Tempat makan best Bangi | Red Card

Bismillah.

Huargh. Syawal pun dah hambir melabuhkan tirainya. Siapa yang tak puasa enam memang RUGI SERUGI RUGINYA!

Hamek kau.

Tulah napsu makan besau sangat sampai tak menyempat posa nam yek. Okey apa motip aku sebenarnya ni?

Seminggu ni penat amat sangat sebab dah 3 minggu puas berjimba-jimba berjalan beraya bercuti dan segala ber sebab abang dan adik-adik kesayangan pulang ke tanahair. Tapi memang agak tak patutlahkan, fokus kerja dah lari. Sobs.

Memang seminggu ni pagi aku memang akan ke kelab nutrisi kami di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (baru bukak, yey!). Tapi kali ni tak nak share lagi pasal kelab nutrisi sebab nak kasi ala-ala suprise gitu. Kali ni nak share pasal resoren best bawah kelab kami, RED CARD BANDAR BARU BANGI. Woot-woot.



Kelab kami atas banner kuning tu.
Ada sekali tu hampir 3 hari berturut-turut kami dinner di situ.

So apa yang best sangat Red Card tu? Kad merah?

First yang aku suka tentang red card adalah makanan yang disediakannya! Western and asian pun anda.  Sedap! Penyediaan dia pun teliti tak cincai. Kita dapat rasa semuanya dihidang dan disediakan dengan rasa hormat dan kasih sayang. Ewah. Yang penting bukan secara paksa dan tak ikhlas lah.




Deko-deko dalam restoren red card pun boleh tahan tampak mewah dan yang paling penting bersih dan selesa. Tapi takdelah mewah ala hotel kan tapi untuk aku yang jarang sangat makan tempat high class ni terasa red card sangatlah mewah. Toilet dia bersih AMATS! Deko-deko pun simple tapi nampak elegan gitu. Insya Allah korang mesti suka. Kalah singgah Bangi wajib datang sini okey? Tak sempat solat? No problem surau ada.

Jom cekidaut apa makanan dia?



So apa yang aku pernah order?


Tomyam ala-ala Bangkok (nama aku reka sebab lupa anam sebenar)

Spageti oglio

Keow Tiaw pathai

Mushroum Soup!
Sedap tak?

Mestilah sedap! Sebab suami aku tu memang jenis suka makan dan pandai rasa makanan. Aku tak reti komen. Bagi aku semua makanan sama je rasanya. Since suami aku memang suka makan kat red card so aku dengan yakinnya insya Allah makanan di sini tak mengecawakan dan berpuas hati sangat!

Harga?

Boleh tahan.

Tapi berbaloi dengan penyediaan makanan dan tempat yang selesa.


Alamat Restoren Red Card
No 17-G-1, 
Jalan Medan Pusat Bandar 4A, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 
43650 Selangor.
No telefon : 03-8921 6849
www.facebook.com/redcafe

Aku try google, mereka ni macam menerima tempahan majlis kat restorennya.


Tapi kadang-kadang ramainya orang kat restoren ni. Ada sekali tu kami order dulu dan naik ke kelab. Abang request bungkus. Tapi sekali aku decide nak makan kat bawah. Malas nak cuci pinggan segala. Bila turun, makanan kami dah siap dan tengok ramai betul orang. Jadi kami request nak makan sini dan depa pun siapkan makanan kami. 

Tapi orang sebelah tak puas hati sebab kata kami datang kemudian tapi dapat dulu. Alahai rilek braderrrrr.

Okey sebabkan makan pun dah malam. So kita bakar kalori dengan teamix pulak.

Pst, kalau korang mai sini, 
jangan lupa kontek kami 0123141422,
 kita rasa shake dan teamix kat atas kelab kami. 
Dapat free body analysis lagi. 

Ha gitu

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Tempat makan best Bangi | Red Card

BERT said...

sy sllu g yummie kt bngi tu x prsan plk restoren ni... nti pegi boleh cube ni.. nmpk menarikk

Suria Lekatlekitgurl said...

dalam banyak2 makanan Spageti oglio jugak yg mengugat keimanan walau masakan dia simple tp menyelerakan pulak tiap kali pandang

Search

JuaNadiah 2013