Penjagaan kulit muka



Wowwwwwie!

Berita baik untuk ladieeees semua!

Sempena Raya ini.

Peluang nak 
cantikkan kulit muka, 
kulit gebu, 
kulit cerah, 
hilang kedut muka, 
jerawat berkurang, 
bertambah baik kulit muka. 

Kami berbaik hati mengadakan facial treatment ini untuk semua orang, tanpa mengambil cas apa pun!  

Limited seat hanya untuk 6 orang untuk 1 sessi. 

Ini adalah bersempena pembukaan kelab nutrisi kami. Pelbagai aktiviti kami akan anjurkan dan yang luar biasanya bersempena Raya ini kami memilih facial treatment sebagai aktiviti utama!

Kepada yang nak join, korang boleh enjoy sendiri do-it-yourself facial treatment kat kelab nutrisi kami di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi atau by appoiment one to one. 

Untuk info, skin care kami bebas bahan kimia sulfate dan paraben serta diuji khas oleh pakar dermatalogi dan ianya adalah nutrisi iaitu makanan untuk sel kulit korang. 

Rasai sendiri pengalaman melakukan facial treatment spa bertaraf 5 bintang. Nikmati rasa segar, haruman skin care yang wangi, dan korang mesti terkejut dengan hasilnya walaupun kali pertama mencubanya! 

Kami juga menyediakan skin wellness evaluation, khidmat nasihat untuk masalah kulit muka korang sekarang, analisa kesihatan.

Sedikit perkongsian daripada kawan-kawan kami yang dah cuba herbalifeSKIN ni,

hasil dalam 7 hari!

Keputusan adalah tidak tipikal. Setiap individu berbeza-beza

Keputusan adalah tidak tipikal. Setiap individu berbeza-beza

Keputusan adalah tidak tipikal. Setiap individu berbeza-beza

Dan yang ni hasil aku pulak
Keputusan adalah tidak tipikal. Setiap individu berbeza-beza


Jadi kepada yang serius nak cuba pengalaman sekali seumur hidup ni, WHATSAPP atau SMS je +60122551037.

Sekian.

Posted in , , , , , | Leave a comment

Aktiviti ibu berpantang di bulan Ramadhan

#lagi post masa berpantang tahun lepas

Bismillah

Dah hampir kita menyambut raya dan hari ni genaplah ---- hari aku berpantang. Sobs tak habis lagi pantang rupanya aku ni. Tapi raya serupa dah lupa diri macam anak dara lagi. Memang sungguh-sungguh mempergunakan cuti raya ni.

Teman-teman dah mula puasa sunat raya? 6 hari jew. Lagi awal settle lagi cepat lega. Boleh fokus open house hujung minggu, #eh? Tersasul sat. Boleh fokus kerja-kerja lain selepas raya, contohnya ziarah menziarahi, ada yang dah mula kerja, ada yang nak balik kampung sebelah bini/suami pulak kan? Ha baguslah bagi yang dah bersedia nak mula puasa sunat tu. Niat puasa? Ha gini kekdahnya,

Tetiba, raya-raya ni, aku tersuka hati pulak nak share apa antara amalan yang ibu berpantang wanita dalam nifas / wanita haid /  boleh buat dalam bulan Ramadha. Ye, aku tahu memang lambat nau lah aku nak share nya kan? Tapi lebih baik aku share sekarang. Sebab dalam mood pantang lagi, mana tahu boleh manfaat orang lain pada masa-masa akan datang, ye dak? Nak menaip ni pun bukan main satu cabaran. Mana taknya. Baby Fateh bukan jenis yang menidurkan diri sepanjang masa. Terpaksa 'take 5' 8 lagi, 8 lagi.

Kebanyakannya pasti bersedih gundah gulana kerana tak dapat ikut berpuasa dan beribadah kan?

Sekarang tidak lagi, kita sebagai wanita yang dilarang berpuasa dan beribadah pun boleh enjoy Ramadhan to the bits! Yieeehaaaa.

Apa nak buat?

