Archive for June 2011

Aliff mengenal nombor

Kehadapan anakanda Aliff.

Bahagianya perasaan ibu berbunga-bunga harum, berterbang-terbang ke awan apabila ibu berjaya siapkan sendiri flashcard nombor menggunakan kain felt khas untuk Aliff dan adik-adik. Perasaan seperti selepas bersin.

Whoaaaah!!

Andai Aliff tahu bagaimana perasaannya ibu setiap detik ketika menjahit sehelai demi sehelai nombor, aduuuuuuuuuuuuuhhhh asyik sekali. Perasaan yang cukup manis. Ya, manis. Manis yang tidak terlalu manis seperti terletak lebih gula dalam air oren. Tidak sama sekali. Manis yang seakan-akan cukup rasa. Lengkap. Padu. Tepat. Dah,dah. Cukup-cukup bagi analogi yang tidak berkenaan.
Setiap nombor yang dijahit, penuh dengan harapan dan angan-angan semoga dirimu menjadi anak yang soleh, beriman dan bertakwa pada Sang Penciptamu, Allah.

Ini namanya grommet agaknya lah dan alatnya.


Anakanda yang sentiasa ibu cintai,

Nombor ini hanyalah simbol atau lambang kasih sayang ibu padamu yang mungkin boleh hilang dek mungkin dicampak mu ke luar rumah atau ke atas jalan. Namun, percayalah, setiap kasih sayang yang disematkan bersama-sama sedikit usaha ibu untuk menjahit nombor ini akan bersama selama-lamanya dalam hati mu, nak.

Aliff, sila study dengan bersungguh-sungguh. Tak mau buat muka ngantuk seperti di atas.

Sayang,
Ibu.

Oh ye, saya kenalkan ibu yang berjaya menambat hati saya untuk melakukan perkara di atas. Ha, nama anaknya juga Aliff. Terima kasih, kak Beba!

Posted in , , , | Leave a comment

T-shirt ini

dijahit dengan penuh kasih sayang oleh ibu saya - Aliff

Inilah namanya felt tshirt.

Tergoda dengan ibu-ibu yang super creative tu.

Terkial-kial jahit menggunakan tangan. Fuh-fuh. Melalui ilmu kemahiran hidup Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 3 saya, jahitan di atas namanya adalah jahitan jelujur. Betul tak cikgu Harbiah?

Sudut pandang atas.

Close-up. Kantoilah jahitan tak cun

Berjaya! Alhamdulillah. Dah peluh-peluh keringat kita jahit, ayahnya suruh frame pulak.

Posted in , , | Leave a comment

Butter cake & Triffle

Butter cake memang kegemaran saya. Hanya menyedarinya setelah sekian lama tak makan tiba-tiba terdetik nak buat kek ni apabila singgah di sini. Yela, biasa selama ni asyik telan cekelat kek je kaaan. Masya Allah, bila makan..


seolah-olah berada di rumah Sg Penchala. Sekitar umur 7-8 tahun.

Rindunya! Sungguh-sungguh rindu.

Terima kasih auntie Nani. Ni saya nak cerita sikit mengenai beliau. Beliau ni orangnya sangat baik hati dan mempunyai otak chef. Ada juga saya sekali dua sms beliau tanyakan tentang resepi. Cepat aje balasnya. Pada awalnya saya tak berharap sangat dia balas. Yelah orang pemes kaan? Tapi rupa-rupanya dia balas. Memang kuat hati saya mengatakan beliau memang jenis orang baik-baik. Semoga Allah sentiasa melimpahkan barakah atas hidup auntie dan keluarga. Amin.

Resepi dari www.nanirostam.blogspot.com

Butter cake zaman dulu kala

8oz majerin planta
6oz gula castor
6oz tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis

1. Seperti biasa, panaskan oven 180 darjah celsius
2. Lapikkan loyang dengan kertas minyak.
3. Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
5. Masukkan esen vanila.
6. Masukkan tepung yang sudah di ayak. Gaul rata.
7. Masukkan susu pekat manis. Gaul rata.








