Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tempat makan best Selangor KL | Kidz & Creme, Setia Alam

Bismillah

Yey!

Excited dulu.


Sebab dah lama sebenarnya nak pergi. Tapi apakan daya nak pergi jauhnya ya Rabbi! Jadi mampu memendam nafsu makan dessert yang satu tu je la. 

Ini semua salah instagram. Terpengaruh dengan anasir kawan-kawan instagram. Suka sangat haplod gambar Nutella Tart tu. Tambah lagi ada hashtag kan.Menambahkan amarah lagi adalah. Aku mana boleh sabar lagi. Bikin panas je.

Kebetulan Sabtu lepas, ada kenduri kat Shah Alam, tetiba macam terdatang idea nak ke sini. Aku pun bukan arif sangat jalan area sini, jadi tak berapa tahulah, ye ke Shah Alam dekat dengan Setia Alam. Macam biasa, abang mintak tolong kat kesayangan dia yang satu lagi tu,siapa lagi kalau bukan pemandu arah tetap dia, encik GPS.

Dari tempat wedding yang kiteorang pergi dalam 20 minit. Ok fine, jom!

Paling excited, akulah beb. 




Cantik gileeeeh ok kedai ni
Setibanya aku kat sini, pelayan kedai tu bagi kiteorang menu. Aku dengan pura-pura sabar pergi jalan-jalan sekitar restoren, heheheh. Dekat area peti sejuk yang menempatkan dessert sekalian, tak berapa nampak kek di bawah ni. Lepas tu ada seorang kakak ni, baik sangat, dia recommend cake Nutella egg tart. Aku dengan separuh panik tanya kek Nutella Tart ada lagi tak? Dia selamba tunjuk, "tu". Okey malu sendiri.

Tak fikir banyak dah
Disebabkan perut masih kenyang lagi melantak nasi arab kat restoren Zam-Zam, iye memang wedding tu buat kat situ. Insaf ok makan banyak. Jadi kiteorang lebih banyak usyar-usyar je. Abang ambik Durian Mille Crepe, SEDAP ok. Tapi aku lagi suka Durian crepe yang biasa yang banyak creame tu. Hohoho dasar gila creme ko nih!

Secara jujurnya,

1) Dekorasi restoren ni sangat cantik, santai dan elegan tapi masih mengekalkan kesederhanaan.

2) Pekerja semua BAIK dan peramah sangat! (Paling suka dan paling puas hati) Memang membantu aku dalam pemilihan makanan walaupun aku just tanya dessert je -_____-'

*Masa ni tak perasan lagi ruang untuk kids.

Sekali bila ternampak ruang untuk kanak-kanak, dalam hati aku, "OMG!"

3) Kids friendly cafe/restaurant. Oh man, aku macam nak menjerit kerana terlalu suka ok, terlalu! Tak pasal-pasal aku dapat dating dengan abang berdua kat sini. Terima kasih anak, terima kasih sangat. *thumbs up.

Kalau aku dah macam nak menjerit suka, apatah lagi Fateh dan Aliff.

Diorang macam orang hilang akal, menyerbu tempat tu tanpa menghiraukan ibu mereka yang cantik ni. Eh? Jom kita tengok apa yang makcik ni kecoh sangat ni.

Meja yang sangat luas dan kerusi-kerusi comel yang sangat banyak

Tengok sofa belakang tu, class ko Fateh!

Mainan banyak sangat!

Bebudak busy main

Sesuailah dengan tajuk restoren. Oh ye, diorang ada buat party untuk bebudak jugak. Macam buat kek jugakla. Aktiviti party mungkin? Aku belasah je. Tak sempat interview

Memang aku sayangla kedai ni, ko tengok buku kanak-kanak tu?
Belakang tu abang tengah fenin pilih kek apa nak makan



4) Harga |  macam biasa lah standard, kalau concept cafe macam ni kena prepare wallet tu kasi tebal sikit. Nak makan best macam tulah. Alah bukan selalu, sekali sekala enjoy. Oklah. Cuma kalau kids food tu memang aku rasa baik tapau bawak bekal dari rumah hoho. Macam nangis je kalau order, dah la bebudak ni bukan makan beriya pong.

