Happy 1st birthday, Muhammad Aliff!

Setahun yang lepas, ibu dan ayah begini.

Menggendongmu dan membawamu ke mana ibu pergi hatta ke jamban sekalipun. Sedikitpun tidak rasa terbeban.


Suka, gembira, seronok, sedih, duka, lara, seram, gelabah, cuak, terkejut kita bersama dan ibu takkan lupakan.

Ayah adalah insan yang tanpa jemu melayan kehendak kita setiap masa. Ya, kita. Ibu dan Aliff.
Setiap detik dirasakan manis bak gula-gula dikemam-kemam. Menanti hadirmu dalam mimpi di setiap malam. Merasai tendangan kakimu dengan perasaan bermacam-macam. Ah, sayang.

Inilah namanya cinta Tuhan. Beri aku rasa kasih dan sayang.


Kini, hadirmu dalam hidup ibu dan ayah adalah anugerah terindah yang datangnya sebagai amanah. Maafkan ibu kiranya, terkadang leka terkadang lupa. Dalam usaha membawamu ke destinasi akhir iaitu Syurga. Amin, amin.

Salam ulangtahun pertama, Aliff. Ibu ingin menyayangimu sepenuh hati ibu kerana Allah, sayang.

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013