Tiba-tiba lagi, rajin pulak cuba triffle beliau. Agak tak menjadi akibat tidak kacau kuah kastad sehingga pekat. Jadi cair gitu. Seperti krim yang berlemak. Tapi SEDAP! Alhamdulillah. Yumm-meeh!

Tiffle stawberi



Tolonglah cuba, memang tak rugi!

Posted in , , | Leave a comment

Wrap my baby


Ibu sukakan baby wrapping ni! Setiap kali ibu wrap Aliff mesti nyenyak tido dan mudah ibu berjalan sampil buat kerja ataupun shopping.

Di alamanda. Aliff? Tu dalam kain hijau tu. Tengah lena.

Aliff? Tu tengah kena peluk dengan ibu. Alolololo tomeynya kaki debab pakai stokin belang-belang tu.

Psst, saya nak bagi kezutan ni. Tapi dengan syarat. Tak dibenarkan gelak.

atau sengih.

Tahan gelak pun tak boleh.

.
.
.
.
.
Janji?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tada!!!


First time nak wrap Aliff, berpeluh-peluh ketiak i.

For more info, boleh join forum ini, memang banyak membantu.

Posted in | 2 Comments

Aliff buat apa tu?

Main tiup perut ibu sampai bunyi peroot-peeerrroooot selang-seli dengan menetek.

Ibu perasan dari hari isnin hari tu, setiap kali Aliff jatuhkan barang atau volume suara ibu tinggi, contoh batuk dan dehem, mesti Aliff mula menangis. Aliff confuse ye, ingat ibu marah Aliff ye..

Alolololo anak ibu,anak ibu. Terpaksa ibu tahan batuk sampai biru-biru muka ibu. Nadiah, jangan buat cerita.

video

Posted in | Leave a comment

Hati seorang ibu

10/6/2011-14/6/2011 Aliff diserang demam selesema.


Pintu hati seorang ibu diketuk lagi apabila melihat anak kesayangan intan payung terpaksa melalui proses mencairkan kahak dan selsema oleh nebulizer. Pada mulanya ok-ok dan muka agak blur sebab tak pasti apa yang misi akan lakukan padanya dan hairan melihat kepul-kepul wap yang keluar dari nebulizer tersebut.

Dalam 3minit berlalu dia semakin tak selesa dan mula menangis. Tempoh yang proses tersebut adalah selama 15 minit. Bayangkan hati ibu mana yang tak sedih melihat anaknya meraung-raung minta dilepaskan daripada alat tersebut.

Ini baru dipasang nebulizer.

Apalah perasaan hati seorang ibu yang anaknya ditimpa kemalangan, hilang, lemas dan sebagainya. Tak dapat saya bayangkan. Allah..


"Ya Allah, kuatkan semangat ibu-ibu itu untuk teruskan kehidupan mereka. Dan tempatkanlah anak-anak mereka di tempat orang-orang yang beriman. Amin"

Posted in , | Leave a comment

Madela Swing

Untuk ibu yang bekerja, mesti ramai yang guna electric breast pump kan?

Best tak? Best tak? Best tak? *cubit diri sendiri* pergi repeat banyak kali sapa suruh


Puan Madela Swing

Tiba-tiba rasa macam nak kongsi tentang breast pump.

Alhamdulillah selama 6 bulan penggunaan Madela Swing warna sama dengan tuan punya badan adalah sangat memuaskan. Penggunaannya agak mudah dan juga mobile.

Selepas beberapa hari mula bekerja, baru berjaya mendapatkannya. Sepanjang tempoh pantang hanya menggunakan pam manual Avent yang saya dapati agak letih dan lenguh (baca : malas) setiap kali mengepam. Kebetulan, breast juga selalu membengkak macam Pamela Anderson jadi acap kali juga proses pengepaman tu berlakulahkan. Dalam hati memang menyimpan hasrat untuk mendapatkan electric breast pump. Yeah!

