Bismillah
Taip tajuk entri je dah buat ibu sebak.
2 minggu berlalu dengan perasaan yang sangat tak best. Ketika aku sibuk dengan urusan pindah rumah, ketika itu jugaklah sibuk dengan menyesuaikan diri dengan suasana baru. Sekarang kami suami isteri dan anak-anak dah mula berdikari. Keluar dari comfort zone kami iaitu rumah mama dan abah.
Mama, abah dan adik beradik lain memang rajin layan Aliff. Marah aku pada Aliff kadang-kadang tak berpanjangan sebab memang ada je orang yang rajin pujuknya. Jadi sejak Aliff ada adik baru ni, aku memang tak perasan sangat kejelesannya, sehinggalah kami berpindah rumah.
Disebabkan atuk, nenek dan pakcik makcik dia yang lain, maka kalau dia buat perangai, tiadalah yang akan memujuknya. Disebabkan hal demikian, maka sikap memberontaknya lagi jelas. Aku pulak semakin lama semakin hanging dengan sikap aliff yang berubah 100% ni. Pantang dia kasar kat adik dia, cepat je sengatan cubit aku ni sampai kat peha dia.
Penat toksah cakaplah. Habis tenaga aku menghalang Aliff daripada sakitkan adik dia.
Sedih, menangis. Puas dah.
Aku cari mana silap aku. Muhasabah balik hubungan aku dengan suami, mama abah dan Allah.
Allahu akbar!
Kini, baru benar-benar terasa pengorbanan mama abah besarkan kami yang semuanya keras kepala. Semua nak ikut masing-masing punya kehendak. Setiap kali cabaran datang, aku cuba sedaya upaya tarik nafas panjang-panjang sebelum nak buat apa-apa.
Kadang-kadang bila Aliff mula dengan perangai dia, menjerit aku sampai terkejut dia. Macam biasa dia buat muka selamba sebab memang nak kan perhatian aku. Aku faham, sebelum ni dia seorang sahaja yang kami sayang dan manjakan. Tiba-tiba, ada seorang lagi yang mencuri setiap perhatian milik dia selama ini. Memang la jeles tahap gaban kannn.
Aku marah.
Dia buat lagi.
Aku cakap elok-elok.
Dia buat lagi.
Masa lain, aku cuba cakap elok-elok waktu mood dia happy.
Pun dia buat lagi bila-bila masa dia nak bermain.
Takpelah aku anggap itulah cara dia bermain dengan adiknya dan cara dia nak dapat perhatian aku.
Sedih. Sangat-sangat sedih. Bukan sebab aku sedih dia bua macam tu. tapi sedih sebab aku tak dapat nak inpirasi dia untuk buat perkara yang betul. Bila malam datang, aku lihat tidurnya, lagi sebak menitik-nitik air mata aku jatuh ke bumi laju sekali.
Aku marah.
Dia buat lagi.
Aku cakap elok-elok.
Dia buat lagi.
Masa lain, aku cuba cakap elok-elok waktu mood dia happy.
Pun dia buat lagi bila-bila masa dia nak bermain.
Takpelah aku anggap itulah cara dia bermain dengan adiknya dan cara dia nak dapat perhatian aku.
Sedih. Sangat-sangat sedih. Bukan sebab aku sedih dia bua macam tu. tapi sedih sebab aku tak dapat nak inpirasi dia untuk buat perkara yang betul. Bila malam datang, aku lihat tidurnya, lagi sebak menitik-nitik air mata aku jatuh ke bumi laju sekali.
Allah, pinjamkan aku sedikit sabarMu, sedikit kekuatanMu untuk aku besarkan khalifahMu ini ya Allah. Ampunkan dosa dan silap ku yang lepas-lepas, sekarang dan akan datang supaya khalifahMu ini mudah perjalanannya ke SyurgaMu ya Allah
Paling aku sedih sampai tak boleh tidur,
ada satu malam tu, puas dia bermain, makan dan tengok TV kat bawah.
Aku tengah buat kerja kat atas. Dia naik cakap sesuatu. Tapi aku tak faham.
Lepas tu dia datang kacau aku buat kerja.
Aku geram dan panggil ayahnya.
Elok ayah dia ambil, dia terlena.
Allahu akbar. Dia nak bagitahu, yang dia ajak aku tidur sebenarnya. T______T
-------
Oh Allah,
kalau ini proses mengingatkan aku untuk menjadi ibu dan ayah yang lebih baik kepada Aliff dan adik-adiknya, aku redha ya Allah. Aku sanggup untuk terima dugaan demi dugaan supaya aku jadi lebih kuat dan lebih alert pada masa akan datang.
Andai inilah besarnya pengorbanan dan bernilainya membesar khalifah Mu aku sanggup hadapi, Allah!
--------
Aliff,
Ibu akan perlahan-lahan jadi lebih baik dan seterusnya sikit demi sikit jadi inspirasi pada Aliff sayang ibu.
Abang pujuk aku. Inilah dia proses menjadi ibu ayah. Yang penting silap itu kita tukar kepada yang lebih baik. Oh Allah bimbinglah aku Allah!
-------
Aku manusia biasa. Punya cita-cita. Menjadi yang terbaik dan menyediakan yang terbaik untuk suami dan anakanda.
If I want something i never had, i have to start doing something i never done.
The only person who is educated, is the one who has learned how to learn and CHANGE.
Be a better MOTHER!
Aku percaya konsep ini
Think-->idea-->action-->do-->fail-->do again -->keep going-->SUCCESS
Aku berdepan dengan situasi Aliff punya tantrum dan asyik nak kacau adik dia.
Ideanya, aku boleh nasihat dia dan bagitahu apa yang salah apa yang betul dan tak ketinggalan ibu sayang abang ibu sayang adik.
Repeat benda yang sama.
Still, Aliff buat perangai.
Repeat lagi.
Insya Allah nanti dia faham jugak. Amin ya Rabb
--------
Sama sebijik. Proses kehidupan dalam hidup kita dengan apa jua situasi pun.
Belajar? Bisnes? Nak 4 flat? Nak lose weight? Nak kaya?
Semua sama.
Sebab tu Allah sediakan special treatment untuk orang yang SABAR :)
Moral of the story : Kehidupan akan lebih tenang sekiranya kita yakin dan syukur dengan setiap ketetapan Allah.
Berdepan dengan cabaran baru bukan alasan untuk berhenti daripada mengejar matlamat hidup. Tapi seharusnya menjadikan aku lebih kuat dan lebih laju capai apa aku nak untuk anak-anak dan kehidupan dunia akhirat.
Allah jua tempat aku serahkan segala-gala.
No comments:
Post a Comment