Showing posts with label healthylifestyle. Show all posts

Tips kurus #3 | Audit makanan di dapur dan dalam peti ais

Bismillah.

Hari ni nak share benda biasa yang kita tak perasan hari-hari.

Hari tu tetiba terfikir nak tanya kat FB. Sebab dok sok sek kat kelab la kekdahnya.

10 makanan yang wajib kita ambil setiap kali pergi shopping barang dapur menurut survey cikai di FB. Wajib ke? Takdelah wajib tapi insya Allah confirm beli. So tak payah ambik serius sangat ok?




minuman petang katanya
Buat kunyah mulut

Alhamdulillah ada jugak makanan sihat


Buat tengok movie

Untuk hidang kat tetamu tapi banyak masuk dalam perut sendiri dan famili

Ok ini bagus protein.

Hurm, buat hidangan tengah malam nanti

Tak tau nak makan waktu bila tapi buat stok takut lapar

Di kala kedukaan melanda

WAJIB


So daripada 10 makanan/minuman di atas, berapa peratus yang korang rasa menyihatkan badan.

Jadi betullah, kalau aku cakap makanan yang sihat adalah bermula dari dapur/ fridge rumah korang.

Dah, tunggu apa lagi? Pergi buang dan kemas fridge dan kabinet dapur mana makanan yang tak perlu. Kalau sayang bagi kat kawan korang. Itupun kalau korang dalam program dan matlamat nak sihat lah.

Sebab apa aku cakap kat dapur rumah?

Sebab selalunya kalau makanan-makanan mengarut ada kat rumah CONFIRM 101% akan makan n habiskan! Kalau benda tu kat kedai 40% je kehendak nak beli tu. Hohoho.


Betulkan?

Siapa setuju?

Takyah angkat tangan. 

Kedip mata je tanda setuju.

Da~

Posted in , , , | Leave a comment

Jumpstreet, Petaling Jaya PJ

Bismillah.

Jumpstreet Petaling jaya.

Hari tu terperasan salah seorang mom kepada homeshcollers share pasal tempat ni. Macam menarik. So ibu pun google Jump Street.

Apa yang best?

Lompat-lompat je lah. Tapi memang best. Macam melambung-lambung. Kalau untuk dewasa ada macam balik basketball dalam jaring. Lompat paling tinggi. Lepastu ada macam tournament (kalau group ramai) douge ball macam baling bola kat kawan sape kena kalah. Lepas tu boleh main lompat then flip.

Kat mana?

Petaling Jaya. Kalau dari Hospital Univeristi Malaya tu akan jumpa roundabout. Depan sikit ada lepas matrik UIA ada traffic light depan sikit traffic light tu masuk kiri. Masuk kat kolej Tun Razak kot. Dia kawasan kilang.

Berapa yuran masuk?

Dewasa kanakn-kanak RM25 sejam. Akan dapat tag mengikut colour. Boleh dibenarkan masuk ikut jam yang ditetapkan.

Ada jugak bayaran untuk stokin. Stokin khas tak boleh bawak sendiri. Stokin jenis yang ada biji-biji kat tapak supaya tak licin.

Sesuai untuk siapa?

Bebudak 2 tahun ke atas dan dewasa yang nak bakar lemak! hehheheh

Gambar ibu tak banyak snap sebab fokus LOMPAT!


Masa ni kiteorang pergi masa bulan puasa. Ko bayangkan lah nak melayan bebudak ni lagu mana. Penuh dengan orang putih je kat situ pulak tu tengah buat birthday parties. Ye parties maksudnya bukan satu je tapi banyak. Memang menguji tahap keimanan hamba.   


Kemudahan lain
 
Ada kemudahan seperti tempat lepak (bangku meja) bilik untuk event, kipas besar (berangin selepas berpeloh-peloh), toilet, surau, cafe, parking dan memang bestlah tempatnya luas.Semua best, eh ke cinta pandang pertama kan semua best? Semua nampak cantik je? Kena pergi lagi sekali ni.



Yang paling suka?

Semestinya Abang Aliff.
Ibu, tahan lapar je.
-_____- 


Siapa ada instagram cuba #jumpstreet #jumpstreetasia 

Jom reramai kita bako lemakssss. Highly recommended untuk aktiviti sihat. Boleh tambah dalam list.


Posted in , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013