Result UPSR 1997

Bismillah.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku memang seorang pelajar yang reserve.

Di sini bermaksud bukan nerd, mahupun pendiam.

Aku seorang yang kecoh dengan kawan-kawan tapi bila bab belajar aku suka ke belakang. Aku tak confident, aku reserve, sebab aku memag tak pandai.

Aku bukan excellent student.

Aku selalu rasa bodoh.

-------

Tapi aku suka sebab masa darjah 6 aku ada study group, julung kalinya serius belajar. 

Ada Along, Angah(aku), Alang dan adik. Hahahah EXTRA ORDINARY nama diberi. Wah hebak hebak~

Aku sangat-sangat berterima kasih kat makcik-makcik ni sebabkan diorang aku jadi semangat belajar. Thanx Nad, Rabiatol, n Izyan.

Belajar main-main gak tak beriya tapi we make it FUN.

Subjek paling slow--

adalah Sains. 

Memang otak jenis pfffttt terlebih genius.

Bila result UPSR keluar, aku tak heran. Siap malas nak mandi pagi tu.

Aku tak pergi ambik pun result tu pasal mama kerja Kementerian Pendidikan masa tu.

Bagi kod peperiksaan je masa tu.

Dalam telefon, mama bagi tahu aku,

"Kakak."

*lama diam.

"...dapat 5B."

"HA YE KE? Ok ma, takpelah. Ok je."

*Masa ni dah nak menangis macam orang gila, tapi kontrol macho.

"TIPU JE. KAKAK DAPAT 5A lah, TAHNIAH!"

*Takde perasaan macam terpause kejap.

"YE KE MA? MAAAAAAAAAA!!!!"

*Letak telefon, lari-lari anak, dan lompat-lompat atas katil. Padahal baru tegangkan cadar. Dasarrrrr!

----

Kepada semua yang ambil result semalam, gempak ke biasa-biasa ke atau result tak memuaskan itu semua HANYA RESULT UPSR. Kalian tetap awesome di mata kami. Generasi masa depan dengan kebolehan masing-masing. Kejayaan masih menunggumu di hadapan, teruskan berjalan, berusaha.

Life 101 : 
Hakikat hidup ini bukan senang nak senang, anakku. Tapi rejeki Allah pastu ada. Jangan ditanya apa rahsia Allah itu sekarang. Hanya Dia yang Mengetahui. 

Cik Nadiah tengah buat analisa kesihatan nak ajak orang sihat. Cik Nadiah pun tengah berusaha ni.

----


Allah sayang aku.

Keyakinan pertama dalam hidup aku dapat pada saatnya hari result UPSR keluar.

UPSR bukanlah ketentuan hidup.

It's a part of the journey.

Face it and ENJOY!

TAHNIAH kepada semua penjawap peperiksaan UPSR 2014, u guys AWESOME!

Selamat melangkah ke alam REMAJA yang penuh warna warni. Jangan nak gediks-gediks sangat eh?

----

Mencari atau perlukan nutrisi Herbalife untuk lebih sihat lebih bertenaga, meh meh join program 10 hari kat kelab yang dekat dengan tempat korang. 0122551037


Leave a comment

Kita selalu lupa

Bismillah


Malam ni tak boleh tidur.

Kes tidur siang lah apa lagi.

Hari ni kisahnya awal pagi abang dah pergi buat rutin Sabtu dia.

Aku uruskan anak-anak. Alhamdulillah well behave semuanya, masya Allah anak-anak ibu :))

Dan jam 10 pagi kami anak beranak bertiga dari kelab berjalan kaki menuju ke taklimat RPWP. Sebuah akedami yang fokus kepada kemajuan akhlak dan sahsiah diri berpandukan al-Quran dan assunah, masya Allah! Ini pertama kali, diadakan untuk orang awam.

Jalan kaki jugak walaupun seliparnya tertinggal dalam kereta ayah

Rumah Pengasih Warga Prihathin (RPWP) adalah sebuah pertubuhan non-profit yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Namun yang demikian, telah mewujudkan sebuah sistem pendidikan tersendiri di kalangan penghuni RPWP ke arah menjadi manusia yang lebih baik sebagai persediaan berdepan dengan cabaran dunia yang makin tenat ini. Serius tenat. Baca paper pun dah buat kita penat otak dan lelah jiwa dengan masalah-masalah akhlak di kalangan anak-anak seawal usia 2 tahun ke atas.

Teringat pada cadangan abang satu masa dulu.

Abang : Nak pindah luar KL lah.

Aku : HAH? KENAPA? (gaya terkezut, ala-ala budak bando sangat)

Abang : Rasa tak confident nak besarkan anak area sini. Macam-macam cabaran, masalah akhlak lagi

Aku : Memana pun cabaran tetap ada. 

Abang : Cuma kuranglah nak compare kat sini.

Dan aku cuma mampu berfikir, dan tak dapat nak kata apa-apa sebab no idea. Cuma mampu menerbitkan bibit-bibit kerisauan tu jelah. Sebagai mak ayah yang kurang ilmu, kurang pandai, kurang segala-galanya ni memanglah tak dapat lari daripada kerisauan tu.

Itu yang aku rasa memang kena bertindak dari sekarang. Umur masih mumayyiz. Walaupun pada aku masa sekaranga dalha masa bermain dia, tapi bab akhlak dah sahsiah memang tak boleh nak tolak tepi. Aku sendiri mengaku, bukan senang nak tegas dalam bab ni. 

