Showing posts with label Keajaiban. Show all posts

Pain and JOY

Bismillah

Sekarang jam pukul 1058 pm.

Sorang-sorang kat hospital Serdang.

Alhamdulillah masa yang tenang untuk nukilkankan sesuatu di belog ini.

Hari ni Isnin. Semalam Ahad. Alhamdulillah selamat beranak anak lelaki kedua seberat 3.34kg jam 438petang lepas asar secara vakum. Aku ke Hospital Serdang sejurus selepas perasan macam air membasahi seluar tidur yang aku pakai. Sebelum ni dah 4 hari keluar lendir merah dan lendir kuning serta sakit contraction setiap 10 minit. Datang malam sakit kuat. Datang siang sakit kadang ada kadang tak ada. Eh macam main-main pulak tanda bersalin aku. So aku decide kalau sakit setiap 3 minit sekali baru ke hosiptal LAGI.

Sampai hospital hari Sabtu jam 1130 malam. Waktu tu sakit tak kerap tapi agak kuat jugak. Dr suruh admit sebab dah pecah air ketuban walaupun tak banyakkan. Masa tu dia cakap bukaan dah 2cm. Tapi wad penuh. Terpaksalah bermalam di PAC. No problem. Aku suruh abang balik. Abang nak teman aku mengaji sampai dalam pukul 2.30 pagi aku masuk dalam cuba nak tidur dan rehat. Pukul 4 sakit aku makin kuat. Aku suruh abang balik supaya dia boleh rehat nak berjuang esok harinya.

Sakit makin kuat dan kuat. Rasa nak tercabut kaki dengan badan. Belakang rasa macam nak putus. Sementara bahagia depan rasa ditarik-tarik. Adoohhai. Mama 7 orang begini. Aku baru 2 dah macam apa je. Aku tengok orang lain mengerang kesakitan tak macam aku pon. Beriya bernafas hembus bernafas hembus.

Esok paginya.

Tak sabar tunggu abam dan abang, hehe.

Bawak sarapan dan shake. Ayah suap abam makan. Sementara ibu dokong Aliff kerinduan. Saatnya contraction kuat datang, aku tahan sakit. Abam mula pujuk aku, "abam de ni" (abam ada kat sini) banyak-banyak kali sambil kiss n peluk-peluk aku. Touching ibu. Jap lagi dia tanya, "a u tey?" (are u ok?). Aloh-aloh, anak ibu, anak ibu.




Tak lama nenek dan atuk datang ambil abam balik, sementara ayah stay dan tunggu ibu lagi.

Sobss sedih sangat ibu.

Kesimpulannya, aku tahan sakit kontraksi dan duk kat PAC tu dari jam 1130pm sampai 345pm lebih kurang hampir 16 jam ko!

Alhamdulillah akhirnya dapat masuk labour room sebab dalam pkl 230pm tu sakit aku diikut serta dengan rasa nak teran yang amat sangat padahal bukaan baru 5cm. Tak lama pun kat situ, doktor bersilih doktor datang cek bukaan. Sakit kontraksi memang kuat gileeeeh oi time ni! Gap dalam 3 minit sekali. Aku kerah kejung sekali menahan kesakitan. Akhirnya, doktor decide nak vakum. Alhamdulillah tak payah operate. Seronok kejap.

Yang bestnya lagi, doktor yang sambut baby kali ni adalah kenalan aku iaitu kakak kepada kawan baik aku! Dr Anizah Ali. Alhamdulillah baby disambut oleh orang baik-baik. Mengenalinya buat aku lega lah kan walaupun yelah malu lah kan orang yang kita kenal, urm takpela tak yah teruskan. Aku fikir balik, apahal nak malu-malu lak kan? Pelik sungguh. Ni antara hidup dan mati ni, hehe. Kak ijah ni baik sangat-sangat. Aku perasan masa nak sambut baby, mulut dia terkumat kamit selawat berdoa.

Ada pengalaman meneran, push-push jugak. Alhamdulillah. Lepas baby keluar je terus aku macam jerit lah gak kan, Allahu akbar, alhamdulillah. Padahal sebelum tu dah mengerang kesakitan macam hape je. Malu ai. 

Abang tak dapat bersama dalam labour room sebab vakum agak extreme sikit berbanding beranak normal. Tapi operate lagi extreme la kan. Takpelah abang, insya Allaha da rezeki lain abang nak ada pengalaman sambut baby yeh?



First visit | Pasang tiub

Second visit | dah cabut tiub pasang penutup apa tah pulak

Third visit | Dah cabut semua, pakai oksigen kat hidung. Ayah kata adik asyik nak tanggal je

Leher baby terjerut dengan tali pusat dan pernafasan dia tak berapa bagus. Kena admit NICU. Pengalaman kedua selepas abamnya dulu. Kali ni doktor scan ada tompok hitam di paru-parunya. Terus teringat waktu jerebu tak pakai mask. Ada possibalities tak? Sedih.

