Ajarkan dia perkataan pertamanya..



Allah..

Posted in , , | Leave a comment

Demam selesema ketika percutian adalah tidak mengasyikkan

Ini merupakan percutian yang kedua sepanjang hidup Aliff. Kali ini berpeluang ke Pantai Cherating dan menetap selama 4 hari 3 malam di Impiana Resort Hotel. Wah kau, memang tak ingat punya cuti. Tak agak-agak. Biasa orang 3 hari 2 malam ajo. Ayah saje ambil lama-lama konon-konon nak merehatkan jiwa dan raga lama sikit.

Ayah dapatkan bilik di Impiana dengan harga yang murah melalui ajen di sini.* 3 malam dengan harga RM 5**.**. Ibu dan ayah pun teruja menyiapkan pakaian dan peralatan lain untu ke sana, antaranya gelang hindari nyamuk buat Aliff. Alih-alih dalam perjalanan pulang baru teringat tentang kewujudan gelang tersebut. Jadi kami sebulat suara bersetuju ada kemungkinan kakak cleaner telah membuang gelang tersebut ketika mengemas bilik kami. Kerana memang takda gaya barang berharga pun gelang tersebut. T-T


Dalam perjalanan ke Cherating sempat singgah di rumah girl, kenalan rapat ketika pergi umrah. Syukur, syok sangat dapat ziarah auntie dan adik Zulhilmi di rumah mereka di Tanjung Lumpur berhampiran Bando Kontan. Siap dapat mangga dengan bilis dari Terengganu sebab auntie baru pulang dari sana.

Sampai Impiana dah jam 8.30 malam pada 11/5/2011. Mak oi. Lama beno. Ekcelli bertolak dari Bangi dah lambat pastu singgah menyinggah lagikan mana la tak lambat.

Seperti yang semua sedia maklum di awal Mei, sekitar Lembah Klang menghadapi cuaca yang sangat panas. Dan elok setibanya kami di Cherating, keesokan paginya hujan. Ayah dan ibu dijangkiti batuk selsema. Hoi, tak bess ok! Kepala sakit, hidung penat dan rasa kering, mulut pecah. Tapi tetap bersyukur sebab apa? Sebab bila sakit, secara refleksnya ingatan pada Allah lebih. Sebab tu agaknya orang cakap Kalau kita sakit, Allah sayangkan kita. Sebab sebagai manusia memang tak lepas daripada kelekaan dunia. Bila Allah bagi sakit, baru nak ingat padaNya. Alhamdulillah, saya cinta Allah. Terima kasih Allah kerana sentiasa mengingatkan diri yang selalu lalai ni.

Tak banyak benda yang dibuat di sini. Dah kata pon nak rehat kan. Cheh, walhal sempat berjalan-jalan membeli belah tingkap di East Cost Mall dan Berjaya Mall. Dah gaya Midvalley ok. Bezanya takde MPH ajo. Stabak dan Bik Epel ada ok. Itupun dah cukup untuk kau-kau yang memang tak boleh hidup kalau takde dua spesis ni. Hehe jangan marah heeeee.

Ok enjoy pikasa since i dunno what story can be shared here.

Lobi utama Impiana Resort Cherating

Cafe tempat kiteorang breakfast setiap pagi

Pemandangan sebelah cafe

Aliff sedang beristirehat di dalam bilik sementara ibu dan ayah bersiap

Bergerak ke bandar Kuantan

Ayah sedang pilih dompet baru, dompet lama dah koyak

Ibu posing sebelum angkut Aliff dalam kereta
Pencarian baju mandi Aliff di Berjaya Mall

Dah jumpa baju mandi, apa lagi masa untuk terjun

Main pasir dulu

Main pasir dengan besfren, ibu itik

Ayah pulak join kita

Kesian ibu dan ayah, demam selsema terpaksa pergi bandar Kemaman cari ubat. Semua klinik tutup

Ayah mema suka capture pemandangan indah, subhanallah!
Ada buaian, ibu lepas gian


Ada kolam renang

Pemandangan di tepi pantai

Pemandangan senja dari bilik

Muka ketat

Insya Allah, a happy family

Aliff sronok dengar bunyi pantai

Hehehehhe

Good bye, Cherating

Then, Muar. Here i come..

Alhamdulillah, seronok berada di Muar kerana adik beradik sebelah abang, semua ada.

Bemanja dengan Cik Mimi

Kembar Aliff, beza kelahiran adalah 1 jam 20 minit

Sorang sedang aktif meloncat sorang lagi ngantuk di petang hari

Manja dengan nenek pulak

Abang, menari ke main badminton?

Ok, ni baru ada gaya

Abah pun boleh tahan..

Di Sabak Awor, Aliff tidur waktu lauk dah sampai. Terima kasih kerana memahami kehendak perut ibu

Complete. Erk, abang?

Amsyar, anak Along yang bijak

Banyaknya pinggan awak

Alhamdulillah, dah sampai rumah!

