Bismillah
Sebenarnya entri ni dah lama dah terperap dalam draft. Hehehe ibu nak post jugak sebab sebagai catatan kenangan pengalaman ibu memulakan solid food untuk Muhammad Fateh. Ibu mula bagi Fateh solid food seawal usianya 6 bulan. Alhamdulillah, Fateh nampaknya tiada masalah untuk makan dan suka pulak tu. Sukanya hati ibu bila tengok anakanda enak sekali menikmati makanan. :)))
Amboi sejak dah mula makan ni, ligat dia pun semacam. Lincah dan tak boleh duduk diam dah. Selagi tak dapat makanan dia, kalau kita dokong kan, mula lah menarik tudung ibu, cakar muka ibu. Huhuhu bukan tangan je tak duk diam, kaki pong!
Dasar anak genius! (Amin, ya Rabb)
Tengok tu. Paling lama boleh stay dalam var seat adalah 2 minit. Acane? |
Sungguh ketidaksopanan gaya tidurmu itu, nak. Takpe hero kan? |
Ok jom Fateh, kita tengok apa yang biasanya ibu prepare untuk anak ibu yang genius ni.
Untuk makluman, ibu Fateh ni memang SIBUK GILOS, yang payah betol nak share kat sini. Bukan sahaja urusan bisnes, tapi jugak banyak urusan sampingan lain. Pendek kata aku ni surirumah bergerak jugaklah. No problem, asalkan sokmo bersama-sama bebudak ni walaupun banyak mengah lagi daripada rileksnya.
So biasanya apa yang suka ibu shopping makanan untuk Fateh?
Since adik Fateh kulit belum baik sepenuhnya, ibu elakkan ayam dan ikan dulu.
Apa ibu suka shopping adalah, sweet potato (tetiba jadi favourite ibu pulak), cauliflower, carrot, epal hijau (adik Fateh suka masam), pumpkin. Biasanya tu je. Boring ke?
Sorry adik Fateh. Ibu memang suka belasah macam ni.
So biasanya menu spa ibu ready untuk adik Fateh?
1. Bubur+kurma+carrot
2. Pumpkin+epal hijab
3. Epal hijau+carrot+kurma+cauliflower
4. Epal hijau+sweet potato
5. Sweet potato+epal hijau
Pendek kata kena ada elemen manis+masam. Itu jadi pilihan beliau.
Cara penyediaanya pulak
1. Stim
2. Blend
3. Simpan dalam bekas kecik-kecik yang bertutup atau bekas kiub ais. dalam peti ais bahagian beku.
So senang, biasanya seminggu sekali ibu prepare macamni masa yang lapang. Hari lain, bukak freezer keluarkan dan biar dia cair sendiri. Kalau sejuk lagi rendam air panas, kalau Fateh nak makan sangat dah masa tu. Supaya tak bagi beliau juadah sejuk. Hok hok hok.
Now, Fateh dah mula minum shake sikit-sikit dan kalau makanan dia dah habis masa travel, ibu amik biskut baby yang sedap tu dan letak sikit susu ibu. Awww, senangnya!
Favourite person Fateh untuk menyuapkan makanan untuk beliau?
Semestinya NENET dia! |
Sobs.
Ibu tedih. Okey bai Fateh. Ibu sokmo doa semoga anak ibu membesar dengan sihat dan beriman bertakwa pada Allah. Sihat supaya boleh melakukan lebih banyak ibadah dan kebaikan atas muka bumi ni amin ya Rabb.
Mak-mak gojes share la sikit menu baby korang. Mesti korang punya sedan dan mabeles :)) kan kan?
No comments:
Post a Comment