Suami dapatkan pam ini melalui sebuah forum dari lowyat.net dengan harga RM 550 tanpa warranty. Harga asal RM 700++, mungkin dia beli di oversea.

Baiklah, meh saya nak cerita sikit tentang info dan jasa Puan Madela Swing pada saya.

1. Hanya boleh digunakan sebelah breast pada satu masa. Sebelah lagi boleh tadah guna penutup botol Madela yang agak tinggi tu sekira berlaku pengeluaran susu (di bahagian breast yang tidak dipam). Rujuk imej di atas.

2. Boleh digunakan dengan menggunakan elektrik dan bateri. Always make sure that batterIES be in your pump bag. Jangan jadi macam saya, nak guna dalam kereta battery dah kong. Terpaksa buat kaedah tradisional T__T

3. Mudah pasang. Mudah dikemaskan. Tak banyak alat. Saya suka yang ni!

4. Oh yang ni agak tak best. Bunyi motor pam agak kuat. Malu i tengah sedap memerah hasil keringat dalam surau.

5. Sedutan pam juga selesa seolah-olah seperti sedutan mulut Aliff. E-eh! Volume, eh volume ke? Maximum sulking pun still selesa dan tak sakit.

Itu je kot pandangan saya. Kalau ada sesiapa nak kongsi pam masing-masing boleh juga. Eh bukan kongsi pam. Maksud saya kongsi tentang kisah pam. Boleh saya cuba-cuba untuk next baby. *Batuk-batuk*

Setakat ni, memang berbaloi-baloi pam yang julung kali saya beli. Insya Allah.

Cuma, sejak Aliff dah mula makan, beliau (Puan Madela Swing) agak sedikit terabai. Maaf ye.

Posted in , , | Leave a comment

Hari Bapa 2011 | Seoul Garden IOI Mall Puchong


Tiada sambutan istimewa sempena Hari Bapa pada tahun ini. Kami akan pulang ke Muar pada hujung minggu ini. Sekadar untuk memuaskan hati sendiri dan juga suami sempena kali pertama menyambut Hari Bapa, kami memutuskan untuk menghabiskan wang ringgit di Seoul Garden, IOI Mall.

Kali pertama menikmati hidangan berkonsepkan masakan gaya korean BBQ di One Utama satu ketika dulu menyebabkan suami memasang niat untuk ke sana lagi. Perasaan sangat sukanya terhadap restoren itu jelas terpancar pada setiap kali hari-hari istimewa tiba. Selepas hampa dengan harapan pada hari lahirnya pada tahun lepas, tahun ini akhirnya tertunai juga.

Aturan makanannya bagus. Bermula dengan ayam, daging dan ikan dengan pelbagai jenis sos perapan. Seterusnya aneka makanan laut, sayur, bebola, kek dan jejari. Diikuti pula oleh pelbagai jenis mi dan sos-sos yang sangat sedap. Bagi pencuci mulut pula, disediakan ABC, ais krim dan minuman- air teh O lemon, oren dan jagung. Air panas juga ada disediakan.

Caj yang dikenakan bagi setiap kemasukan seorang dewasa adalah sekitar RM 36.00. Itulah sedikit perkara yang boleh dikongsikan mengenai Seoul Garden yang membawa tagline All-u-can-eat Buffet.

Dipendekkan cerita, kami ke IOI Mall di Puchong. Kebetulan ada juga Seoul Garden yang berdekatan. Nak dijadikan cerita, dalam syok-syok makan, suami terluka pada bahagian langiit-langitnya. Luka teruk sehingga berdarah-darah mulutnya. Ngilu saya dibuatnya. Panik pulak tu. Mujur suami cepat bertindak mencari sinki.

Hadoi, kesimpulan yang saya nak katakan di sini. Saya tak berniat lagi ke Seoul Garden. . Walaupun makanannya sedap dan konsepnya menarik, tapi semacam ada sesuatu. Sudahlah setiap kali nak pergi, ada saja halangannya, dah jadi pergi begini pula jadinya!

