhenti kereta dan-dan nak sound drebar bawak laju tu, tapi bila buka pintu kereta dan lihat dia mengadu kesakitan, aduh sakit,sakit tak sampai hati pula jadinya. Tapi anda sendiri boleh nilaikan? Tindakan kita yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain yang lek-lek bawah kereta 60 km/sejam.

Hanginlah kan?

Dalam hangin seluruh badan tu aku pun terfikir. Jalan raya ni umpama medan pertaruhan nyawa. Mahu tak mahu kau terpaksa lalu jugak dan guna jalan raya untuk sampai ke destinasi kau, contohnya masjid, midveli, HOM MElawati dan sebaainya. Ada alternatif lain. Kau boleh jalan kaki. Tapi lambat dan letih dan masa banyak terbuang. Kajang-Melawati KOT! Basah ketiak macam hujan jugak. Tak cukup lagi, kalau kau berhati-hati dan sentiasa memilih untuk berada di jalan selamat, kau ingat nasib kau malangg. Tapi sebenarnya Allah ada pilihan yang lebih baik untuk kau. Bagi kau dilanggar kereta dengan orang lain. 5 tahun kemudian, fikir balik apa hikmahnya. Mesti jumpa.

Cuba kita aplikasikan antalogi di atas dalam kehidupan kita.

Kau ada target dan impian. Itu adalah destinasi kau.
Kau ada medium untuk capai target kau seperti kerjaya, bisnes Herbalife dan sebagainya. Itu jalanraya.
Kau ada perancangan dan perlaksanaan kau. Itu metod perjalanan kau sama ada naik kereta atau jalan kaki.
Kau mestila dan pasti melalui halangan dan cabaran. Itu orang nak langgar ke kena saman ke kena rompak ragut ke.

Jadi, sama ada kita berjaya atau tidak tiba ke destinasi, kita perlu juga lalui jalanraya itu dengan menggunakan kereta tanpa perlu fikir apa cabaran dan halangan yang akan dilalui. Kenapa?

1) Supaya capai target dan impian dengan selamat. Fokus tinggi
2) Supaya keyakinan kita terhadap ketentuan Allah semakin kuat dan lebih kuat.

Belum tentu orang yang bawa kereta perlahan akan sampai destinasi dengan selamat
Belum tentu orangyang bawa kereta laju pun akan tiba ke destinasi dengan selamat.

Tapi yang pasti jika kau tak pernah lalu dan tak pernah hingin lalu jalan yang disediakan, confirm kau tak akan sampai destinasi!


Itulah pertaruhan cita-cita di sepanjang perjalanan kehidupan seperi pertaruhan nyawa di atas highway karak.

Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013