Diari Fateh

Bismillah




12 hari lagi.

12 hari lagi dia mengenjak 2 tahun.

2 tahun dah kau, nak.

Sekejap ibu nak touching, boleh?

…….

Sambil dengar lagu Opick, ibu cuba imbas balik detik-detik ke belakangan antara kita 353 hari sudah.

Sedangkan setiap hari menatapmu pun ibu rasa belum rasa cukup, seperti begitu cepat sekali masa itu berlalu. Hari berlalu, ibu selalu leka dengan perkara remeh sehingga lupa untuk hargai yang di depan mata. Memang begitulah dasar manusia tak pernah rasa cukup dengan nikmat Allah. Astaghfirullah. 

Muhammad Fateh nama diberi. 

Seorang insan yang benar-benar mempunyai pendirian yang kuat.

Memiliki hati yang sensitif tetapi berjiwa besar.

Memang berani untuk melangkah ke hadapan mencuba setiap perkara yang ada depan mata.

Bersuara lantang di sebalik senyuman manis.

Sabar-nyalah walaupun selalu diusik abang.

Manja dah macam anak bongsu, eh? lalalalalala. 

Manja-manja pun ibu nampak Fateh sesuatu sangat--Seorang pejuang, ameen.

---


Fateh, ingat pesan ibu.

Baca, hafaz, amal dan manfaatkan Quran ye nak.

Cita-cita ibu tu.

Ibu sebak.

Nanti Fateh selalu doakan ibu ye nak bila ibu dah tak ada.

------

Apa lagi nak buat kalau dah sampai umur 2 tahun kan?

 Projek botol susu! Doakan usaha saya sukses.

Hahahahahha Muhammad Fateh sebelumnya mempunyai hobi melekat pada ibu. Ada masa lapang ibulah yang dicari. Memang mencabar sangat sampai ibu kadang-kadang blur apa nak buat. Sebab satu kerja tak boleh buat sebab ada makhluk sedang melekap.

Semenjak ada Fateh, ibu perasan dunia ibu dah semakin mencabar. Dulu anak seorang boleh suwit muwit lagi. Sekarang orang nampak suami aku berjalan macam dengan singa. Ibu cepat nak naik angin. Antara sebabnya adalah abangnya selalu cari pasal untuk usik adik. Mungkin abang sampai sekarang memendam sesuatu sebab satu ketika dulu silap ibu terlalu fokus pada Fateh. T__________T

Maafkan ibu, anak-anak.

Ibu jadi kurang sabar dan cepat serabut. Kadang-kadang sampai biar je semua berlaku (baca : menangis dan dibuli abangnya) sebab ibu lost kejap nak buat apa tambahan duk blur tak habis. 

Walaupun macam tu, ibu syukur most of the time anak-anak jadi lebih rapat, main elok-elok, dua-dua datang peluk dan kiss ibu, ajak bersembang, ajak baca buku. Tapi bila datang balik scene pergaduhan babak drama shot ke 3587295 juta tu yang blood go upstairs sangat!--

Mungkin inilah dia lumrah perjalanan menjadi ibu dan ayah. Bila terjadinya masa-masa perit tu, nak menangis tapi tak terkeluar air mata pulak. Kadang-kadang menangisnya kalah baby. Dan masa nilah akan teringat kat mama abah macammana handle situasi macam ni?

Pengalaman tu pengalaman.


-----


22 perkara menarik tentang Fateh yang anda mesti tahu 

(wah wah hebat tak tajuk aku ni, macam belog femes kan?)



Suka buat hal sendiri (baca : buli ibu)

Merajuk ayah dah habis solat

Suka mi!

Makan maruku sambil tidoq (ayah buli dia)

Dalam mulut tu ada kueh pa, sambil tidur

Ibu pun ada satu gambar macam ni tengah makan biji mangga

Tak mahu balik suka main pasir

Try test masak sikit

1. SANGAT suka main bola

2. Suka tanya _____ mana. Contoh : " Mana bam (mana abang)?" atau bila kita cakap sesuatu pada orang lain nanti dia tanya kita balik, "hah?"

3. Tak mahu disuapkan

4. Tak suka nasi berkicap

5. MENGEPIT dengan ibu

6. Suka naik stroller mainan untuk dolls

7. Suka makan guna tangan kiri

8. Setakat ni adalah dalam kurang 5 barang dah dipecahkannya (tangan tak kuat ke cane)

9. Bangun awal pagi

10. Suka naik atas belakang abang

11. Suka kacau abang main

12. Suka buat slek masa abang buat aktiviti (conteng colouring book abang)

13. SANGAT suka haiwan

14. Tangan cepat aje nak melibas muka ibu

15. Dah boleh buat satu ayat penuh (2-3 perkataan)

16. Rajin tolong ibu, dah pandai dengar dan patuh arahan (yahu!)

17. Suka berkawan

18. Tak suka berkongsi barang

19. Kalau abang cakap elok-elok cepat mengalah

20. Suka main lari-lari dengan abang di mana jua anda berada tak kira tempat dah

21. SANGAT SUKA makan ais krim

22. Suka lepak dalam peti ais (of course la pintu peti ais terbukak, mohon tidak salah faham)

Ucapan birthday belum lagi ye Fateh, belum rasmi lagi.  Ok da ibu sayang ate anyak!







Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013