Posted in , , , | Leave a comment

Diari Aliff : Aliff @ 7 months

Genap Aliff berumur 7 bulan, Aliff on d way from holiday at Kuantan to Muar. Balik kampung, yey! Sepanjang Aliff 6-7 bulan beberapa development dan skill Aliff dapat diikuti. Syok ibu! Alhamdulillah

  • Suka rasa texture benda yang dipegang
  • Suka mengesot untuk make sure dapat sesuatu yang diingini
  • Pandai tepis kepala
  • Suka lepas-lepas barang
  • Masih suka masukkan benda dalam mulut tapi
  • Bila bagi makan benda yang bernama makanan tak mahu le puloknyeee.
  • Pandai kiss ibu dan ayah
  • Menunjukkan muka gembira setiap kali ayah nak angkat Aliff ataupun ayah datang dari jauh. Eeeee daddy’s boy la awak!
  • Dah boleh duduk atas kerusi baby kat kedai makan dan boleh duduk sendiri
  • Tak boleh duduk diam. Asyik nak berdiri dan melompat. Lompat? Ya Rabbi, masih aktif seaktifnya.
  • Oleh yang demikian, tak sukakan lagi car seat. Bila travel mula lah gelisah atas car seat. Bila ibu angkat, amboi muka dia bukan main syiok lagi.
  • Kalau nak tidur, mesti kena senyap dan nak pasang lullaby lagik. Amboih gaya princess tido la u!
  • Dah pandai minum air masak.
  • Ni lagi satu benda yang tak bess, setiap kali lepas mandi bila ibu nak pakaikan baju, Aliff golek sana golek sini ibu kena struggle jugak hanya untuk memakaikan Aliff diaper. Uhuhuhu
  • Suka garu-garu kepala cepat-cepat tandanya dah rimas.
  • Aliff cepat berpeluh. Bila berpeluh Aliff mula gelisah
  • Loves books so much!Especially bila ibu sebutkan satu-satu gambar dalam buku.
  • Sangat cintakan video youtube lagu twinkle-twinkle little star. Siap boleh gelak-gelak kegembiraan.
  • Dah mula berak teran-teran tahap orang beso. Gelihati je ibu tengok
  • Dah tak banyak bercakap, senyum dan gelak berbanding dulu
  • Suka memanjat atas badan ibu
  • Pandai dan suka tengok kucing
  • Dah mula respon dengan benda yang ibu tunjuk. Contohnya, Aliff, look! sana! Dia pun berpaling
  • Dah pandai marah-marah kalau orang tak angkat dia.














Alhamdulillah, Aliff banyak mendidik ibu jadi orang sabar dan kuat. Terima kasih Allah kerana beri ibu peluang merasai kemanisan menjadi seorang ibu. Kadang-kadang terpikir-pikir ibu. Seorang lelaki tak akan pernah merasai pengorbanan seorang ibu.

Walaupun Aliff lasak dan tak reti duduk diam, Aliff banyak ragam. You just want to experience and explore more exciting in this world kan? Such a genius boy. Aminnnnnnnnnnnnnnn

Posted in | Leave a comment

Dunia belogku bermula apabila..

15 Perkara tentang dunia internet saya :

1. Mula mengenal dunia internet pada tahun 1997 dan aktif menggunakannya pada 1999.
2. Ya, saya masih menggunakan akaun hotmail dan yahoo mail yang didaftar pada tahun 1999 ketika berada di tingkatan 2 sehingga sekarang
3. Sejak itu gila chatting di IRC channel #14thn dan #hamidian. Gila tak femes # kau
4. Waktu tu AOL messenger dan ICQ sangat femes. Tapi tak berapa nak layan sebab chat dengan orang tak kenal. Carik kenalan pun dengat group religion-ISLAM. Saya ada masalah dengan stranger kot
5. Juga gila MSN messenger. Walhal dengan bestfren sendiri je pon- Alia
6. Masa tu budak asrama kutuk ok orang chatingg. Sedeh doh
7. Lepas SPM, aktif Friendster dan beberapa group tapi tak lama
8. Kat Matriks dah jarang guna MSN messenger dan mula aktif Yahoo Messanger
9. Aktif guna Frienster. Excited gila bila crush kita (baca : suami) add kat Friendster
10. Mula mengenal dunia belog di akhir pengajian di matriks
11. Akhir tahun di kampus uia, mula guna Facebook. Dan sangat gemar membaca belog kenalan
12. Mula membaca belog orang yang tak dikenali berunsurkan tips,kehidupan,resepi,dan blogshop dan masih tidak berani memberi komen
13. Setelah kahwin dan beranak. Mula join forum keibubapaan, craft, masakan dan mula memberanikan diri komen di belog-belog mereka.
14. Mula ada belog sendiri tetapi tidak berani reveal
15. Mula aktif berbelog dan berani untuk reveal kepada orang setelah sekian lama mempunyai anak dengan niat untuk berkongsi. Insya Allah
Sedikit info : saya seorang yang tidak suka orang tau mengenai saya kerana ada masalah kurang keyakinan dan seorang pemendam. Kini, melalui perkongsian melalui belog ini adalah sebagai satu langkah untuk menyelesaikan masalah demikian. Sharing is caring, yes now i believe it!

Posted in | Leave a comment

Syaila kahwin..uyeh-uyeh


Alhamdulillah, majlis sangat meriah dan makanan pun sedap. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan semua. Sayangnya Liana, baby Sara dah balik dulu. Dapat jumpa sekejapp je. Tahniah Syaila, maaf takde gambar bersama. Aliff dah bad mood.

Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013