Showing posts with label aktivitisihat. Show all posts

Bukit Broga, Semenyih

Bismillah.

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

ALLAHUAKBAR!

Walaupun cerita minggu lepas, ibu nak share jugak sebagai kenangan hidup.

Dah lama rasanya diri ini tak buat sesuatu mencabar. Tak mencabar diri sendiri. Zon selesa. Otak dah tepu fikir hal yang tak pernah habis, badan pun dah naik lemak dengan berjaya sekali, lalu datang idea nak keluar daripada segala  kekusutan -- panjat bukit.

Bukit Broga.

Bila fikir-fikir balik, kali terakhir naik ke sana masa belum dapat Aliff lagi. 

Masya Allah hampir 5 tahun, lamanya!

Pagi tu memang nekad. Nak naik jugak nak jugak, naik Broga! Tanpa persiapan apa pun. Cuma siapkan buah-buah, dalam satu plastik dan rebus telur. Selain tu siapkan tikar, mayonis, salad, colour pen, kertas A4, air masak. Jadilah makan sandwish, buah-buah dan minum air kosong atas sana nanti. Pagi tu lepas Subuh baru bertolak dan sampai pun matahari dah mula naik tapi belum naik sangatlah. Macam agak lambat, tapi mengenangkan budak-budak ni, takpelah kalau tak beria tengok matahari naik, sebab gelap-gelap naik risau jugak.

Wah, Aliff berjuta-juta kali tanya nak ke mana. Teruja nampaknya keluar pagi-pagi tak payah mandi.

Sampai di sana, plan asal ibu nak pakai ring sling kendong Fateh dan Aliff biar ayah bawak guna SSC. Tapi mood dia baik, dia kata nak jalan. Dan hikmahnya kami perasaan Aliff memang suka sesuatu mencabar diri dia jugak. Sebab sebelum ni suka berjalan kaki melihat alam berbanding shopping complex.






Atas semangat Aliff yang luar biasa tu, dia berjalan kaki panjat bukit sehingga ke puncak masya Allah. Sepanjang perjalanan ibu berkongsi sikit-sebanyak tentang alam. Otak dah tepu barangkali akibat mengadap skrin HP selalu lupa nak kaitkan alam dengan ayat Quran. Jadilah tu, sekolah alamkan anak-anak sambil ibu mengeluarkan peluh dan membakarkan lemak-lemak setelah sekian lama (nampaknya masih stamina boleh dibanggakan) 

Sepanjang perjalanan, Aliff dan Fateh sangat-sangat seronok masya Allah jumpa tupai, semut, burung, kumbang, lebah. Ibu mengadu dah penat pun dia pujuk ibu cakap dia tak penat. Awwww~ dewasa sangat. Serius ibu penat ok kendong Fateh kat belakang. 




Alhamdulillah sampai jugak akhirnya! 

*libas tudung bawal ke belakang, tiup tudung depan ke atas bagi mengelakkan tudung terkelepet. (Sorry acik jijie saya pinjam ayat!) 

Pendek cerita kat atas nun, 

hampar tikar, 


makan, 


rehat, 


warna-warni, 



gambar-gambar, 



main batu main pasir. 


Ibu dah penat ajak turun. Semua dah siap, Fateh pulak mengamok tak mau turun. Aduhai terpaksalah turun dengan tangisah amukan beliau. MENCABAR. 

SANGAT.

Sebabnya,

kami turun dengan ibu mengendong Fateh tanpa ring sling mahupun ssc.

Dukung macam biasa bawak nak pergi kedai runcit tu. Bayangkan! Allah, memang tak boleh buat apa sebab dia reject langsung. Kalau tak dia memang tak nak turun. Dalam perjalanan sambil ibu kendong sempat lagi tidur tu. Allahuakbar, bijak anak ibu.

Kaki memang kaw-kaw sakit. Tapi matlamat memang jelas menuju kereta nak bukak enjin pasang aircond kuat-kuat, kugagahkan juga meneruskan perjalanan. WAH KAU!

Alhamdulillah tiba ke destinasi kaki bukit dengan selamat dan happy walaupun keletihan masing-masing. Balik tu energi masing-masing macam masih haybat tak tidur-tidur. Pelik ibu, yelah memang begitulah anak-anak kan?

Tiada gambar masa turun bukit, puncanya adalah di atas. Tangan pun terketar-ketar dukung anakanda Fateh. Hoh!

Tahniah kepada semua peserta I am a happy mom, joget sikit--


Dah, dah. Mari kita semua keluar dari zon selesa. 

Syukur. Aktiviti ini betul-betul membuka mata hati ibu lagi.

Terima kasih ayah, Aliff dan Fateh :))))

*peluk, peluk.

Mari kembali beraksi mencabar diri sendiri lagi.

------

Salam perjuangan.



Posted in , , , , , | Leave a comment

Jumpstreet, Petaling Jaya PJ

Bismillah.

Jumpstreet Petaling jaya.

Hari tu terperasan salah seorang mom kepada homeshcollers share pasal tempat ni. Macam menarik. So ibu pun google Jump Street.

Apa yang best?

Lompat-lompat je lah. Tapi memang best. Macam melambung-lambung. Kalau untuk dewasa ada macam balik basketball dalam jaring. Lompat paling tinggi. Lepastu ada macam tournament (kalau group ramai) douge ball macam baling bola kat kawan sape kena kalah. Lepas tu boleh main lompat then flip.

Kat mana?

Petaling Jaya. Kalau dari Hospital Univeristi Malaya tu akan jumpa roundabout. Depan sikit ada lepas matrik UIA ada traffic light depan sikit traffic light tu masuk kiri. Masuk kat kolej Tun Razak kot. Dia kawasan kilang.

Berapa yuran masuk?

Dewasa kanakn-kanak RM25 sejam. Akan dapat tag mengikut colour. Boleh dibenarkan masuk ikut jam yang ditetapkan.

Ada jugak bayaran untuk stokin. Stokin khas tak boleh bawak sendiri. Stokin jenis yang ada biji-biji kat tapak supaya tak licin.

Sesuai untuk siapa?

Bebudak 2 tahun ke atas dan dewasa yang nak bakar lemak! hehheheh

Gambar ibu tak banyak snap sebab fokus LOMPAT!


Masa ni kiteorang pergi masa bulan puasa. Ko bayangkan lah nak melayan bebudak ni lagu mana. Penuh dengan orang putih je kat situ pulak tu tengah buat birthday parties. Ye parties maksudnya bukan satu je tapi banyak. Memang menguji tahap keimanan hamba.   


Kemudahan lain
 
Ada kemudahan seperti tempat lepak (bangku meja) bilik untuk event, kipas besar (berangin selepas berpeloh-peloh), toilet, surau, cafe, parking dan memang bestlah tempatnya luas.Semua best, eh ke cinta pandang pertama kan semua best? Semua nampak cantik je? Kena pergi lagi sekali ni.



Yang paling suka?

Semestinya Abang Aliff.
Ibu, tahan lapar je.
-_____- 


Siapa ada instagram cuba #jumpstreet #jumpstreetasia 

Jom reramai kita bako lemakssss. Highly recommended untuk aktiviti sihat. Boleh tambah dalam list.


Posted in , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013