Archive for March 2015

Bukit Broga, Semenyih

Bismillah.

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

ALLAHUAKBAR!

Walaupun cerita minggu lepas, ibu nak share jugak sebagai kenangan hidup.

Dah lama rasanya diri ini tak buat sesuatu mencabar. Tak mencabar diri sendiri. Zon selesa. Otak dah tepu fikir hal yang tak pernah habis, badan pun dah naik lemak dengan berjaya sekali, lalu datang idea nak keluar daripada segala  kekusutan -- panjat bukit.

Bukit Broga.

Bila fikir-fikir balik, kali terakhir naik ke sana masa belum dapat Aliff lagi. 

Masya Allah hampir 5 tahun, lamanya!

Pagi tu memang nekad. Nak naik jugak nak jugak, naik Broga! Tanpa persiapan apa pun. Cuma siapkan buah-buah, dalam satu plastik dan rebus telur. Selain tu siapkan tikar, mayonis, salad, colour pen, kertas A4, air masak. Jadilah makan sandwish, buah-buah dan minum air kosong atas sana nanti. Pagi tu lepas Subuh baru bertolak dan sampai pun matahari dah mula naik tapi belum naik sangatlah. Macam agak lambat, tapi mengenangkan budak-budak ni, takpelah kalau tak beria tengok matahari naik, sebab gelap-gelap naik risau jugak.

Wah, Aliff berjuta-juta kali tanya nak ke mana. Teruja nampaknya keluar pagi-pagi tak payah mandi.

Sampai di sana, plan asal ibu nak pakai ring sling kendong Fateh dan Aliff biar ayah bawak guna SSC. Tapi mood dia baik, dia kata nak jalan. Dan hikmahnya kami perasaan Aliff memang suka sesuatu mencabar diri dia jugak. Sebab sebelum ni suka berjalan kaki melihat alam berbanding shopping complex.






Atas semangat Aliff yang luar biasa tu, dia berjalan kaki panjat bukit sehingga ke puncak masya Allah. Sepanjang perjalanan ibu berkongsi sikit-sebanyak tentang alam. Otak dah tepu barangkali akibat mengadap skrin HP selalu lupa nak kaitkan alam dengan ayat Quran. Jadilah tu, sekolah alamkan anak-anak sambil ibu mengeluarkan peluh dan membakarkan lemak-lemak setelah sekian lama (nampaknya masih stamina boleh dibanggakan) 

Sepanjang perjalanan, Aliff dan Fateh sangat-sangat seronok masya Allah jumpa tupai, semut, burung, kumbang, lebah. Ibu mengadu dah penat pun dia pujuk ibu cakap dia tak penat. Awwww~ dewasa sangat. Serius ibu penat ok kendong Fateh kat belakang. 




Alhamdulillah sampai jugak akhirnya! 

*libas tudung bawal ke belakang, tiup tudung depan ke atas bagi mengelakkan tudung terkelepet. (Sorry acik jijie saya pinjam ayat!) 

Pendek cerita kat atas nun, 

hampar tikar, 


makan, 


rehat, 


warna-warni, 



gambar-gambar, 



main batu main pasir. 


Ibu dah penat ajak turun. Semua dah siap, Fateh pulak mengamok tak mau turun. Aduhai terpaksalah turun dengan tangisah amukan beliau. MENCABAR. 

SANGAT.

Sebabnya,

kami turun dengan ibu mengendong Fateh tanpa ring sling mahupun ssc.

Dukung macam biasa bawak nak pergi kedai runcit tu. Bayangkan! Allah, memang tak boleh buat apa sebab dia reject langsung. Kalau tak dia memang tak nak turun. Dalam perjalanan sambil ibu kendong sempat lagi tidur tu. Allahuakbar, bijak anak ibu.

Kaki memang kaw-kaw sakit. Tapi matlamat memang jelas menuju kereta nak bukak enjin pasang aircond kuat-kuat, kugagahkan juga meneruskan perjalanan. WAH KAU!

Alhamdulillah tiba ke destinasi kaki bukit dengan selamat dan happy walaupun keletihan masing-masing. Balik tu energi masing-masing macam masih haybat tak tidur-tidur. Pelik ibu, yelah memang begitulah anak-anak kan?

Tiada gambar masa turun bukit, puncanya adalah di atas. Tangan pun terketar-ketar dukung anakanda Fateh. Hoh!

Tahniah kepada semua peserta I am a happy mom, joget sikit--


Dah, dah. Mari kita semua keluar dari zon selesa. 

Syukur. Aktiviti ini betul-betul membuka mata hati ibu lagi.

Terima kasih ayah, Aliff dan Fateh :))))

*peluk, peluk.

Mari kembali beraksi mencabar diri sendiri lagi.

------

Salam perjuangan.



Posted in , , , , , | Leave a comment

Berbondong-bondong orang nak INVEST


Bismillah

Dalam seminar DNA bersama Sheikh Yahya yang lepas ada diceritakan, 

Kawan-kawan ayah Sheikh Yahya bertanya kenapa beliau tak buat investment dalam saham, properties dan lain-lain? 

Ayahnya jawab, "aku sudah ada investment yang lebih bernilai." 

Sambil menunjuk ke arah Sheikh Yahya dan adik beradiknya. 

---- 

Teringat beberapa tahun lepas bersembang dengan abah Ahmad B Mustapha, 

"bah kenapa abah masukkan kiteorang sekolah blabla, hantar program blabla, kelas blabla, belikan kiteorang blabla....?" 

Selamba abah jawab, "investment abahlah." 

T_____T 

Terharu angak. 



Terima kasih abah mama berkorban macam-macam untuk kami. Kakak usaha lagi ok untuk jadi investment abah mama bermanfaat sampai bila-bila. Ameen.

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013