Source

6. Rasa | Kek yang aku makan memang sedap. Cuma Nutella atas tu manis sangat. Aku suka light cake yang tak terlalu manis. Tapi series sedap tau ni series.

Disebabkan abang dah tetapkan hari tu adalah 'dessert day', so tak dapatla merasa food lain. Tapi sempat gak aku usyar ramai jugak orang order Burger Steak ka situ. Next visit wajib order! Tunggu review kiteorang okehs? Next time nak dating dengan bestfriend, gegirl nama diberi dekat sini. Susahnya nak jumpa dia sebab jauh sangat duduknya, haah kat Setia Alam nilah. Hohoho.

Pendek kata, 
HIGHLY RECOMMENDED untuk semua orang, 
terutama MAK PAK parents yang selalu keluar makan dengan anak-anak. 
Bersiap sedia bawak bekal atau tapau je makanan untuk anak-anak. Yela mana taknya,  akibat seronok sangat bermain, nak pulak ada geng memang tak ingatlah tujuan asal datang situ untuk makan.

;D

Jangan lupa tu.

Posted in | Leave a comment

Tempat makan sedap Bangi dan Kajang | Pecal lele

Bismillah

Lama dah nak share. Tapi asyik terbantut.

Untuk semua yang bekerja ke belajar ke atau tersinggah di Bangi atau Kajang memang wajib singgah kedai ni. Restoren ni nampak dari luar biasa je tak ada apa yang menarik. Sign board pun nampak lama, tapi acu terai masuk dulu.

Lepas dah masuk to long order ayam penyet atau ikan keli bakar (set) atau orderlah apa-apa, insya Allah semua sedap. Lauk makan tengahari dia pun sedap. Memang restoren kedai makan lauk tengahari pilihan ambe. Sambal merah dia pedas-pedas manis, ala terliur sudah ni.

Pilihan terbaik makanan masakan Indonesia.

Harga pun berpatutan sangat especially untuk orang yang berkira macam haku ni!




Lokasi : No 2 jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang.
berhampiran hentian bas kajang (bertentangan dengan 99 speedmart)
Tel : 0162422520
pecellelembakaan@yahoo.com


Dah order makanan tu jangan lupa order air. Highly recommended TEH AIS!

Oh kedai ni boikot milo dan nescafe ye harap maklum. *tepuk tangan sikit.



Hah satu lagi, kalau dah lepas melantak tu jangan lupa senaman satu jam kasi bakar 200 kalori.

Ingat tu, jangan buat-buat lupa atau menyorok hujung dapur.

Selamat mencuba dan selamat bersenam untuk yang dah berjaya melantak.

Posted in | Leave a comment

Tempat makan sedap di Kuala Terengganu

Bismillah.

Kedai yang kami singgah hari tu masa balik Terengganu ni memang best!

Tapi yang ni cadang makan untuk dinner lah tapi kan.

Kat mana?

Selera Dapur Arang, Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu.

Korang, serius best.

Kalau korang ada balik atau bercuti kat Terengganu, siap-siap set GPS untuk datang sini.




Apa yang bestnya?

Ikan fresh. Manis.

Dahlah pulak tu harga berpatutan dan boleh cakap murahlah.


Hidang dengan nasi putih, kuah singgam, kuah masak lemak cili api, budu, air asam dan ulam SAHAJA!

Tiada masakan panas.

Special kan?





Nampak tu. Bakar guna arang.

LIVE.



Malas cakap banyak. Korang pergi sendiri dan rasai kenikmatannya.

Aduhai, terbayang kuah singgam dia T_____T

Ok, kalau tadi cadang makan untuk dinner. Sekarang cadang makan di tempat makan sedap Terengganu untuk breakfast atau bahasa melayunya sarappang (sarapan). Tapi kalau dari KT agak jauh sikit lah.

Sarapan best di Kuala Terengganu.

Jom ramai-ramai serbu Warung Kak Nor, Seberang Takir.

Tapi seriesly jalan agak mencabar sebab kat kawasan rumah orang. Payo nak juppe (jumpa)

Apa yang best?

Nasi lemak dia tak lemak dan sambal manis-manis, ada ikan bilis kecik garing dan ikan. Memang sedap. Selain nasi lemak, ada nasi minyak daging dan ayam (best jugak!!! Streslah mak). Ada nasi dagang jugak, Kuih-muih terengganu.