Fateh makan nasi bersepah pun aku boleh buat lek je. Aliff selalu buat bising dalam training, aku tak tegas jugak. Sebab kalau aku start tegas mesti dia lagi bising. Tehnik tu Nadiah. Ada Tehnik dia, applykan ajelah. Ish tetiba malu dengan diri sendiri. Jahilnya hakuuuuuuuu~
Ok untuk hal yang ni tak dapat nak cerita lebih-lebih lagi, nak hadam bagi habis dulu.

Almaklumlah kalau namanya pergi dengar taklimat ke training ke bersama anakanda berdua tukan faham-faham jelah~

----


Anakanda Aliff dan Fateh,

Ibukan.

Selalu bercita-cita besar untuk anak-anak ibu.

BESAR sangat sampai kadang-kadang ibu rasa penat. Rasa capek. Rasa dawon (down). Rasa tak mampu. Rasa nak give up. Rasa kenot go.

Tapi pada masa yang sama, TAK BOLEH. Macam bukan tak boleh yanng macam tak nak. Tapi memang tak boleh yang kau tak nak tapi kau tetap kena buat yang kau pun okey dan suka untuk teruskan. Ha faham ke? Faham lah ek.

Jadi anak soleh ye Aliff dan Fateh.

Terimalah kekurangan ibu seadanya.

Ibu faham, Aliff selalu bersikap sebaliknya kalau ibu suruh atau cakap sesuatu.

Ibu lupa.

Anak-anak ibu,

mungkin lapar,

mungkin mengantuk,

mungkin dalam mode nak bermain,

mungkin bosan,

mungkin nak bagitahu something yang ibu tak faham,

mungkin tak faham apa ibu nak sampaikan,

mungkin tengah geram,

dan mungkin ibu lupa anak-anak ibu masih anak-anak kecil.

Ibu pulak bila layan sangat penat, huru-hara jadi kehidupan. Tak dapat nak bagi perhatian pada anak-anak ibu.

Lepas tu mula lah nak stres.

dan LUPA PADA PERKARA YANG INDAH DI DEPAN MATA.

T_______________________T

Maafkan ibu, sayang.

Tak kisahlah macam mana riuh rendah, meriah, havoc, aktif, hyper, bising macammana pun anak-anak ibu orang panggil, u r my sunshines, my Jannah, my pencen kubur, my precious, my busuk masam wangi manis, my bantal busuk, my everything.



Cium-cium, polok polok,
Ibu.

-----

So target ibu sekarang,

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR!

Spend quality time dengan anak-anak ibu. LET'S PLAY!

Having fun mengaji.

Insya Allah.



ROBOT Aliff

Sekarang dah 139 pagi. Esok Ahad. Jom tidur.

Sebelum tidur, berangan, instagram, plan apa nak buat esok dan doa, 3 qul atas kepala anak-anak. Puh, puh.


Siapa selalu macam ni? Tak payah angkat tangan. Kedip mata 7 kali.

*kedip mata 7 kali.

Ahaks. Da~

Posted in , , , | Leave a comment

Kalau dah namanya

Rumah tak ada TV.



Terpaksa lah layan TV kat kedai.

Anak oh anak ��������

Leave a comment

Lapar ice cream


Leave a comment

Tips Kurus #2 | Makan makanan rendah Glycemix Index GI

Bismillah

Wah, macam best je tajuk hari ni.

MEMANG BEST TAHU?

Glycemix Index (GI) ni adalah salah satu ilmu yang boleh digunakan dalam weight loss atau health journey kita sebagai panduan dalam pemilihan makanan yang berkualiti.

Sebab kalau kita kenal makanan yang rendah GI, ia membantu kita kenyang lagi lama.

Apakah Glycemik Index

Adalah nilai makanan yang mempunyai karbohidrat dan kesannya kepada kadar gula dalam darah manusia

Apakah yang mempengaruhi nilai GI

1) Masa penyimpanan dan siang sayur dan buah.

-sumber protein seperti daging, susu dan soya
-banyak potong dan kupas buah dan sayur

2) Masa proses seperti blend jus, mash kentang, daripada nasi putih jadi nasi perang

3) Masa masak

----

Apa yang menyebabkan nilai GI berubah?

Nilai fiber

Kandungan lemak dan protein

Jenis gula (gula dari buah lebih lambat pecah daripada gula putih)

Cara masakan dan proses penyediaan makanan

Bentuk fizikal sesebuah hidangan (the riper the fruit the more quickly it is absorbed)

Kelebihan makanan nilai GI rendah

1) Bagus untuk kadar gula dalam darah

Elok untuk orang ada masalah gula dalam darah.

2) Membantu dalam program penurunan berat badan

3) Energi dan kenyang lebih lama. LAMBAT LAPAR OK!

So kekerapan melantak tu berkurang lah.

4) Membantu tahap kesihatan kardiovaskular


Apakah contoh makanan nilai GI rendah, sederhana dan tinggi


Contoh


Perh terbaiklah ko Herbalife FI shake!

KESIMPULANNYA, lagi RENDAH nilai GI makanan yang kita makan, lagi LAMA kita kenyang dan bertenaga. Hamek tu. Sinopsis SANGAT. Kah kah kah. Lain kali kalau payah benar nak cari makanan rendah GI, telan je shake. LOW GI TESTED UUUU, bukan calang-calang quality food. Jangan cakap aku obses, supplement. Sekadar berkongsi ilmu dan kebaikan je :P

Pis. Pis -..-


Posted in , | Leave a comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

JuaNadiah 2013