7 menu popular di hari raya

Bismillah.

Berlalu lagi malam ganjil di bulan Ramadhan, malam tadi. Sobs T__T

Touching sangat. Pesal tah. 10 malam ni rasa sebak. Nak menangis je, tapi tak boleh nak keluar air mata. Dey tipu ke? Bukan, bukan. Rasa nak menangis tapi terpaksa tahan. Ha gituuu. Dah kenapa aku? Nak kata post birth syndrome dah nak masuk sebulan dah ni.

Mengada-ngadalah mungkin kan.

Okey disebabkan puasa pun dah nak melabuhkan tirainya, aku yakin sangat iman memasing dah cukup kental dah kalau aku hidangkan hari ni gambar-gambar makanan. Aci tak? Waktu awal-awal puasa dulu ye lah mungkin mahu kena pelempang jugak kalau aku letak gambar makanan kan? Yelah baru bersesuaian dengan tajuk entri ni, betul tak. Menduga keimanan dan kesobaran. Tapi insya Allah memasing dah terlatih dengan madrasah Ramadhan kali ni. Hakak mintak ijin ni kawan kawan ye?

Jadi, sudah menjadi lumrah hidup aku sebagai penggemar makanan, asalkan raya memang aku tak heran sangat dengan baju raya ke, kasut raya ke, mercun raya ke, tudung lip lap lip lap ke, lampu raya ke. Matlamat raya aku sekian lama sehingga kini adalah JUADAH RAYA! 

*____* Tak sabar

Aku memang harap sangat aku sorang je yang punya sikap tak semenggah macamtu, tapi malangnya aku yakin sekali korang pun mesti ada sifat semulajadi macam aku, ye dak? Kalau tak, dah kenapa memasing tuan rumah berlumba-lumba masak-masakan sedak-sedak dan hebak-hebak pada kita semua kalau kita tak kuat melantak ye dak?

Ha-ah. Ye memang aku, suami dan seluruh keluarga kami suka makan. Tapi kami ada senjata rahsia semenjak 2 tahun ni. Nanti aku share sat lagi. Sekarang kita cekedaut dulu 7 menu femes di pagi raya. Yang wajib dah menjadi mangsa kami anak beranak di pagi raya sejurus selepas solat sunat raya, tuju ke rumah mak long kesayangan, rendang mabeles! Bukti sedap? Tahun ni mak pantang 33 hari amik cuti pantang. Kof kof kof.

1. Lemang dan ketupat palas!

1 potong : 82 kalori

1 biji : 124 kalori

2. Rendang ayam dan daging

1 potong : 148 kalori

2 biji sederhana : 64 kalori


3. Nasi impit kuah kacang


Nasi impit (6 ketul) + kuah kacang : 400 kalori



4. Lontong

1 mangkuk : 350 kalori


5. Soto

1 mangkuk : 403 kalori


6. Kueh raya

Nilai kalori sekitar 35 kalori satu biji.





Aku letak gambar kueh peberet aku je.


7. Air sirap

1 gelas : 50 kalori
Tapi iklan ribena kata tak kelas kau maria, air sirap. Acane? Tipu. Air sirap tatap jadi pojaan hati ku.

Kesudahannya.

Apa jadi petang raya?

Terberak-beraklah semua. Dengan dahsyat sekali.

Tapi kami tidak lagi sejak 2 tahun lepas. Kenapa. Senjata rahsia :)

--------------

Habis tu cemana ni? Menu sedap-sedap belaka. Tapi puasa dah turun berat cun habis dah ni. Tapi aku nak makan sedap. Aku sayang perut dan bodyku! Macammana? Macammana? Help-help! Saspen guweeee.




Rileks, bro.

Kalau sudi lah kan. KALAU SUDI. Aku sebagai penggemar makanan tak berhemah merangkap coach pengurus berat badan baik hati sikit nak share tips maintain berat badan semasa raya secara sihat dan senang nak follow. Jadi ulang lagi sekali, KALAU SUDI, ikutlah mana yang berkenan di hati. Abaikan kalau korang memang suka gemuk.

10 tips elak gemuk di hari raya 

1. Bertenang

Elok sangat kalau kita chill dan rilek-rilek je sebelum keluar rumah. Bila minda tenang senang kita nak berfikir secara waras nanti bila nampak makanan sedap-sedap depan mata. Sambil tu boleh rancang nak makan apa dulu dan banyak mana

2. Sebelum keluar rumah :

Bila fikiran masih waras, ada banyak benda kita teringat. Antaranya untuk rancang apa yang patut dibawa sepanjang perjalanan ziarah menziarahi ni. Yelah, kan banyak buah rumah nak terjah ni. Percaya tak, kita selalu lupa benda penting nak bawak contohnya air. Jadi apa kata we make a difference tahun ni. So apa nak kena bawak ni?
  • sentiasa bawak air mineral dan sentiasa ada back up air dalam kereta. Paling bagus 6 liter air sorang. Baru real.
  • Sediakan buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai kudapan
  • Telekung untuk wanita. Senang, tak payah buat muka tebal mintak pinjam telekung kat ruan rumah. Hik hik hik. Mana tahu tuan rumah tak ada telekung kan dah dua-dua malu. Haip, tak baik taw buruk sangka.

3. Makan dalam kuantiti sedikit

Sebab menu banyak sangat. Kalau dah makan 1 menu banyak macam makan lunch dah bila pulak nak masuk menu kedua, ketiga dan seterusnya. Meletup jugak perut aku kat situ kang. Kalau cun tak pe jugok. KALAU BOLEH, GOOGLE SIKIT NILAI KALORI MAKANAN SUPAYA TAK TERBABAS.