Kat mana?

Tanya je orang kampung area Kampung Tengah, Seberang Takir.

Tak pun korang google forthsquare, lepas tu search warung kak nor ni. Mesti jumpa heheh sebab aku dah try tadi :p





Kalau balik Terengganu, memang wajib singgah sini bungkus banyak-banyak, on d way balik singgah pantai dan makannnnnnnn~

Burp, alhamdulillah.

Posted in , | Leave a comment

Tempat makan best Bangi Gateway | Restoren HOMST Recipe masakan cina muslim


Tolonglah.

Tahun 2014 ni je dah berjuta kali (tipu) pergi sini.

Memang kiteorang pe’elnya begitu.

Tak reti tak pandai nak cuba kedai-kedai baru.

Jadi mana kedai yang dah rasa sedap, banyak kali lah akan menerima kunjungan kiteorang sekeluarga. 

Macamlah dekat HOMST ni.

Padahal cawangan dia ni kat tempat lain banyak je.

Tapi bila bukak kat Bangi barulah tau kewujudan kedai ni.

Kali pertama pergi, untuk sambut birthday abah 9 Jan.

Eh tetiba sambut birthday aku pun kat sini ke? daaaaa sangat~

Sebelum ni gila Sharin Low. Sekarang berpaling tadah pulak.

So review sikit lauk pilihan.

Jenis makanan
Masakan cina Muslim (Muslim chineese food)

Alamat
Level 2 Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

Masa operasi
Isnin-Ahad 11:00-22:00

 
Ikan kerapu deep fry fish ala Thai (nama belasah sebab tak ingat)


Komen : Sedap. Masam-masam manis. My all time favourite.

Ayam masak lemon




Review : Sedap cuma kurang crunchy. All time favourite jugak.


Sup tauhu



Revie : tak tahu nak komen sebab sekadar pembasah nasi jek. Tapi healthy amat! Pilihan yang sihat Kalau nak order sup, order sup ketam. SEDAP!


Butter prawn



Review : Untuk orang gila udang macam aku, udang ni memang sedap hamat. Lemak-lemak pedas sikit. Pedas yang tak pedas sangat. Kuah dia pun tak berapa muak sangat. Tapi janganlah hirup macam sup, memang la muak kan?

Harga?

Setanding dengan servis dan mutu masakan. Makan macam kat atas ni hampir RM100 4orang dewasa 1 orang budak kocik.

Rating : 4/5 bintang

Sekian. Jom serbu.

Posted in , | Leave a comment

Tempat makan best Bangi, Kajang, Serdang, Sg Besi | Mee Tarik Warisan Asli

Bismillah.

Amboi mentang-mentanglah bulan lepas bulan Disember adalah bulan sibuk sedunia, kerja ngkorang anak beranak asik makan luar ajeeeek kan? Hah dah alang kepalang makan luar, apa lagi. Ala-ala wartawan jalan-jalan cari makan lah hakak kan?

Ala kasi can ye dik?

Aku ni sejak rajin berstegram ni, cepat betul terpengaruh. Imej memang betul-betul berjaya menangkap napsu makan aku. Gigihlah 2014 ni untuk continue projek diet Nadiah kan, okeh? Janji tawwww~ Tak maw tipu-tipu. Iols tak kuasa nak gedik kat sini. Dah kenapa payah sangat nak setop ni?

Asalnya aku terperasan kat instagram jiran aku, angah, pi makan kat sini. Terus laju-laju kat kasi comment, kat mana ni ngah? Padahal dia dah tag dia kat mana, dasar nak enterprame! Apa lagi google la kat mana. Pasal apa mi tarik? Pasal encik suami kesayangan intan payung hujan turun lebat tu, peminat sangat dah tahap kerinduan amat dengan mi tarik yang dia selalu makan kat UIA dulu.

Aloh aloh aloh suwit sangat sang isteri ini.

Aku pon terus cakap kat dia, "bang jom. Ai ada seprais."

Padahal dia jugak yang drive.

