Bismillah
Muhammad Aliff insya Allah bulan 10 ni dah nak masuk 3 tahun.
3 tahun dah?
Masya Allah, besarnya kuasa Allah. Masa berlalu tanpa sedar. Berapa banyak masa agaknya yang dah aku luangkan untuk benda bermanfaat atau sia-sia? Na'uzubillah. Mudah-mudahan semuanya untuk yang bermanfaat amin. Teringat kata-kata Prof Muhaya, kalau nak hidup bahagia, buat 2 benda ni, perkara yang mendapat redha Allah dan manfaat orang lain.
Kali ni nak share sikit macammana, Aliff daripada umur mula boleh makan solid food sampai umur setahun lebih tak berapa nak makan, Alhamdulillah sekarang berselera sangat makan. Anak kan, kalau tak nak makan, mak nya lah paling serabut sekali. Dulu Aliff minum susu ibu je semata. Tak mahu makan.
Macammana nak bagi anak suka makan
Perangai sangat.
Heheheheh. Apa ibu cuba buat ye?
- Belikan dan ajak shopping sama pinggan, mangkuk dan cawan yang mereka suka. Biar mereka pilih
- Letak makanan yang sihat dalam pinggan mereka dan bagi mereka sudu dan biarkan mereka suap sendiri
- Sabar dengan karenah 'bermain-main dengan makanan'
- Pesan dan beri nasihat berkenaan adab makan, doa, tak tumpah, elak pembaziran.
- Teruskan usaha dan doa!
Aliff dah mula nak makan apa yang kami makan, normal food. Memula macam tak dapat kaitkan, macammana. Tapi lepas beberapa training tentang nutrisi dalam badan dan keperluan badan, baru aku faham.
Dalam badan mempunyai banyak sistem yang bekerja yang melibatkan organ-organ tertentu. Memang ada kanak-kanak yang jenis tak berapa nak makan di awal usia 6 bulan. Secara logiknya apabila badan kita menerima makanan yang mempunyai nutrisi lengkap, sel juga menerima makanan mereka iaitu nutrisi.
Apabila sel sihat, organ pun sihat. Apabila organ sihat, semua sistem dalam badan bekerja dengan baik. Dan apabila sistem dalam badan bekerja dengan baik, badan pun sihat dan cergas hanya dengan izin Allah. Amin.
Bila badan anak-anak kita yang comel tu dapat COMPLETE NUTRITION daripada makanan yang sihat, automatik badan dia akan minta makanan yang sihat-sihat jugak. Kurang mintak jajan ke atau makanan ngarut. Tapi normal lah budak kadang-kadang mintak coklat dan ais krim. Kan? Kan?
Aliff memang suka buah, especially masam! |
Favourite mee |
Suka bahagian tulang macam ibu |
Kemain payah guna sudu tu |
Nak makan sendiri tak nak ibu suap |
Suka gila makan sup |
Memang gila telor! |
Sungguh-sungguh makan buah |
Apa yang boleh aku share, kenalpasti apa makanan yang anak suka dengan kenalkan dia macam-macam jenis makanan. Bila dah besar sikit, 3-4 tahun dah mula memilih. Teruskan usaha bagi makan sayur dan makanan yang dia tak berapa gemar. Sediakan dan makand epan mereka. Jangan paksa. Nanti mereka tak suka.
Kita lah mak-mak nak kena kreatip kan?
Teruskan usaha ibu!
3 Responses to Pujuk anak makan
salam...
owh Shake ni bagus juga utk tingkatkn selera anak2 yer..
sebelum ni pernah beli masa apply jd member... tp lama dahh x beli.. :p
Anak suka makan mama yg suka hati kan. Janji makan yg sihat tak membawa mudharat..
Sukalah kakak tengok Aliff:)
singgah sini balas kunjungan....salam kenal
Post a Comment