Bukit Broga, Semenyih

Bismillah.

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

ALLAHUAKBAR!

Walaupun cerita minggu lepas, ibu nak share jugak sebagai kenangan hidup.

Dah lama rasanya diri ini tak buat sesuatu mencabar. Tak mencabar diri sendiri. Zon selesa. Otak dah tepu fikir hal yang tak pernah habis, badan pun dah naik lemak dengan berjaya sekali, lalu datang idea nak keluar daripada segala  kekusutan -- panjat bukit.

Bukit Broga.

Bila fikir-fikir balik, kali terakhir naik ke sana masa belum dapat Aliff lagi. 

Masya Allah hampir 5 tahun, lamanya!

Pagi tu memang nekad. Nak naik jugak nak jugak, naik Broga! Tanpa persiapan apa pun. Cuma siapkan buah-buah, dalam satu plastik dan rebus telur. Selain tu siapkan tikar, mayonis, salad, colour pen, kertas A4, air masak. Jadilah makan sandwish, buah-buah dan minum air kosong atas sana nanti. Pagi tu lepas Subuh baru bertolak dan sampai pun matahari dah mula naik tapi belum naik sangatlah. Macam agak lambat, tapi mengenangkan budak-budak ni, takpelah kalau tak beria tengok matahari naik, sebab gelap-gelap naik risau jugak.

Wah, Aliff berjuta-juta kali tanya nak ke mana. Teruja nampaknya keluar pagi-pagi tak payah mandi.

Sampai di sana, plan asal ibu nak pakai ring sling kendong Fateh dan Aliff biar ayah bawak guna SSC. Tapi mood dia baik, dia kata nak jalan. Dan hikmahnya kami perasaan Aliff memang suka sesuatu mencabar diri dia jugak. Sebab sebelum ni suka berjalan kaki melihat alam berbanding shopping complex.






Atas semangat Aliff yang luar biasa tu, dia berjalan kaki panjat bukit sehingga ke puncak masya Allah. Sepanjang perjalanan ibu berkongsi sikit-sebanyak tentang alam. Otak dah tepu barangkali akibat mengadap skrin HP selalu lupa nak kaitkan alam dengan ayat Quran. Jadilah tu, sekolah alamkan anak-anak sambil ibu mengeluarkan peluh dan membakarkan lemak-lemak setelah sekian lama (nampaknya masih stamina boleh dibanggakan) 

Sepanjang perjalanan, Aliff dan Fateh sangat-sangat seronok masya Allah jumpa tupai, semut, burung, kumbang, lebah. Ibu mengadu dah penat pun dia pujuk ibu cakap dia tak penat. Awwww~ dewasa sangat. Serius ibu penat ok kendong Fateh kat belakang. 




Alhamdulillah sampai jugak akhirnya! 

*libas tudung bawal ke belakang, tiup tudung depan ke atas bagi mengelakkan tudung terkelepet. (Sorry acik jijie saya pinjam ayat!) 

Pendek cerita kat atas nun, 

hampar tikar, 


makan, 


rehat, 


warna-warni, 



gambar-gambar, 



main batu main pasir. 


Ibu dah penat ajak turun. Semua dah siap, Fateh pulak mengamok tak mau turun. Aduhai terpaksalah turun dengan tangisah amukan beliau. MENCABAR. 

SANGAT.

Sebabnya,

kami turun dengan ibu mengendong Fateh tanpa ring sling mahupun ssc.

Dukung macam biasa bawak nak pergi kedai runcit tu. Bayangkan! Allah, memang tak boleh buat apa sebab dia reject langsung. Kalau tak dia memang tak nak turun. Dalam perjalanan sambil ibu kendong sempat lagi tidur tu. Allahuakbar, bijak anak ibu.

Kaki memang kaw-kaw sakit. Tapi matlamat memang jelas menuju kereta nak bukak enjin pasang aircond kuat-kuat, kugagahkan juga meneruskan perjalanan. WAH KAU!

Alhamdulillah tiba ke destinasi kaki bukit dengan selamat dan happy walaupun keletihan masing-masing. Balik tu energi masing-masing macam masih haybat tak tidur-tidur. Pelik ibu, yelah memang begitulah anak-anak kan?

Tiada gambar masa turun bukit, puncanya adalah di atas. Tangan pun terketar-ketar dukung anakanda Fateh. Hoh!

Tahniah kepada semua peserta I am a happy mom, joget sikit--


Dah, dah. Mari kita semua keluar dari zon selesa. 

Syukur. Aktiviti ini betul-betul membuka mata hati ibu lagi.

Terima kasih ayah, Aliff dan Fateh :))))

*peluk, peluk.

Mari kembali beraksi mencabar diri sendiri lagi.

------

Salam perjuangan.



Posted in , , , , , | Leave a comment

Berbondong-bondong orang nak INVEST


Bismillah

Dalam seminar DNA bersama Sheikh Yahya yang lepas ada diceritakan, 

Kawan-kawan ayah Sheikh Yahya bertanya kenapa beliau tak buat investment dalam saham, properties dan lain-lain? 

Ayahnya jawab, "aku sudah ada investment yang lebih bernilai." 

Sambil menunjuk ke arah Sheikh Yahya dan adik beradiknya. 

---- 

Teringat beberapa tahun lepas bersembang dengan abah Ahmad B Mustapha, 

"bah kenapa abah masukkan kiteorang sekolah blabla, hantar program blabla, kelas blabla, belikan kiteorang blabla....?" 

Selamba abah jawab, "investment abahlah." 

T_____T 

Terharu angak. 



Terima kasih abah mama berkorban macam-macam untuk kami. Kakak usaha lagi ok untuk jadi investment abah mama bermanfaat sampai bila-bila. Ameen.

Posted in | Leave a comment

Hati berdebar sokmo



Bila dia takde di sisi.

Tapi bila ada, hati panas sokmo!

Dasar!

Leave a comment

Tips kebahagiaan anak, kebahagiaan ibu

Bismillah.

Ni sebenarnya dapat kat FB. So letak sini sebab nak simpan sebagai rujukan sendiri.

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. 

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 

 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat. 

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya. 

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. 

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya. 

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau. 

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh. 

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.] 

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka. 

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Ameen.

Posted in | Leave a comment

Satu Malaysia sambut birthday dia



Happy birthday to my gedikssss brother!

Dulu masa kecik dia la paling putih, paling rambut perang, paling comel, paling NAKAL! Kakak dia paling stres!

Sekarang alhamdulillah paling rajin (selepas kakak,nayah,dirah lalala), manjek dengan mama abah, laki-laki yang sporting banyak jugak share dengan hakak dia yang garang n kuat bebel kuat cubit orang, memang selalu nampak dia senyum nampak je jenis berterus-terang tapi pandai cover perasaan sedih, LOKLAK! Banyaklah.

Kakak doakan yang terbaik untuk Iqbal, sukses n barokah Allah insya Allah will always be with u, bro.

23.

Cop, dah boleh kahwin!

Calon dah berapa juta sekarang?

:p


Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013