Haha terpaksa bagitahu destinasi arah tuju ke mana kan. Kalau tak, tak sampai. Biaq pi lah seprais tu. Nanti-nanti banyak masa lagi nak seprais. Pusing-pusing satu kawasan Sg Besi tu cari kedai ni. Ok macam menipu sangat sebab kita pakai GPS. Lepas sampai, semua anak beranak makan dengan dahsyatnya, dengan Alif-alif sekali makan tak hingat (peminat mi lahkatakan) satu gambar pun kami tak snap. Adalah amik video teruja Aliff makan mi sendiri.

Kali kedua datang bawak mak dan abah satu famili pun tak snap gambar jugak. Tahap melantak.

Kali ketiga pun sama, sebab dah lama tak datang, mi sampai je terus balun.

Gambar bawah ni, kali keempat pergi sini.

Amik order dulu sat. Sempat lagi main action-action dengan Aliff

Cold beef noodle

Milo tabur

Kemain pakcik ni makan

Mi sup daging tak pedas (sukahati je aku mintak, untuk Aliff)

Braised Chicken noodle

Harga range dalam RM8-9 gitulah sepinggan. Tak ingat ambik gambar resit.


Boleh intai-intai, jeling-jeling penarik mi tersebut


Pemandangan dalam kedai

Nak datang ke? Okey nah detail amik kat FB diorang.

Alamat :

MEE TARIK WARISAN ASLI(ENCIK HASSAN) 
51A, Jalan Tasik Utama 3, 
Medan Niaga Tasik Damai, 
Sg. Besi 57000 Kuala Lumpur 
Malaysia 

No tel : 03-9054 3209

Wow alhamdulillah, secara keseluruhannya,

SEDAP GILA.

servis cepat dan pantas

Mi sedap, kenyal, ringan dan tak muak langsung

Kedai bersih dan luas

Harga berpatutan denga kepuasan hatian kami.

Bintang 4/5 (wah bajet review apa je kan?)

Highly recommended 
 advise dari orang yang suka makan dan pernah gemok. 
Eh pernah? Oh Herbalife! Sempat lagi pomot-pomot ni.

---------

Posted in , | Leave a comment

Tempat makan best Bangi | Warung bunian

Bismillah.

Mungkin korang ramai yang tak tahu kan, aku dan suami pun excited gila tengah dalam projek diet sihat JuaNadiah ni. Aik, coach Herbalife pun tak settle lagi diet ke? 

Haip, haip. Tak maw. Tak maw lah pikir camtu. Tak positif la macam ni. Aceyh, time kat aku kemain semuorang kena positif kan. Anyway, walaupun pada mata kasarnya aku dan abang dah nampak kurus selim melim, akua da cita-cita lagi nak reduce body fat sampai 23% dan abang masih ada target nak achieve on his visceral fat, lemak tepu yang membahayakan diri sebab lemak tu ada kat organ.

Hah?

Camne nak tahu semua tu? 

Body fat, visceral fat segala? FREE je, acu klik sini


Push forward, abang suruh tambah.

Sepanjang tempoh projek diet, sebagai manusia biasa yang cintakan dan sangat menghargai masakan semua tukang masak atas muka bumi ni kan, kami memang melalui cabaran-demi cabaran. In fact sebellum kurus dulu pun lagi besar cabarannya.

Alhamdulillah sebab ada coach dan beli produk Herbalife yang berkesan dapat result luar biasa.

Kata-kata di atas buat aku fikir dan bagi cadangan genius pada suami kesayangan, 
"bang jom cheat day today, lama dah tak mereward diri sendiri."
 Ewah.

So ke mana kita cheat day Rabu dan Khamis lalu? 2 hari sekali kau!

Disebabkan bosan kalau jalan-jalan cari makan asyik malam hari, tekak nak cari lauk tengahari sedap area Bangi. Lalu terjumpalah, 

Warung Bunian.

Serius memang bunian sangat. Sebab kedai dia memang tak nampak langsung. Dari atas pun tak nampak, kalau datang dari bawah pun tak nampak. 

Direction

Kalau dari arah Bangi, 

1. Bila sampai kat IPI (sebelah kanan korang) akan jumpa traffic light masuk kiri. 

2. Straight je sampai rounabout amik pukul 2. Maksudnya bukan kiri atau kanan. Tapi bukan jugak straight sebab dia senget sikit. 

