is my dream.
Pages - Menu
▼
Monday, April 22, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Speda Aliff
Repost dari Oktober 2012 | Pengalaman pertama mengayuh basikal di usia 2 tahun. Alhamdulillah
Transport Herbalife Aliff nak hantar produk kat customer
Monday, April 15, 2013
Jalan-jalan Langkawi
Bismillah
Ini pun entri basi.
Ini pun entri basi.
Percutian awal tahun bersama famili abang. Kami berada di sana saatnya orang mula buka sekolah 4 Januari 2013. Ahaks. Alhamdulillah seronok sangat sebab jarang juga dapat bercuti dengan famili abang. Sekali cuti, all out semua. Paling best, satu famili naik van!
Biarlah foto yang menceritakan segala.
Biarlah foto yang menceritakan segala.
Singgah solat dulu selepas, berhempas pulas rombongan naik van |
Penginapan kami di Langkawi. Federal Hotel |
![]() |
Cubaan snap gambar sendiri |
SubhanAllah, masya Allah |
![]() |
Di kereta kabel, kereta kabel tak jadi naik sebab ramai gila orang, kereta kuda pun jadilah |
![]() |
Very d bestfren2, mulut tengah bising sama-sama |
![]() |
Masa ni nak jalan-jalan naik bot round pulau |
![]() |
Suka sangat ayah belikan dia pistol kayu |
Menanti nak naik bot |
Ayah suka sangat naik bot |
Kak long, Ajiq dan Hasnul |
Mak Hasnul, mak dan abah |
![]() |
Bismillah |
Kayu bakau, eh? |
Berfoto bersama gua |
Jaket keselamatan wajib dipakai |
![]() |
Aliff tenggelam oleh jaket |
Suasana di perhentian pertama |
Teruskan perjalanan |
Pantai di tempat penginapan |
Ayah dan Aliff |
Syok sangat mandi sampai tak mau naik |
![]() |
Breakfast kami |
Aliff puas main lompat2, gaduh2 dengan ajiq |
Kembar sama hari beza 1 jam |
Kami pergi betul-betul selepas cuti sekolah. Langkawi agak lengang dengan pelancong tempatan dan dipenuhi dengan pelancong asing. Ikutkan hati nak je aku timbang orang puteh semua.
Tiada sesi shopping coklat mahupon pinggang mangkuk. Ok, borenkkkk~
Sorry entri tanpa kata, gambar cuma :) Sekadar simpanan sebagai kenangan di kemudian hari
Thursday, April 11, 2013
Insan biasa
Bismillah.
Malam tadi serius tak boleh tidur. Sebabnya? Tak tahu. Rasa geram dan nak marah orang. Tapi senyap jek. Takkan nak marah orang tak tentu pasalkan? Akhirnya encik suami bangun 3 pagi pujuk aku tidur. Macam-macam dia buat. Paling menenangkan hati bila dia baring sebelah aku (waktu tu atas lantai) dan pandang aku.
Susah nak teraangkan perasaan aku waktu tu. Terima kasih Allah atas nikmat yang satu ni. Teringat kata-kata,
Astaghfirullah, banyaknya perkara aku leka dan pentingkan diri sendiri.
Sembang-sembang.
Kesian Aliff pun pusing sana pusing sini terganggu dengan sembangan ibu. Maaf ye nak. Pikiran ibu kebelakangan ni mudah terpengaruh dan terganggu.
Pagi ni, hati ibu sayu. Kedua kalinya Aliff ke sekolah dengan mood tak baik. Menangis. Selepas hari pertama dulu. Mimpi buruk atu tak cukup tidur?
Hari ni ibu janji, petang kita main coloring :)
Wednesday, April 10, 2013
Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan
Bismillah
Bagi ibu-ibu yang cari tadika atau taski atau taman asuhan kanak-kanak area Bandar Baru Bangi, ibu Aliff memang highly recommend Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan. Lokasinya yang mudah dikesan, tepi jalan berhampiran kedai lori cendol, rojak dan laksa yang femes di Seksyen 4 tambahan tu kan.
Sejarahnya, ibu sebenarnya berat hati nak masukkan Aliff yang baru berumur 2 tahun 3 bulan ke sekolah kerana umurnya yang agak kecil lagi. Dalam fikiran ibu, biarlah, nanti esok besar ke sekolah lagi. Tapi bila difikir, dipertimbangkan dan beberapa kali solat istikharah, akhirnya dengan penuh keyakinan ibu putuskan juga untuk hantar Aliff ke playgroup di sini.
Antara sebab lain, ibu buat keputusan untuk hantar Aliff ke sekolah ini adalah kerana Aliff nampaknya bosan dan ingin berkawan/beraktiviti. Sedangkan di pagi hari ibu, tak dapat menumpukan perhatian kepada Aliff, kerana fokus di pagi hari ibu terhadap kerja. Huuuu. Kadang-kadang bila ibu ajak Aliff beraktiviti, tak mahu pula dia kerana itu bukan rutin beliau. Akhirnya, TV/youtube juga jadi pilihan beliau. Itu yang buat ibu decide betul-betul untuk hantar Aliff ke sini.