Amalan ibu berpantang / wanita haid di bulan Ramadhan

1. Redha

2. Membaca dan mendengar ayat-ayat Quran tanpa memegang mushaf al-Quran

3. Tadabbur ayat-ayat Quran, menghayati makna dan terjemahan ayat-ayat tesebut.

4. Zikrullah dan berselawat ke atas Nabi

5. Memohon keampunan dan berdoa mohon hajat

6. Melakukan ibadah, amalan soleh yang lain dan kebaikan

  • Menyediakan juadah untuk orang bersahur dan berbuka
  • Muhasabah diri 
  • Membaca buku agama dan menginsafi diri
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Amar maaruf nahi munkar, mengajak manusia melakukan kebaikan dan kembali serta lebih menghayati  kepada Islam, boleh melalui blog/facebook/instagram. Tapi biarlah dari sumber yang sahih
  • Membantu orang dalam kesusahan
  • Berinfaq
  • Mendoakan kesejahteraan orang lain. The power of doa. Masya Allah!

Semoga bermanfaat

Leave a comment

Hari ibu 2014

#post lama. taknak simpan dalam draft. lalu kita publish.

Mama,

 
 
ketahuilah.

masakan mama paling sedap dalam dunia,

dah banyak tempat kakak pergi tiada yang setanding,

mama lah manusia yang paling rajin, rajin buat kerja rumah, cari rezeki, rajin solat, rajin doakan kesejahteraan kami,

tulisan mama paling cantik,

mama seorang yang penyabar walau kena usik dengan abah sokmo,

walau kadang-kadang bingit juga telinga dengar bebelan mama,

tapi semuanya berguna, semuanya terkesan ma lebih-lebih lagi bila dah beranak pinak,

mama pandai serba serbi daripada jadi kontraktor rumah kepada wedding planner semua menjadi, tapi sayangnya mama taknak buat herbalife,

walaupun masa mama cerita pastu suruh abah sambung, mama tetap penyampai cerita terbaik, pembawa mesej dan nasihat kepada kami. tukang meriahkan suasana masa keluarga berkumpul,

kami 7 beradik semua keras kepala, tapi kami sayang mama.

takkan ada dalam dunia ni yang boleh menggantikan tempat mama.

Wang ringgit ke wang genih ke wang paun yang banyak ke blm mampu lagi(akan berusaha) bagi pada mama, tapi mama (dan abah op kos) selalu berada dalam hati dan doa kakak setiap masa, setiap ketika.

Sesungguhnya Allah tu baik. Maha Baik.

Sebab bagi mama pada kakak. Walaupun pinjaman cuma.

Hari-hari kakak doa nak jadi ibu sekuat mama, membesarkan kami 7 beradik dengan susah payah, tak pernah sekali mintak dibalas, kadang mata bengkak menangis mengenangkan 7 jenis perangai, ampun ampun ampunkan dosa kakak, manusia yang tak lepas daripada buat dosa, tak lepas daripada menyakiti terguris hati mama, insan yang menggendong kakak dalam perut 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan kakak, Allahu akbar!

Allah, limpahkan segala rezeki, rahmatMu dan kesihatan yang baik pada mama dan abah, trmpatkan mereka special bersama orang bertakwa padaMu di sana nanti, Kakak nak jadi macam mama. Terima kasih Allah bagi pinjam mama kat kakak, sebagai panduan dan sumber untuk kakak tabur benih buat pahala sebanyak mungkin di dunia ini.

Terima kasih abah jadikan mama suri hati mu Selamat hari mama.

Maka dengan ini, selamat hari ibu jugak untuk diri ini.
 

Bunda kepada 2 orang imam ini.




Sedutlah energi ibumu ini sehingga habis nak. Demimu. Demi agamaku. Allahu Rabbi.



Leave a comment

Kalori choco oat

Dia ni kan memang jadi ketagihan.

Sekali tengok 1 keping 51 kalori.

4 keping? Macam makan 1 mangkok nasi.


Berhati-hati ketika makan choco oat.

Bisa mengundang kegemukan badan.

Leave a comment

Testimoni Herbalife

Bismillah

Life changing story in Herbalife






KEPUTUSAN INI ADALAH TIDAK TIPIKAL. 
HASIL INDIVIDU ADALAH BERBEZA-BEZA


Amirul baru lepas habis SPM turun 54kg.

Hum.

Fikirkan. Kenapa dia boleh berjaya. Dan kenapa ada yang tidak.

Kekuatan WHY untuk turun berat badan itu adalah sebabnya.

Selamat berjaya untuk kalian yang baru bermula. Go step by step, jangan mudah upset dengan hasil yang sedikit. Usaha perlu banyak dan konsisten.


Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013