3. Lepas tu straight je, akan jumpa selekoh, ikut je lagi arah selekoh tu dan akan jumpa traffic light lagi.

4. Slow dan amik simpang ke kanan macam nak masuk ke kawasan kampung.

5. Slow amik simpang kedua, macam menurun bukit.

6. Warung tu belah kanan. Kalau nak confirmkan, tengok banyak kereta parking.

Lelain guna GPS jelah, memang akan ada keluar warung bunian. Fortsquare kot.

Menu


Isnin dan Khamis

Gulai ketam

Ikan masak kicap dan ayam goreng

Sayur

Selasa

Gulai udang

Sambal ayam

Ikan keli rangup bai!

Sayur
Tengok, nama menu pun chill je. Rilek-rilek sudah. Takde fancy bagai.

Memang cool lah.

Masa operasi

7.30am - 2.30pm (kecuali Jumaat, Ahad, dan cuti umum)

Persekitaran
Alamat dan no telefon

WARUNG BUNIAN, KAJANG
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB 43000
KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN

0173812246 KAK LANG

Oh ye, kalau nak lunch kat sini kena SMS/call untuk booking kat no atas tu, Kak lang cakap berapa kepala nak makan situ. Supaya senang nak prepare segala. Tak kelam kabut sebab ramai orang makan kat sini.

Harga

Hidangan dia by package, ewah. 

Nasi
Ikan
Ayam
Ketam/udang
Sayur
Air

RM 14/seorang

-------

Review : 5/5

+ Sedap gila, berdesing gulai dia pedas mengalir air mata yang sedap!

+ Sambal kicap, sambal ayam sedap sangatttt (menangis ni cakap sedap serius memang sedap hangaaak)

+ Puas hati!

+ Cuma open air, so kalau bawak Fateh berpeluh sikit lah. Tapi untuk orang besar selesa je sebab redup. Ada pokok besar gila! (motip, nak kaitkan dengan bunian ke? Wahahah)

Pantang bukak seat belt, laju-laju tu nak gi mana, makan gulai ketam ke?

Fateh pun cakap, highly recommended!

Dah register SPECTACULAR!

Oh ye sebelum melantak tu kena ada ilmu. 
Nak ilmu dan cara untuk lose weight secara sihat hubungi 
+60122551037 

Posted in , , | Leave a comment

Tempat makan best di Muar

Bismillah.

Again. Cerita jalan-jalan raya saya.

Macam tajuk karangan lah ek?

Selepas jalan-jalan raya KL-Terengganu-Kuantan sekarang tibalah masanya destinasi pilihan cik suami, MUAR. Alhamdulillah rindunya Muar, pasal lama gila tak balik sejak pulang dari Bangkok hari tu. Kemain, mak pantang ni, tak sedar diri sunggah anda masih dalam pantang.

Walhal memang dah bajet habis panteng on first day raya. Makan tak hengat.

Sekarang menyesal tak sudah. Insya Allah will start on lose weight program after giving birth ( turun berat badan selepas bersalin) bulan September ini. So siapa nak ngejoin aku. Jomlah lomba-lomba turun berat badan, ha ada beran ke?

Setelah hampir 5 tahun++ kahwin, hari tu turun Muar, barulah ada kesedaran nak google, tempat makan best di Muar. What d? Kelakar sangat ok. Kenapa aku kata kelakar, sebab abang bantai gelak yang level menghina tau tak? Waaaa, baru nak tunjuk hebat dan kenapa kena gelak pulak. Takmo kawan abang sampai esok, WEK :p

Untuk mengubat hati yang luka abang pun bawak aku ke tempat makan yang best kat Muar. Ada beberapa tempat yang aku ingatlah kan.

Mee Bandung Sentral

Depan sekolah Menengah Sains Muar. Ada parit sebelah kedai ni. Parit memang sinonim dengan Muar kan. so apalah sangat landmark aku yang tepi parit ni kan. 

Waktu pagi serve mee rebus, lontong dan nasi lemak. sedap.

Waktu petang mee bandung dan goreng panas. nasi goreng ayam di sedap giles..

Pendek kata korang wajib singgah sini. Depan kedai ni ada jual ayam golek, aku tak pernah rasa. Tapi suami aku yang memang asal sini cakap itu legend. Maknanya highly recommended lahkan?

Takde gambar sebab dah lama tak makan situ. Waktu baru kahwin asyik gi situ je sampai dah boring aku. Bila taip ni rasa terliur lak. Lepas ni balik Muar kena pergi sini.

