Bismillah
Alhamdulillah, maka ini adalah entri pertamaku pada bulan Disember ni.
Fuh, jom tengok kronologi dalam 5 bulan lepas. Sesaje nak analyze balik kehidupan kebelakang ni supaya boleh improve memana yang patutlah kan. Keep track your life. Some might think it nonsense, but believe me it somehow fun and interesting. Heheh bak kata orang Islam, muhasabah diri.
Baiklah. Mula sekarang.
-------
Julai : Beranak kat Fateh.
Ogos : Masih dalam pantang dan campur sekali beraya seisi keluarga (punya susah sebab memasing study obersi kan?
September : Start fokus kerja dengan environment baru iaitu anak 2. Pindah rumah. Out of comfort zone. Sangat mencabar. Sangat menduga keimanan dan kekuatan diri. Mula plan 90 hari
Oktober : Abang start full time join d business, memang seperti dalam perancangan kami. Alhamdulillah. Bukak nutrisi kelab. Adjustment time dengan anak-anak di rumah bermula, maka bermulalah karier aku sebagai surirumah sepenuh masa. Abang kerja di luar.
November : Adjustment masa dengan anak-anak dan kerja.
Disember : Improving daripada cabaran bulan November.
--------
Alhamdulillah.
SURIRUMAH. Karier idamanku. Cita-citaku sejak dari kecil.
Definisi surirumah bagiku adalah menjaga anak dan menguruskan kerja-kerja di rumah. Kalau ada orang gaji lagi bagus. Main arah-arah dan fokus pada anak-anak. Huhu tambahan untuk pengedar herbalife Bangi (ahhah skema nama position aku) work from home jugak hal-hal Herbalife di rumah. Yang mana aku rasa sangat memerlukan pembahagian masa yang teliti.
Mana pagi-pagi mandikan anak.
Mana siapkan makan pakai anak.
Mana nak masak.
Mana nak urus baju bajan.
Mana nak layan education dan perkembangan anak-anak.
Mana nak buat invitation.
Mana nak follow up coach.
Mana nak follow up downline.
Mana nak tengok barang dapur cukup ke tak.
Mana nak rehat sekejap supaya tak mengamok bertukar jadi raksaksa.
Fuh. Kalau nak tengok list memang menangis sumeorang. Tapi tak payahlah nak gebang kat sini. Cukuplah hanya surirumah yang faham.
Jadi, aku faham sangat perasaan dan kesibukan dan sometime boleh jadi stres lagi untuk surirumah semua. Ye ini adalah tanggungjawab kami dan sikit pun aku tak mengeluh malah, dengan bangganya aku nak jerit kuat-kuat I LOVE MY JOB!
Adalah satu kepuasan yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata untuk melihat anak-anak makan, terhibur membesar deban mata dan apabila suami pulang dapat luang masa bersama dan in my case me n my husband are work together with flexible hour so lagi la bahagia kan?
Tapi rata-rata surirumah yang kebanyakannya dalam pemerhatian aku, lepas beranak badan dah mula naik, cepat marah, stres tak menentu dan dah mula menumpukan perhatian kepada penampilan diri. Akhirnya tahap keyakinan diri mulalah merudum mendadak dan mula selesa berkomunikasi hanya melalui online (internet). Apa-apa info sepenuhnya daripada internet dan kurang bersosial dan bawa anak keluar. Pendapat sendiri je, betulkan kalau salah ok?
Punca kegemukan dan kurang penampilan diri
1. Sibuk gila urus hal rumahtangga. Anak-anak adalah keutamaan.
2. Anak makan, kita makan. Suami balik kerja makan, kita pun makan lagi.
3. Tiada masa senaman.
4. Makan tak jaga.
5. Stres
Since i'm a herbalife consumer, inilah tip yang mungkin boleh membantu kawan-kawan surirumah sekalian.
Tips kurus dan cantik untuk surirumah yang sibuk
1. Rancang aktiviti harian pada waktu pagi selepas solat Subuh dan Mathurat.
Kenalpasti mana satu prioriti. Penting atur prioriti! Laundry tak perlu buat hari-hari. Aktiviti hari-hari seperti masak, pendidikan anak-anak dan kalau work from home pun adjust masa. Ini sangat crucial. Selalu terbabas kalau kepenatan. Kalau boleh cover balik kerja yang tertangguh secepat mungkin. Jangan dilayan sangat penat dan stres tu. Kita adalah surirumah herbak! Ahahah
2. DECIDE + DETERMINATION
Fikirkan KENAPA nak kurus? KENAPA nak cantik? KENAPA nak sihat?
Jawapan tu semua biar memasing jawab. Tak payah orang lain sibuk nak jawabkan. Sebab seingat aku, ni pengakuan jujur. Bila once aku start DECIDE untuk buang lemak-lemak dalam abdan yang buat aku cepat penat dan naikkan berat otot aku untuk tenaga aku nak pakai untu masa-masa akan datang, Alhamdulillah environment dan dalaman aku sangat membantu dan bagi support. Allah jua yang tentukan. Contoh macam keinginan makan mengarut dah berkurang, suami support gila dan join sekali. Hum Allah mendengar doa hambaNya.
3. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan meal replacement, yang mana rutinku setiap hari seperti berikut :
Pagi dan kadang-kadang malam : Bancuh dan siapkan big breakfast kami seisi keluarga.
Dinner : Biasanya malam aku memang tak masak sebab lauk tengahari tu masak sekali untuk malam. Sebab kami biasanya akan healthy snacking, buah-buah atau kadang-kadang minum shake je. Untuk anak-anak lauk tengahari jugak.
