Bismillah.
Salam perkenalan daripada aku, penulis blog ini Nurul Nadiah Ahmad, berumur 28 tahun. Sudah bersuami, Khairil Syazwan Khalil dan mempunyai seorang anak bernama Muhammad Aliff. Membesar di Kuala Lumpur dan berbangga menjadi rakyat selangor, Sg Ramal Dalam.
Alhamdulillah hidup sangat bersederhana dan tekad untuk konsisten berkongsi rasa dan pengalaman di blog selepas Aliff hadir dalam hidup ku. Bermula di situ aku pasang niat untuk catatkan memori indah pahit manis sepanjang perjalanan hidupku ke dalam blog ini sebagai kenangan ataupun perkongsian rasa selama mana aku bergelar anak, isteri, ibu dan hamba Allah. Masih lagi tidak begitu bijak dalam pemilihan kata-kata, tapi minat ke arah menulis itu suatu perkara yang manis dalam hidupku.
Terima kasih anakanda Aliff kerana menjadi penguat semangat ibu untuk menulis.
Aku seorang yang sangat suka membaca dan belajar tentang perkembangan/pembelajaran bayi, kanak-kanak dan pembesaran anak-anak. Seorang ibu muda yang masih merangkak-rangkak try and error dalam melalui perjalanan membesar anak ke jalan Allah. Sifat aku lebih kepada tegas, sedikit kasar, dan agak emosi membuatkan penulisanku kadang-kadang mungkin mempengaruhi mood pembaca. Mohon maaf ye semuanya :|
Cita-cita hakiki aku seorang surirumah berjaya. Berjaya pada aku, jadi isteri solehah (sangat suka blog resepi, gambar masakan inspirasiku! Dan ibu yang baik pada anak-anak yang berjaya apa jua bidang sekalipun (blog homeschool menjadi blog lawatan harianku). Amin
Seorang yang masih jahil tentang ilmu agama dan setiap hari tak pernah jemu untuk cari jalan menuju ke arah yang lebih baik. Sedaya upaya untuk sentiasa bersyukur kerana punya sebuah keluarga yang menyayangi aku, dikelilingi kenalan dan orang-orang yang baik hati, juga punya suami yang tak jemu layan karenah aku dan anak yang sentiasa melembutkan hati aku.
Aku juga merupakan seorang coach pengurusan berat badan dengan menggunakan program nutrisi Herbalife di sekitar Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Nilai, Sg Besi, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Taman Melawati, Taman Permata, Gombak, Ampang. Ini juga sebuah passion dan nikmat yang aku kira kurniaan Allah pada ku. Suatu ketika dulu saatnya hati bergolak keliru tentang masa depan, Allah hantar ini pada aku.
Alhamdulillah, selain bantu diri dan keluarga sihat, aku sekarang lebih senang dan terbuka untuk bantu lebih ramai orang untuk sihat dan menambahbaik kehidupan dan gayahidup mereka yang serius. Masa yang ada juga flexible untuk urusan rumahtangga dan anak-anak buat aku rasa seronok bekerja sendiri. Semoga usaha ini terus istiqomah dan barokah.
Selain daripada income, ada perkara yang lebih bernilai buat aku semakin hari semakin sayang dengan Herbalife. Selain bantu orang lain ubah kehidupan mereka, aku dapati aku juga terpaksa ubah hidup aku untuk jadi lebih baik.
It's not about the money, it's about the person i become
For things to change, i have to change
Sekiranya, kawan-kawan semua ingin mendapatkan coach untuk membantu masalah berat badan, masalah kesihatan, atau masalah kewangan, besar hati ku kiranya dapat membantu :)
One Response to Tentang Kami
assalam , akak ipar mimi ke nie..huhu..
Post a Comment