5 perkara ngeri yang sering berlaku di bulan Syawal

Bismillah

Nervous rasa.

Sebab,

sebab,

sebab..

Esok dah hujung minggu!

Hujung minggu di bulan Syawal adalah sesuatu yang ngeri! Bukanlah ngeri yang ala-ala scary tu. Maksud ngeri di sini adalah, macam kalau boleh perkara yang nak dielakkan. Tapi tak boleh elak. Kena hadapi jugak. Ewah? Ye jek. 

Sure hujung minggu korang dah full booking kan? Kompom lah. Sebab kami pun sama. Tak sabar nak ketemu sahabat, sedara mara semua. Bila lagi nak jumpa kalau bukan raya kan? Kalau masa lain kemahen sibuknya lah mak ngah.

Dah kenapa mak ngah je? Mak lain?

Cukup mengarut. So apa 5 perkara tu? Jom cekedaut.


1. Traffic jam



Adohhh ni paling tak larat nak berdepan. Mau aku keluar lepas subuh gak kang? Minggu ni pulak nak kena lalu MRR2. Bawak bantal best jugak eh? Macam kejam lak dengan encik drebar.

Mungkin korang boleh share jalan rahsia/alternatif mana-mana yang korang pernah lalu?

2. Kemalangan jalan raya

Ngantuk mungkin. Kenyang sangat mungkin. Laju mungkin.


Allah jualah sebaik-baik Pelindung.

Sebelum keluar rumah amalkan Al-Fatihah, 3 qul dan ayat Kursi. Yakin Allah melindungi perjalanan kita sambil zikir.

3.  Tak bukak pintu rumah bila budak-budak datang kutip duit raya


Oh man? Serius?

Uwaaaaa kesian. Tak tahu nak kesian kat budak ke sebab tuan rumah tak nak bukak pintu jemput masuk atau nak kesian kat tuan rumah pesen budak yang sama datang beraya 5-6 kali setahun. Semoga Allah pelihara supaya hati tetap ikhlas. Sabar. Sabar.

Aku senang je. "Meh dik meh masuk. Akak hidang shake. Sihat bertenaga nanti nak pergi kutip duit raya. Banyak lagikan rumah nak cover. Ha minum teamix ni. Best." :p

4. Weekends

Pening sampai migrain tak tahu nak pergi open house mana, banyak sangat.

Bagus amalan ziarah dan memenuhi undangan. Adab dalam perhubungan. Tapi mana yang tak sempat, mohon agar dihubungi dan maklumkan.

Rancang perjalanan elak stres!


"Hok mane seee nok gi neyh?"

"Gi umoh hok makang sedak."

"Gi semme umohlah!"

Kesudahannya..

Gitu


5. Makan 

Macam tak ada orang tengok kita dah. Tak agak-agak

Syawal setahun sekalikan? Bukan sokmo.

Ish ish


Pergi rumah pulak semua makan sedap-sedap. Memang terbaik. 

Boleh punya, korang.

Makal ala kadar. Makan untuk merasa je.

pinjam gambar mamakerry
Tak tahu camne nak kawal diri di open house raya? Rahsia ni aku share untuk korang je.

Tips elak gemuk di hari raya

Nah. Tips paling simple tapi paling susah nak buat.


Insya Allah boleh makan berpada-pada kalau niat dan mindset,

RAYA UNTUK MENZIARAHI.

Tapi ada jugak mindset, raya bermaksud makan. *_____* So sad.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013