Showing posts with label tips. Show all posts

Legoland

Alhamdulillah last weekend was awesome!

Minggu ni berjalan lagi ke Terengganu. Sambil berjalan sambil berjalan, syiooook kan? Dahla takde jadual yang stres, ikut keperluan dan kelapangan masing-masing. 

Jalan-jalan Legoland dan belajar tenting sistem WLC di Singapore. Asalnya menuju ke bahagian selatan untuk belajar daripada datuk nenek moyang kami dalam Herbalife dan nak ambil energi serta belajar tentang sistem Weight Loss Challenge yang mereka jalankan di sana. Alhamdulillah buat herbalife, membolehkan kami berkerja sambil bercuti.

Ok. Dah lama tak menulis ni ibu jadi janggal sikit. Kalau rasa bosan ke jangan segan sila klik X pada browser anda ye. Sobss. Ok sambung lagi. 

Jadi, pada kesempatan nak ke arah Singapore tu, ayah pun bagi cadangan nak bawa Aliff ke Legoland, bersempena kesibukan melanda pada bulan April yang lepas dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan jugak ibu work hard nak hit 1st cut Dream Team Retreat. Sebelum ni memang dah plan nak bawa Aliff berjalan-jalan, tapi tiada idea dan kekangan kewangan. Alhamdulillah kebelakangan ni rezeki mencurah-curah, cepat-cepat spend masa berkualiti dengan Aliff. Nanti tangguh lagi apa pun tak jadik. Yelah sementara adik tak keluar lagi kaaaan? 

Ada apa dengan LEGOLAND? Puas hati! Walaupun pertama kali pergi, banyak bahagian tak sempat pergi dan baby dalam perut 32 minggu, tetap seronok dan ibu Aliff bagi 5/6 bintang. Dah kenapa plop daripada 6? Tak kisahlah. Aku ni bukanlah jenis yang suka pergi ke taman tema. Kali terakhir dulu ke Taman Tema Disneyland di Hong Kong. Macam biasa berjalan penat, lapar dan panas tu wajib! Malas berjalan sebenarnya point utama. Ibu ni jenis suka berkelah, piknik dan santai-santai je. Sebab dari kecil memang gitulah cara kami mengerat silaturrahim sesama keluarga. Ewah skema pula. 

Berikut adalah info berkenaan Legoland 

Harga tiket : RM 120 dewasa (ada mykad) | RM 80 kanak-kanak 
Lokasi : Johor Bahru, keluar exit Kulai Jaya 
Peta dalam Legoland 


The beginning : ada kedai lego, cenderahati, customer servis, toilet dan surau












Lego Technic : macam agak ekstrem sikit. Ada roller coster, sesuai 3 tahun ke atas
Lego Kingdom : (kesian tak sempat masuk tapi serius sangat best, tengok dari luar)
Imigination : Ada tempat main lego bebas (tempat beraircond), tontanan 3D siapa da efek air semua, keretapi untuk budak-budak, menara lego boleh tengok satu Legoland, tempat makan dan rehat.
Land of adventure : ada main-main air, tembak-tembak laser dalam tempat gelap, main tembak-tembak bola dalam suatu kawasan tertutup






Miniland : Ciptaan pelbagai kawasan dan tempat di Malaysia yang yang dibina dari lego secara minilah keeen





Lego city, sesuai untuk anak berusia 2 tahun ke atas, banyak mainan yang enjoy kat sini

 









Mungkin ada beberapa perkara kepada ibubapa yang nak bawa anak meluangkan masa bersama di sini.  

TIP 

1. Umur anak 2 tahun ke atas baru berbaloi untuk bawa ke Legoland kerana banyak mainan yang mereka dah boleh main sendiri. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas baru dikenakan bayaran. 

2. Bawa topi untuk anak dan payung untuk diri sendiri melainkan anda memang tak heran dengan cuaca panas Johor Bahru, Malaysia. 

3. Untuk anak-anak disarankan bawa stroller sendiri sebab nanti mesti anak akan keletihan juga untuk berjalan, tempatnya agak luas. Walau bagaimanapun ada je stroller untuk disewa. 

4. Ambil peta dan rajin bertanya kepada staf legoland ke mana hendak kita pergi. Mereka sangat peramah dan membantu. Penting meancang perjalanan dalam Legoland takut nanti berjalan tanpa arah tujuan hanya mengundang kepenatan dan akhirnya banyak bahagian tak dapat pergi. 