![]() |
Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan |
1st day |
Rutin biasa. Amik Aliff dalam jam 12-1pm |
Excited sangat bila nampak ayah terus ambil sandalnya |
![]() |
Auntie Didie pakaikan |
Berikut detail Noor Montessori Bandar Baru Bangi yang boleh dihubungi
Boleh berurusan dengan Puan Radziah Yurad. Baik dan mesra orangnya, insya Allah
No tel : 03-8925 7877/019-3168176
Email : radziah@gmail.com
Alamat : No 15, Jalan 4/10, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
![]() |
Jadual harian playgroup Aliff |
Oh Aliff hanya berada di playgroup hanya setengah hari, pun memang bertujuan. Another half day, adalah masa bersama ibu! So ibu pun akan ambil tanggungjawab cikgu di sekolah. Fair and square. Takdelah Aliff sayang cikgu je kaaaan *eh jeles ke?
Secara keseluruhan, ibu sangat berpuas hati dengan kerjasama auntie-auntie (baik-baik belaka mereka, persekitaran, yuran pun okey dan juga pembelajaran di sini. Menurut auntie dan pemerhatian ibu pun, kanak-kanak di sini baik-baik dan behave dalam aspek kanak-kanak la. Kita tahu budak-budak memang suka main kan, tapi alhamdulillah semuanya masih terkawal.
Somehow ibu rasa bersyukur sangat, sebab memang Noor Montessori antara pilihan awal ibu dan terus jatuh hati. Takdelah beriya sangat pun buat survey. Adalah dalam 2-3 pilihan, lepas jumpa Noor Montessori terus DECIDE!
Alhamdulillah Aliff pun suka. Pagi-pagi bila cakap, jom pergi school, terus bangun. Abam, abam :)
Tuesday, April 9, 2013
Monday, April 8, 2013
Diari Aliff | 2 tahun 5 bulan
Bismillah.
Abam,
ini perkembangan awak sepanjang 2 tahun 5 bulan ye,
Sabtu lepas, ibu dan ayah pergi ke sekolah Aliff, Nur Calliph, Bandar Baru Bangi (klik untuk info) sempena hari report card beliau. Echeh semangat ibu first time lah katakan. Moga ibu terus istiqomah menghadiri hari-hari report card Aliff dan adik-adik pada hari-hari mendatang pun ye, insya Allah.
Alhamdulillah, bersembang dengan Puan Didie, yang in charge sekolah tersebut banyak info tentang anak ibu di sekolah yang dikogsikannya. Secara keseluruhan anak ibu ni kat sekolah boleh tahan baiknya yeh.
Antara perkara yang menjadi topik perbualan ibu tadi, kebanyakkannya adalah tentang perkembangan skil beliau. Dapat ibu simpulkan di sini, ada beberapa perkara yang perlu ibu ambil perhatian contoh, anak ibu perlu diberi perhatian pada konsep rules, sebutan huruf, sebutan perkataan, konsep kerjasama, konsep bahagi, mengira dengan jari dan macam-macam lah.
Tapi bab bersosial, berkawan, dengar arahan, anak ibu ekseleng!
Ada beberapa perkara yang ibu tanya tentang perkara yang ibu dok runsing sokmo kan. Berkenaan anak ibu yang sorang ni cepat nau emosi. Kalau orang jerit, atau pukul atau macam dirasakan menggugat dirinya, mesti terus melalak. Macam kelembutan sikit, nama pun Aliff kan? Sebab biasa kalau kat Nutricity, abang Nuaym atau abang Imran, kalau baik, baik sangat. Tapi kalau ada yang tak kena, sekejap, sekejap anak ibu menangis melalak datang kat ibu mengadu itu ini.
Tapi auntie Didi, cakap eh takdelah. Oke je. Takde menangis pun. Berkawan dengan abang-abang pun ok je. Phew. Mungkin kalau ada ibu je kot, manja terlebih. Nak kena sokmo biar dia di bawah pengawasan orang lain jugok ni, Tak boleh 24 jam dengan ibu sangat eh.
Abam,
ini perkembangan awak sepanjang 2 tahun 5 bulan ye,
1. SANGAT MANJA. Sekejap, sekejap , sambil pandang ibu gaya kucing dalam shrek dan sebut, "A-B-UUUUUU~" (ibu). Ya Allah, cair mak! Dah lah sokmo lak tu. Sekejap,sekejap tengah ibu rehat, rehat dia datang buat aksi manja tu.
Satu lagi, SELALU nak kiss adik (perut ibu). Sikit, sikit, "nak adeyk". Comel
2. Lately suka main, mainan waktu kecik, macam besen mandi ni, walker.
3. Masih tersangat gilakan motor
4. Berposing tak hengat
5. Sangat suka pergi sekolah. Ibu siap puju depan auntie didie lagi tadi
6. Sangat suka makan sup. Mihun, nasi semua nak makan dengan sup
7. Asyik mintak didokong je. Adoi pengsanlah mak gini.
8. Alhamdulillah dah boleh tidur, di mana jua anda berada.
Abam,
membesar sebagai khalifah unggul di muka bumi Allah ni sayang. Nanti adik dah tubik, kita sayang-sayang adik sokmo eh. Abam tolong ibu pimpin adik jadi khalifah jugak ye. Ibu akan usaha lagi jadi ibu terbaik untuk abam dan adik-adik yang ibu sayang sokmo deh?
Ibu.
P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.
P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.