Alhamdulillah kali ni beranak dapat duduk bilik kelas pertama, matlamatnya satu je. Nak abang jaga aku. Selesa pun selesa. Syukur. Alhamdulillah layanan abang masa bersalin anak pertama sama jugak macam anak kedua. Teman ke toilet, dan buat kerja-kerja yang menggelikan yang belum mampu aku sendiri uruskan. Alhamdulillah kali ni cepat aku berjalan berbanding dulu. Paling seronok kali ni dapat tengok abang tidur lena selepas seharian tunggu aku.

Petang tu beranak, malam tu naik kerusi roda turun jugak nak jenguk abam (ikut atok nenek hantar makanan) dan adik. Tapi tak kesempaian sebab abam mengamuk (dapat main dengan ayah kejap je) dan tidur dalam kereta. Sampai NICU tengok adik, sama jugak situasi waktu jenguk abam dulu, menangis macam orang hilang akal. Agaknya post birth jugak kot. Feeling hiba gitu. Manalah tak sedih, anak baru lahir dengan tiub, mesin gabak dan macam-macam lagi. Insya Allah adik spesial nak dapat super power, ye adik ye. Anak ibu kuat dan genius! insya Allah

Sementara tu dah la dok feeling sedih abam yang ditinggalkan di rumah. Dengan perasaan lepas ni dia dah tak boleh nak dimanjakan seorang diri oleh ibu ayah. Ada adik yang perlu dikasihi jugak. Tapi aku percaya abam akan perlahan-lahan menerima adik, dan menyayanginya. Kerana abam membesar sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan genius!


Malam pertama ayah teman ibu. Malam kedua ayah teman abam pulak! Fair and square.



Dan kerana itulah malam ni ibu keseorangan dirian. Sekian kisah tak berapa nak lengkap pengalaman bersalin anak kedua :) Ibu dah mengantuk dan nak merehatkan diri yang bakalan sibuk dengan 2 orang hero-hero kat rumah nanti. Debo ge ghase.

Posted in , , , , , | Leave a comment

Happy 1st birthday, Muhammad Aliff!

Setahun yang lepas, ibu dan ayah begini.

Menggendongmu dan membawamu ke mana ibu pergi hatta ke jamban sekalipun. Sedikitpun tidak rasa terbeban.


Suka, gembira, seronok, sedih, duka, lara, seram, gelabah, cuak, terkejut kita bersama dan ibu takkan lupakan.

Ayah adalah insan yang tanpa jemu melayan kehendak kita setiap masa. Ya, kita. Ibu dan Aliff.
Setiap detik dirasakan manis bak gula-gula dikemam-kemam. Menanti hadirmu dalam mimpi di setiap malam. Merasai tendangan kakimu dengan perasaan bermacam-macam. Ah, sayang.

Inilah namanya cinta Tuhan. Beri aku rasa kasih dan sayang.


Kini, hadirmu dalam hidup ibu dan ayah adalah anugerah terindah yang datangnya sebagai amanah. Maafkan ibu kiranya, terkadang leka terkadang lupa. Dalam usaha membawamu ke destinasi akhir iaitu Syurga. Amin, amin.

Salam ulangtahun pertama, Aliff. Ibu ingin menyayangimu sepenuh hati ibu kerana Allah, sayang.

Posted in , , | Leave a comment

Remaja seterusnya dewasa

Masa tu cepat sekali berlalu kalau diiisi dengan banyak perkara. Kalau dahulu saya bergelar seorang anak, pelajar, seterusnya isteri dan kini sudah memegang title ibu. Sahabat baik juga melalui pengalaman yang sama. Aturan Allah itu cantik sangat. Dia menghadiahkan orang-orang yang luar biasa dan hebat kepada saya.

Justeru, saya berasa untung kerana dipertemukan dengan sahabat yang baik-baik, cantik-cantik malah pandai-pandai pulak tu. Mengenali mereka adalah salah satu kenangan manis semanis madu dalam hidup saya. Selepas SMAKL, saya mengambil keputusan untuk bertukar sekolah ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Waktu itu, saya di dalam kelas 2 Ali lalu Allah pertemukan saya dengan Nur Faezah Hadzir aka aunty Fae yang tempat duduknya di hadapan saya. Seterusnya, saat menunggu abah atau mama datang mengambil saya pada sebelah petang, Allah pertemukan saya pula dengan Alia Ali aka Mama Ya. Dalam kelas yang sama juga, saya bertemu dengan Najwa aka Aunty Yu tapi belum terlalu rapat.

Kemudian, apabila naik ke tingkatan 3, kami Liana aka Aunty Liana, Tiyah aka Aunty Tiyah dan Syaila aka Aunty Shila duduk dalam satu kelas yang sama. Manakala, Alia, Fae dan Najwa bersama Aniah aka Aunty Niah berada dalam satu kelas yang sama juga. Kami rapat tanpa disedari. Mungkin dek kerana banyaknya persamaan dan perbezaan yang menyenangkan antara satu sama lain, lalu kisah kami 8 orang pun bermula.