Aliff? Macam biasa. Tak dok diam.





Posted in , | Leave a comment

Friendster.com













Leave a comment

Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman | Pantai

adalah merupakan tanah tumpahnya darah nenet Aliff. Hahahhaa

Dan Aliff sangat sukakan negeri itu apabila berkesempatan ke sana pada 28/5/2011 yang merupakan percutiannya pertama kali di sini bersama-sama keluarga saya. Saya masih ingat lagi pertama kali suami (er biarlah saya gelarkannya kekasih hati di sini) menjejakkan kaki di negeri penyu itu pada bulan Jun 2010 dan ketika Aliff masih dalam kandungan yang berumur 6 bulan, dia sangat teruja dan bangun awal setiap pagi untuk menyaksikan matahari terbit. Memang itulah minatnya sehingga sekarang. Saya yang memang sejak dari kecil sudah terbiasa dengan pantai langsung tidak endahkan ajakannya ke pantai pada setiap pagi untuk menyaksikan keindahan Allah tersebut. Untuk makluman, kekasih hati dibesarkan di Muara. Betul, tiada pantai di situ.

Sejak saya memutuskan untuk berkongsi hasil penulisan saya dengan seluruh isi dunia, idea yang wujud dalam minda saya seolah-olah sedang beranak-ranak. Jadi, saya ingin mengambil peluang menceritakan kisah percutian kami ke Kuala Terengganu baru-baru ini di sini. Kerana saya fikir, selama 26 tahun saya dan adik beradik berpeluang ke kampung halaman di sini, belum pernah sekalipun kami berkongsi pengalaman tersebut dengan teman-teman apatah lagi saudara mara yang bukan datang dari daedah ini. Langsung melihat kekasih hati yang begitu teruja setiap kali pulang ke Terengganu membuatkan saya sedar bahawa sebenarnya, kami sangat beruntung mempunyai kampung yang banyak tempat-tempat menarik untuk disinggah.

Biarlah tempat-tempat menarik itu saya kongsikan dalam entri yang berlainan kerana untuk kali ini saya suka untuk berkongsi mengenai indahnya pantai di Terengganu.

Pantai

Pantainya tenang, pasirnya putih bersih sekali. Orang ganu sebut, pat-ta.

Seperti dalam peta Malaysia, negeri Terengganu terletak di persisiran pantai. Ini bermakna sepanjang perjalanan kami ke Kuala Terengganu akan melalui pantai. Dan antara pantai yang kami singgah tempoh hari adalah

Pantai Kemasek

Destinasi wajib singgah-tangkap gambar sampai lebam.

View dia cantik sangat Masya Allah. Depan sikit dari boader Pahang-Terengganu. Lepas Kemaman agaknya. Sambil lepak dan berehat setelah memandu non stop dari KL-Terengganu. Moleh sangak la tu.





Pantai Kelulut
Kira-kira 20 minit sebelum tiba ke Kuala Terengganu, kami melalui Pantai Kelulut dan kelihatan banyak sekali kedai makan di kiri dan kanan jalan. Kebetulan kami yang sedang menahan lapar kerana tiada satupun perhentian yang disinggahi sebelum ini memutuskan untuk berhenti makan di situ.




Rupa-rupanya, gerai-gerai di situ kebanyakannya menyediakan makanan laut celup tepung dan makanan panas. Kami yang seolah-olah tidak makan dalam 3 hari memesan makanan dengan banyaknya, antaranya sotong, udang celup tepung, keropok leko, nasi goreng dan air buah . Dan percaya atau tidak kesemua makanan itu berjaya tidak dibazirkan. Sotong celup tepungnya memang sangat sedap. Sotongnya lembut dan tepungnya sangat crunchy. Kruk, kruk. Dicicah pula dengan sos istimewa yang rasanya manis dan pedas. *kecur air liur* Terdapat juga satu gerai yang menyediakan satar yang sangat-sangat sedap! Manis dan pedas. Juga menjadi mangsa kebuluran kami.