Sabak Awor

Tempat makan ikan bakar dan seafood bakar. Highly recommended untuk kedai no 8. Wak Jos. Kedai sentiasa penuh. kalau nk datang kne datang awal. kedai-kedai lain banyak shj tapi tidak semurah dan sesedap kedai Wak Jos.


Murah dan sedap. Titik

Waaaa, ini pun lama tak pergi. Lepas ni kena gi. Nak ajak gg. Dah la last time, depa yang belanja

Sate Zul

Tapi lupa amik gambar Sate. Kedai ni depan stesen bas Muar. Memang busy sikit crowded dia. Femes dengan mee rebus, Soto dan SATE. Memang sedap. Aku yang kurang berminat dengan mee rebus pun tergoda lalu tewas jugak dengan abang punya, urghhhh.



Aliff sampai berebut soto dengan ibu. Sebab empunya badan memang suka sangat sup-sup kan. Tengok gambar bawah ni buat aku lap-lap mulut daaaah.


Suasana pagi-pagi orang bersarapan. Bayangkan kalau kita sarapan ni setiap hari. Tak ke memang boleh naik berat badan? Adohai. No, no. Kita makan bukan untuk kenyang perut, kita makan untuk sihat bertenaga badan. Ok sekadar saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak salah kan? Chill yaw.


Kopi Muar 434

Kopi Legend Muar. Sudah lebih 60 tahun beroperasi dan ianya milik keluarga . Dulu kedainya kecik je macam kedai kopi lama-lama, tapi sejak 2 tahun lepas renovate dan buat stail macam kopitiam. Serve kopi dan roti kaya n macam-macam lagi. Kopi sedap dan ada macam rasa herba. Kalau suka boleh beli serbuk buat sendiri di rumah.



Siap ada sijil Halal lagi jd boleh rasa tanpa was-was.


Kedai makan Kahar Sg.Mati

Asalnya nama dia lain, tapi tak ingat. Terletak di Sungai Mati di simpang menghala ke Tangkak dan Serom. Sudah 60 tahun jugak. Lontong rasa tak pernah ubah sejak abang kecil. Uniknya lontong ini rasa lemak banyak disebabkan oleh kacang tanah yang ditumbuk halus. Santannya sedikit sahaja tidak terlalu pekat, boleh jadi kurang kolestrol dan lagi satu sambal trademarknya yang penuh bawang dan cair, manis-manis pedas. Kalau makan 1 pinggan mesti tambah lagi satu (ni abang je)


Nasi lemak pon sedap. Menu baru diperkenalkan. Ingatkan biasa-biasa sahaja tup-tup 2 pinggan masuk dalam perut. Sambal berbeza daripada lontong, lagi pekat dan lazat.


Keadaan warung yang simple. Kalau masuk terasa legend sekejap.



Amboi kemain jalan-jalan cari makan Muar kan. Sampai rumah abang setiap kali dari makan-makan, golek-golek layan 2 hero ni atas katil. Nikmat Allah beri. Alhamdulillah syukur. Kampung abang di Taman Mulia, Kesang Laut memang mendamaikan. 


Kami pernah pergi ke perhentian dimana hasil jualan ikan dan makanan laut SEGAR dijalankan di situ. Memang meriah sungguh. Rasanya, memang mengancam. Dah kata segar kan memang lah best. Harga boleh tahan baikkkkk tapi memang berbaloi. Sebab? We pay for the value!

aku ingat dulu mak pernah masak asam pedas ikan fresh, ya Allah tak lena tidur terngiang-ngiang rasa ikan fresh tu. Ikan apa pun aku tak ingat nama sebab yang aku tau basik ikan kat pasar KL je lah. Ikan lelain, fail! Janji kenyang :)

Ha dah kenyang semua kan, yang nak kena lose weight tu, jom join contest bawah ni dan dapatkan ideal weight anda supaya anda dapat nikmati pelbagai jenis makanan dan dalam kadar yang cukup untuk lebih menghargai rasa makanan.

Dan badan kita lebih sihat dan bertenaga, tekanan darah lebih stabil, jantung yang sihat supaya kita lebih banyak mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat makanan yang seda-sedap ini :))))




Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013