5. Bawa bekalan makanan kalau nak jimat, ataupun bawa makanan yang sampingan je macam roti,air (penting! cepat haus) atau biskut sebab banyak restoren disediakan dalam Legoland. 

6. Surau ada disedikan dan sangat selesa. 

Secara kesuluruhannya, Taman Tema Legoland sesuai dijadikan destinasi percutian untuk seisi keluarga yang mempunyai anak berusia 2 tahun ke atas dan anggaran akan berada dalam Legoland minimum 4 jam, tapi kalau nak berbaloi spend the whole day kat situ. Baru puas hati spend RM 110 gitu. Sampai pagi-main-main-anak tidur+makan-sambung main-dah petang-pulang. Macam Aliff hari tu dia dah terlena je, kiteorang jalan-jalan pergi kedai lego dan solat pun dia tak bangun-bangun lagi. Akhirnya kiteorang putuskan nak balik, on d way nak balik boleh dia terjaga, apalagi mengamuklahkan nak main lagi. So sad la abam. Terpaksa datang lagi sekali. Hahahah dan dan je terpaksa kan. Tunggu adik dah besar sikit okehs?

Selepas daripada legoland tu, kami terus gerak ke tempat makan popular (abang dah search) NASI LEMAK WAK KENTUT.

Hoi. Apa kentut-kentut ni. Sensitiplah.

Eh betullah, serius!

Tak percaya, ha tengok ni



Nasi lemaknya, ya Allah sedap sangat-sangat! Nasi lembut, masuk mulut takdelah sampai cair tapi senang nak kunyah. Ayam goreng dia krup krap krup krap. Rangup gilleeeer! Isi ayam pulak lembut. Nyum nyum. Sambal dia memang mabeles perfekto rasa dia. Tak pedas sangat, dan sedikit manis. Memang ngam dengan nasi yang lembut tadi. Memang kena dengan taste aku tapi sedikit berminyak. No problem minyak tu, kita eksesais lari-lari anak dekat JPO sat gi. Alhamdulillah, berbaloi la jauh-jauh untuk datang sini sebab memang serius sedappp!



Lokasi kejadian 
Jalan Susur Kulai 2, 
Taman Kulai Besar, 
Kulai, Johor

No telefon : 012-7543618

Facebook : https://www.facebook.com/thekombet


Tolonglah cuba, plis!


Sakan makcik tu amik-amik gambar makanan.

Saiko kah aku?

Jangan salah paham, nasi 3 pinggan sebab satu lagi Aliff punya ok. Padahal total beli nasi lemak, 4 pinggan. Tahap memasing kebuluq.

Rating : 4/5

Jumlah harga : RM 22.50

Malam tu kami bermalam di Citrus Hotel satu malam berharga RM 135 (abang dapat harga murah, contact dari internet) dapat FREE breakfast lagi. Alhamdulillah cukup rehat malam tu dan esoknya kami bergerak ke Singapore untuk bisnes trip kami.







Komen : Selesa tapi kalau mandi bunyi bising sebab bilik air ta tutup sepenuhnya sampai atas. Bilik air dia tambahan je dalam bilik tu. Parking agak susah. Sendiri-sendiri.

Rating : 3/5

Nak bekerja sambil bercuti dengan keluarga?
Extra income RM1000-2500 masa fleksibel?
0123141422 insya Allah kami coach bagaimana caranya


Posted in , , , , | Leave a comment

Correct portion on our lunch plate




Makan berpada-pada. Berhenti sebelum kenyang.

Posted in , | Leave a comment

Pantai Pord Dickson, Negeri Sembilan

Tatkala diri diselubungi tekanan dan emosi dengan urusan duniawi, diri seolah meronta-ronta ingin berlari sekuat hati ke destinasi yang belum pasti.

Aku insan biasa yang kadang-kadang kuat dan kadang-kadang lemah. Namun, jarang sekali aku mengalah membuta tuli. Buat masa ini, sekali lagi aku mahu lari.

Dunia mencuri masaku berhari-hari. Sibukkan diri dengan itu dan ini. Kadangkala lupa kebajikan anak dan suami. Apatah lagi bekalan aku menuju syuwgawi?

Allah Maha Pengasih dan lagi Maha Menyayangi. Memberikan aku ujian dan kesusahan, supaya tak lalai dah lupa diri. Hidup pasti bahagia dan tenang apabila kita kembali. Kembali dan tunduk kepada Pencipta setiap makhluk di alam ini.