Menikmati makanan yang enak bersama pemandangan dan suasana yang nyaman di tepi pantai adalah sesuatu perkara yang mustahil apabila anda berada di Kuala Lumpur ataupun Kajang. Alhamdulillah, nikmat sekali anugerah Allah yang satu ni!

Pantai Chandelling

Pasirnya masya Allah, puteh lepok!

Memang best mandi sini. Tak ramai orang.



Pantai Batu Burok






Bagi penduduk Terengganu terutamanya yang tinggal di sekitar kuala ini, pantai ini adalah pantai yang paling popular dan kerap dikunjungi. Begitu juga bagi 'orang luar' iaitu penduduk di luar negeri Terengganu. Ada saja aktiviti dan karnival yang dianjurkan di sini dan kebiasaannya pantai ini memang meriah dengan pengunjung tak kira masa.

Saya masih ingat waktu kecil dulu, ramai sekali orang bermain layang-layang di sini kerana anginnya kuat sekali sehinggakan pernah hampir menerbangkan tudung saya!

Dulu-dulu, seingat sayalah satu-satunya restoran makanan segera yang berada di Kuala Terengganu adalah A&W yang terletak di pantai ini. Jadi sesekali kalau terasa nak makan fastfood, kami mesti paksa abah ke sini. Walaupun, pada hakikatnya kalau berada di KL jarang sekali makan A&W. Kalau dah mengada-ngada kan.. Oh, di kawasan pantai ini juga banyak disediakan gerai makanan seperti foodcourt dan ada satu gerai di situ yang menawarkan nasi dagang yang sangat sedap, malangnya saya lupa gerai yang mana satu.

Tapi, apa yang saya perasan sekarang, kemeriahan di pantai Batu Burok semakin berkurang. Sebabnya? Saya juga kurang pasti. Pembangunan mungkin?

Pantai Teluk Ketapang

Sewaktu saya masih kecil, pantai ini selalu kami kunjungi untuk mandi manda kerana lokasinya yang paling hampir dengan kampung mama, Manir. Tetapi kini, tidak dibenarkan lagi mandi di sini selepas tambakan pantai dilakukan berdekatan dengan lapangan terbang, Kuala Terengganu. *mengeluh* Begitu banyak sekali pembangunan yang saya perasan di kawasan pantai ini, antaranya stadium yang runtuh, Universiti Malaysia Terengganu, Lapangan Terbang yang dinaiktaraf dan macam-macam lagi. Jadi, kiranya Aliff nak mandi pantai nanti, ibu terpaksa ajak ayah ke bahagian atas lagi daripada pantai Ketapang ni.

Sekarang ni, ramai orang termasuk 'orang luar' lebih berminat berkunjung ke sini berbanding ke pantai Batu Burok. Apa yang menarik di sini? Macam biasa gerai-gerai makan yang menyediakan makanan celup tepung, masakan panas dan air buah gelas besar. Jagung bakar pun ada! Tapi saya tak berapa suka celup tepung di sini. Mahal sikit. Tapi kalau pandai pilih kedai, ok je.


Pantai Teliput



Satu lagi pantai yang cukup popular dengan masakan celup tepungnya. Tapi, tempat ni tak ramai orang tahu tentang keenakan masakan celup tepungnya. Gerainya pun taklah sebesar mana, tapi begitu ramai sekali orang yang datang. Yang menariknya, kita boleh mandi di sini.

Disebabkan kampung saya di Manir, jadi jarang sekali kami berjalan-jalan lebih dari Pantai Keliput. Kiranya kekasih hati rajin nak ajak berjalan naik ke bahagian atas lagi lain kali, bolehlah saya kongsikan kisah pantai di Terengganu lagi ye?

----

Yang buat saya gelihatinya, oleh kerana saya dibesarkan dengan pantai Terengganu, saya jadi tak berperasaan sekiranya berkelah di Port Dickson. Ini belum cerita tentang keindahan pantai Pulau Redang dan Tioman. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Mu!

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013