Jadi, adalah lebih baik, makan lemang 2 biji, nasi impit 2 biji kuah lontong ciput, lontong ciput, rendang segenggam tangan laki aku. Ha kan comel tu juadah raya aku. Nanti ada 9 buah lagi rumah nak ziarahkan?

4. Mulakan dengan juadah utama, kuih atau dessert kemudian

Juadah utama kan cepat kenyang gitu. Cepatlah kita berhenti makan. Kalau kita start dengan 1 biji kuih raya, sedap pulak tu mahu 1 balang jugak aku habiskan. Sebab tak rasa penuh pun perut. 1 biji je dah lebih kurang 35-50 kalori. 1 balang mahu ada 20 biji. 1000 kalori je dekat kuih raya. Astaghfirullah. Scary oh!

5. Kurangkan karbo, lebihkan protein

Kalau dah mula dengan juadah utama, ambillah protein lebih daripada karbo. Karbohidrat ye. Bukan karbonat, pepsi coke dan segala macam air tak berpekdah tu. Bukan apa. karbo kan gula komplex dan perlu lg karbo memerlukan 4g air. Dan protein buat kita cepat kenyang. Lebih molek ambil daging ayam daripada daging lembu. Kalau nak jugak, makan lah sebab nak rasa je bukan sebab kebuluq!

6. Elak juadah minyak berlebihan

Contoh kuah kacang. Huhuhu. Tak mau lah makan minyak kan. Kasihan perut. Hari tu baru bergumbira tuan dia dah pandai jaga dia (perut) sepanjang tempoh berpuasa. Rupanya, sementara je. Punah harapannya nak sihat sepanjang masa.


7. Puasa enam

Molek sangat lah mula hari kedua selepas hari raya pertama yang berlebihan kalori tu. Besar fadilatnya pulak tu, macam berpuasa setahun. Allahu, sayangnya Allah pada kita bagi nikmat dan hadiah macam-macam. Ramadhan dapat. Syawal pun dapat. Dah tu kenapa manusia liat lagi? Terus je buat, tangguh tu buat kita makin liat adalah. Sat gi member sekolah rendah nak buat open house, lepas tu jiran 2 blok depan rumah, lepas tu ex boyfren pulak, lepas tu cukuplah. Senak perut dah rasa ni.

Puasa sunat ye? 6 hari je pong.

8. Senaman

Parking lah kereta jauh sikit. Bakar balik kalori makanan rumah sebelum ni. Jangan pulak kita pergi naik tangga ziarah bilik anak-anak tuan rumah lepas tu turun sambil bagitau, "eksesais bakar 100 kalori." Raya tahun depan, kunci pintu!

9. Amalkan konsep, berhenti sebelum kenyang

Sunnah Nabi. Dah kenapa tak nak follow? Pahala beb. Kata tak nak gemuk kan? Ikut je.

10. Senjata rahsia

Ha ni yang aku sebut sebelum ni. Syukur sebab bertemu coach aku 2 tahun lepas, kami sekeluarga jadi lebih health concious gitu. Rajin minum air masak. Makan sikit je. Dan semualah tips yang aku share kat atas. Kalau tak buat, aku tak share.

Senjata rahsianya?

Nama pun rahsia, mana boleh bagitau on public.

Kalau betul nak tahu, baru kami bagitahu.

Yang penting,

Memang wajib kiteorang prepare dalam handbag. Yang laki-laki menumpang kasih pada kami yang wanita ada handbag ni. Sebab tu kami bawak banyak bekalan air.

Okey, lek lu.

Aku bagi satu situasi.

Lepas korang 1 famili makan rendang ayam, daging black pepper, ikan pari asam pedas. Ikan habis. Ayam habis. Daging habis. Tinggal kuah je. Mestilah nak buangkan?
Persoalannya. Takkan nak buang kat singki? Tersumbat nanti. Penyelesaiannya korang pun ramai-ramai satu keluarga bekerjasama makan kuah tu.
Eh, sinki takut tersumbat. Badan kita tak takut tersumbat ke? Tak baik pilih kasih antara sinki dengan badan tau. 

Macammana nak elak makan berlebihan?

Apa yang aku boleh share, kami seisi keluarga ambil meal replacement aka shake dulu sebelum bergerak ke masjid untuk solat sunat raya. Maknanya badan kami dah dapat cukup nutrisi seimbang dalam badan. Sel badan kami dah berhari raya dulu. Insya Allah no craving melampau yang kalau pergi rumah pertama beraya, makan macam kebuluq luar biasa hamat. Malu weh.


Insya Allah, badan kekal sihat dan beraya pun masih boleh enjoy juadah raya. Manfaat puasa 30 hari pun berbaloi-baloi.

Makan secara bersederhana ikut keperluan. Asal boleh merasa semua hidangan dan menjaga hati tuan rumah itu dah memadai dah. Kita sebagai Muslim perlu sentiasa beringat untuk apa kita menyambut Syawal. Atas kemenangan kita bersabar menghadapi nafsu dan dugaan sepanjang 30 hari berpuasa. Takkan pagi Syawal dah kalah kot. Tak menang la cemtu.

Sempena Raya, kami ada buat promosi Raya-kit untuk mereka yang serius tak nak gemuk dan yang nak maintain berat di hari raya. Lose weight pun boleh! Call 012-3141422 atau emel nurulnadiahahmad@gmail. com untu dapatkan Raya-kit hangpa semua :)

Akhir kata,



Selamat menyambut Syawal, dan selamat menjamu selera dengan cermat! Bukan bawak kereta je kena cermat. Body nak kena jaga, maintain dan sihat! Mohon kemaafan atas kata-kata dan perbuatan kami suami isteri. Insya Allah ada rezeki kita bertemu meneruskan ukhwah kita





Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013