Allahu Akbar!


Alhamdulillah, lari sebentar ke pantai Pord Dickson. Subhanallah, cantiknya!

Pemandangan yang berjaga meleraikan simpulan-simpulan kesusahan hati

Apatah lagi, pemandangan ini

Abaikan 2 serombong asap itu. Fokus kepada kegelian Aliff merasai pasir

Mulai teruja dengan kehebatan ciptaan Allah-pasir

Ulangtayang nak masukkan dialog.
Ayah : Aliff, ini pasir. Allah yang jadikan pasir. Allah Maha Bijaksana. Cuba Aliff rasa pasir ni, gelikan? Cuba rasa tangan ayah. Lainkan rasanya? Nanti ayah pergi cedok air pantai pulak.
Aliff : uh uuuhh *buat muka*

Semoga Aliff menerima input yang diberikan sebentar tadi serta sentiasa mengagumi dan menghargai alam ciptaan Allah

Ayah : Aliff fikir lagi dan lagi. Ayah nak melantak kat belakang ni


Kadangkala, adalah perlu kita mencari ruang untuk bernafas ketika diri hampir-hampir lemas. Jangan mengalah dulu sebelum cuba.Nasihat kepada diri saya, tingkatkan amalan anda!

Untuk wanita umumnya, banyakkan sedekah dan istighfar. Insya Allah, sekiranya baik, apa yang dirancang pastinya datang lagi. Insya Allah


--------------------------------

Sebelum bersenang lenang di tepi pantai, pencarian nasi ayam bakar sedap Cowboy Place berlaku selama 45minit! Nasi ayam ni ditemui ketika kali terakhir kami bercuti di PD sebelum kewujudan Aliff. Rupa-rupanya, mereka telah berpindah tempat ke kawasan yang lebih luas. Kedai makan wajib singgah!
Masa ibu nak snap gambar lah, Aliff nak pancutkan air wiper kereta. Haih

Ini dia Cowboy Place, nasi ayam bakar terbaik lazat menjilat ke 10-10 jari!

Dah separuh jalan, baru teringat nak snap gambar. Terima kasih.

Posted in , , , , | Leave a comment

Sekitar majlis ulangtahun kelahiran Aliff

Baca entri ibu di hari lahir Aliff. Sini

Seminggu sebelum majlis, dalam fikiran ibu teringin anjurkan majlis ulangtahun yang meriah. Sambil membayangkan majlis yang penuh dengan kanak-kanak, warna warni, decoration yang comel-comel serta kek yang meriah sekali. Namun, sikap ibu yang lebih gemar perkara biasa-biasa ini jadi membatalkan niat tersebut dengan kadar segera.

Dengan kehebatan carian di google.com, saya bertemu dengan beberapa laman web yang menawarkan printable template sempena ulangtahun kelahiran atau birthday party. Semuanya cantik-cantik dan geram juga dibuatnya untuk buat pilihan. Hampir sahaja, saya beli template tersebut. Mujur nafsu serakah pembelian online, segera ditepis suami.

Akhir sekali, saya memilih untuk menggunakan free printable birthday party template dari sini. Temannya bintang jadi segera saya cari vector owl untuk dipadankan dengan bintang berdasarkan tema twinkle twinkle little star, vidio kegemaran Aliif.

Alhamdulillah, pertama kalinya Aliff meraikan ulangtahun kelahirannya bersama 'kembar'nya yang hanya beda 1 jam 20 minit, Asyraff Haziq anak kepada kakak suami. Kak long, Hasnul dan Amsyar juga turut serta. Pendek kata, majlis ringkas namun meriah. Syukur!

Di sini ibu rakamkan foto kenangan majlis, sementara ibu nak terimbau-imbau kenangan setahun yang lepas di Hospital Serdang.


Cuaca yang tenang menyambut ulangtahun kelahiran Aliff yang pertama



Red Velvet Cupcake yang ditempah dan spageti oleo masakan ayah


Chicken chop air tangan nenek Aliff























Tengok, tiba-tiba yang tiada misai ada misai?


Ajiq tidur kekenyangan. Serius perut kenyang je terus lelap.






Khas untukmu, sayang-ibu

Posted in , , , | 3 Comments

Search

JuaNadiah 2013