Kisah Seluar Jean Dr. Cardin RM 79.90


Seluar ini merupakan kebanggan suami sehingga sekarang. Apa yang istimewa sangat tentangnya? Ini kerana seluar ini usianya hampir 10 tahun dan suami berulang kali bercerita mengenainya yang di beli ketika umurnya 16 tahun dengan harga RM 79.90 yang pada ketika itu dikira mahal sekali. Adui, letih jugalah kadang-kadang tu, tapi, tetap layaan!

Selepas berkahwin, saya tidak pernah nampak lagi suami memakai seluar ini. Mungkin kerana saiznya sudah tidak sesuai lagi dengan pinggang beliau yang sentiasa cepat mengembang itu. Lalu, ia disimpan di dalam almari selama beberapa ketika bersama seluar-seluar yang lain. Saya ingat lagi ketika itu lebih kurang 15 helai seluar suami yang dicubanya untuk beri kepada orang yang lebih memerlukan bagi mana-mana seluar yang sudah tudak muat. Antara seluar yang tidak muat adalah seluar ini. Namun, suami kelihatan amat berat hati untuk memberinya kepada orang kerana memikirkan itulah seluar yang paling mahal pertama kali dibelinya. Jadi tersimpanlah seluar itu sehingga sekarang.

Tiba-tiba, sewaktu saya sedang mengemas almari ketika mencari seluar untuk dipakai beliau, saya terjumpa dengan seluar ini lalu menyuruh suami memakainya. Luar biasa, seluar yang begitu lama telah diabaikan, hari itu telah secara tidak langsung berkhidmat semula untuk tuannya. Seronok tidak terkata lah cik abang kita ni. Bayangkanlah 3 tahun berkahwin, boleh pakai semula seluar lama.

Alhamdulillah, pengalaman ini amat bermakna untuk suami. Tidak sia-sia kasih sayang dan harapan yang diberikan kepada seluar itu. Hu~

Alhamdulillah, sekarang bukan seluar lama sahaja suami boleh pakai, baju baru pun senang nak cari saiz. Ini semua penangan Herbalife. Alhamdulillah.


Bini pulak yang over excited snap sana sini

Posted in , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013