Alhamdulillah. Herbalife sangat membantu daripada segi energi, membekalkan khasiat yang cukup untuk sistem badan supaya aku sentiasa dalam keadaan sihat bertenaga dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Keputusan dalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza
Selain tu, selepas bermula dengan Herbalife, banyak info dan kesedaran tentang pemakanan sihat. Insya Allah makanan yang baik bermula dari rumah. Peringatan untuk ibu Nadiah untuk rajin masak :| Bukan sahaja ibu, ayah dan anak-anak pun kena tempias airtangan masak-masak ibu ni. Alhamdulillah
Kadang-kadang ada hari anak kenyang lagi ke atau breakfast lambat ibu banyak kerja lain, shake aje. Kenyang, sedap dan berkhasiat lagi!
4. Minum air banyak
RANCANG BERAPA LITER AIR NAK MINUM PAGI, PETANG, MALAM |
Insya Allah rancang!
Sebab tu perancangan penting. Macam bagi aku memang dah set, setiap hari kena habiskan 6 liter. Minimum 4 liter. Jangan kata takde masa nak kencing, sebab aku sendiri pun tak sanggup nak biarkan lemak dan racun dalam lemak tu menumpang kasih dalam badan aku lama-lama. Kalau waktu muda ni pun dah banyak lemak tu cecepat la singkirkan, nanti dah beranak 10 lagi malas nak buang air. Sementara anak 2 ni kan cecepat buang.
5. Senaman
Highly recommended. Bukan suruh seaman hari-kari. Curi masa 2 kali seminggu pergi jogging 30-40minit. Sebab kita pun hari-hari memang dah rajin kemas rumah kan. Aku pernah dengar orang cakap selagi lantai bersih, buku tersusun, dinding tak berconteng, pinggan berbasuh licin, itu maknanya belum cukup surirumah sebab lebih kurang macam anak tak de aktiviti, kita tak masak ha lebih kurang macam tulah. In my case, aku memang kena pastikan rumah cantik bersih sebab memang semulajadi saiko, tengok cadar tak tegang dah stres takleh buat kerja.
Again lifestyle Herbalife family |
Bawak anak-anak sekali senaman pagi-pagi tak ramai orang on weekdays |
Vakum rumah 30 minit dah bakar 100-120 kalori.
Dah, jangan bagi alasan takde masa senaman. Round shopping mall pun senaman gak. Cumanya kena tahan nafsu makan sikitlah nak makan sedap kan.
Datim |
Bawak anak |
Korang kena tahu, keadaan badan kita ni hasil daripada pemakanan dan aktiviti kita pada 5 tahun lepas. Macam dalam situasi aku. 5 tahun sudah zaman belajar aku dahlah tak bersukan tak bersenam, makan lintang pukang. Kadang banyak kadang tak makan langsung. Bila lepas beranak energi low sampai satu tahap rasa tiada satu makanan pun yang dapat mengembalikan energi aku. Sobss. Macam dah givap gila. So korang jangan happy sangat eh kalau sekarnag makan macam raksasa pun tapi masih sihat walafiat. Nanti cuba monitor 5 tahun akan datang. Waktu tu nak nyesal pun dah tak guna. Hok hok. Garang taki bu?
6. Rehat yang cukup
Memanglah surirumah takkan rehat yang cukup. Dengan kerja, anak dan suami lagi. Tapi siapa kata surirumah tak boleh live life to the fullestkan. Kena cari masa jugak. Dalam seminggu ada 7 hari. Hari yang tak buat laundry chillah. Masa layan anak-anak tu berehatlah. Cari aktiviti yang dia bebetul leka. Okey tak? Insya Allah, Allah mudahkan.
Biasanya Aliff anak aku, buat aktiviti dalam 10-15 minit je berminat. Kalau nak bagi dia ralik sikit pasang CD nasyid atau youtube Mr bean, pocoyo atau Dora the explorer, oklah asalkan aku ada kat sebelah. Sambil tu minum air banyak-banyak. Ha kan boleh tu.
Kalau ada hari yang tak sempat habiskan 4-6 liter, cover balik hari lain.
"There is always room to improve"
"Keep on moving, no turning back and don't give up"
1 pakej semuanya.
Insya Allah dalam kes aku, aku ni orangnya sempoi. Takleh bagus sangat. Tak jugaklah sememeh sangat. Dalam penampilan.
Janganlah pandang aku sebagai surirumah yang macam hebat sebab sharing di atas macam aku takde masalah jekan? Ada hari aku serabut. Pagi-pagi lagi nak amuk. Ada hari Aliff buat perangai, nak perhatian n asikmengaco nak main dengan adik jek. Ada hari sibuk gila kejap layan Aliff, adik dan kerja rumah. Ada hari aku nervous dengan tak tentu pasal. Ada hari down, takde customer lagi. Ada hari moody dengan abang. Ada hari serabut pasal bisnes jugak. Hurm.
TAPI.
Janganlah pandang aku sebagai surirumah yang macam hebat sebab sharing di atas macam aku takde masalah jekan? Ada hari aku serabut. Pagi-pagi lagi nak amuk. Ada hari Aliff buat perangai, nak perhatian n asik
TAPI.
Aku nak kurus.
Aku nak sihat.
Aku nak cantik.
Aku nak konfiden tinggi.
Aku nak sukses dalam hidup dunia akhirat.
Aku nak bagi yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang.
Kerana itu aku BUAT KEPUTUSAN dan KOMIT terhadap USAHA ke arah itu.
Semuanya kerana mereka.
Yang tergantung di dinding kekuatan aku.
----------------
DECIDE+ DETERMINATION+BELIEFE+EFFORTS=RESULTS
No comments:
Post a Comment