Banyak betul kisah lucu, suka, duka, gaduh-gaduh antara kami berlapan. Macam-macam hal yang kami buat tolak pukul dan buli je. Buat masa ni, tak dapat nak dikongsi di sini kerana otak tengah blur. Pasti akan dikongsi dalam entri-entri akan datang.

Pada kesempatan ini, saya nak kongsi perkembangan kami terkini.

Alhamdulillah, rezeki kakak sulung, Aniah bertemu jodoh dengan suaminya, Abg Wat sewaktu SPM dan melangsungkan pernikahan setahun selepas itu. Kisah mereka nampak simple dan mudah. Namun, saya percaya mereka dipertemukan dengan cara yang terhomat sekali dan penuh makna.

Langkah beliau diikuti saya 5 tahun selepas itu. Detik pernikahan saya bersama suami, Juan masih dirasai sehingga kini. Alhamdulillah, dikurniakan anak lelaki yang awesome sekali!

Setelah hampir 2 tahun selepas pernikahan saya, giliran Atiyah pula. Kisahnya saya anggap istimewa kerana penuh dengan kejutan demi kejutan. Daripada pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah majlis pernikahan mereka. Alhamdulillah, dia kini juga bahagia bersama baby yang sangat comel dan gojes.

Dalam bulan yang sama, Liana dan suaminya Faeiz pula selamat diijabkabulkan. Kisah percintaan mereka bermula dari zaman sekolah lagi. Dan sememangnya pernikahan mereka dinanti-nantikan oleh semua orang. Kini, mereka bahagia bersama anak perempuan cinta hati, baby Sara yang memiliki mirip kedua-dua ibu dan ayahnya yang cantik dan hansom.


Bulan Mei yang lalu telah menjadi detik bersejarah bagi Syaila yang selamat dinikahkan bersama suaminya. Subhanallah, rupawan sungguh insan seorang ni.

Alia pula sedang menghitung hari dalam mengikut jejak langkah kami. Untuk makluman, Alia juga memiliki kisahnya yang unik. Saya antara insan yang teruja dan gembira setelah dia bertemu dengan tunangnya sekarang.

Antara Faezah dan Najwa, menjadi teka-teki dan bahan usikan kami antara siapa yang bakalan mengikut jejak kami. Apapun, doa semoga diberikan kebahagiaan buat kalian semua sentiasa dipohon.

Tak sangka, dulunya masing-masing sememeh, selebet, sengal dan semanyalah. Sekarang, secara rahsianya, masing-masing mempunyai personaliti yang menjadi inpirasi saya.

Hitam dan rindu.
Korang, korang. Aku cinta korang sampai selama-lamanya, tau!

Posted in , , , | 2 Comments

Antara CINTA dan KONFLIK

Titik pertemuan antara kami berdua biarlah menjadi kisah yang tidak mungkin bisa dikongsi dengan orang ramai. Kerana ia terlalu berharga dan saya juga tidak berminat untuk menghebahkannya. Cukuplah sekadar saya dan semua tahu, saya bersyukur atas kurniaan Allah memberikan saya seorang suami yang cukup memahami diri ini.

Ok tipu. Tipu kiranya saya katakan sesungguhnya saya sentiasa bahagia dan gembira sepanjang usia perkahwinan kami. Pertelingkahan dan konflik juga sering mewarnai lukisan rumahtangga saya. Air mata selalu dibazirkan setiap kali berbalah.Tapi kadangkala, warna hitam dan kelam itu ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Begitu juga pokok. Ada buah yang tumbuh cantik dan segar dan ada juga buah yang tumbuh busuk dan berulat. Buah menandakan asam garam kehidupan dalam sesebuah rumahtangga.

Usia perkahwinan pada tahun ini mencecah angka 3. Alhamdulillah!! Allah, aku bersyukur. Terlalu syukur.

Jauh lagi perjalanan hidup kami.

Terlalu banyak perkara yang ingin dilalui dan tempuhi bersama. Ye, susah dan senang. Kalau tak dapat buat hari ni kita buat esok. Kalau tak esok lusa. Walau apa sekali bentuk halangan pun yang ada, kita redah. Ok tak bang?

Dalam perkara mendidik anak saja, banyak benda yang boleh dinikmati bersama. Indahnya susah senang bersama suami. Suami yang tercinta dan yang dicintai.

Selamat ulangtahun perkahwinan, abang. Doakan Nadiah sentiasa taat pada perintah Allah dan abang, yek?

Hasil selepas 3 tahun berkahwin, (3 tahun kemudian.., macam dalam drama)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Muhammad Aliff Bin Khairil Syazwan - 9 bulan

Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013