Bismillah
Yey!
Excited dulu.
Sebab dah lama sebenarnya nak pergi. Tapi apakan daya nak pergi jauhnya ya Rabbi! Jadi mampu memendam nafsu makan dessert yang satu tu je la.
Ini semua salah instagram. Terpengaruh dengan anasir kawan-kawan instagram. Suka sangat haplod gambar Nutella Tart tu. Tambah lagi ada hashtag kan.Menambahkan amarah lagi adalah. Aku mana boleh sabar lagi. Bikin panas je.
Kebetulan Sabtu lepas, ada kenduri kat Shah Alam, tetiba macam terdatang idea nak ke sini. Aku pun bukan arif sangat jalan area sini, jadi tak berapa tahulah, ye ke Shah Alam dekat dengan Setia Alam. Macam biasa, abang mintak tolong kat kesayangan dia yang satu lagi tu,siapa lagi kalau bukan pemandu arah tetap dia, encik GPS.
Dari tempat wedding yang kiteorang pergi dalam 20 minit. Ok fine, jom!
Paling excited, akulah beb.
Cantik gileeeeh ok kedai ni |
Setibanya aku kat sini, pelayan kedai tu bagi kiteorang menu. Aku dengan pura-pura sabar pergi jalan-jalan sekitar restoren, heheheh. Dekat area peti sejuk yang menempatkan dessert sekalian, tak berapa nampak kek di bawah ni. Lepas tu ada seorang kakak ni, baik sangat, dia recommend cake Nutella egg tart. Aku dengan separuh panik tanya kek Nutella Tart ada lagi tak? Dia selamba tunjuk, "tu". Okey malu sendiri.
Tak fikir banyak dah |
Disebabkan perut masih kenyang lagi melantak nasi arab kat restoren Zam-Zam, iye memang wedding tu buat kat situ. Insaf ok makan banyak. Jadi kiteorang lebih banyak usyar-usyar je. Abang ambik Durian Mille Crepe, SEDAP ok. Tapi aku lagi suka Durian crepe yang biasa yang banyak creame tu. Hohoho dasar gila creme ko nih!
Secara jujurnya,
1) Dekorasi restoren ni sangat cantik, santai dan elegan tapi masih mengekalkan kesederhanaan.
2) Pekerja semua BAIK dan peramah sangat! (Paling suka dan paling puas hati) Memang membantu aku dalam pemilihan makanan walaupun aku just tanya dessert je -_____-'
*Masa ni tak perasan lagi ruang untuk kids.
Sekali bila ternampak ruang untuk kanak-kanak, dalam hati aku, "OMG!"
3) Kids friendly cafe/restaurant. Oh man, aku macam nak menjerit kerana terlalu suka ok, terlalu! Tak pasal-pasal aku dapat dating dengan abang berdua kat sini. Terima kasih anak, terima kasih sangat. *thumbs up.
Kalau aku dah macam nak menjerit suka, apatah lagi Fateh dan Aliff.
Diorang macam orang hilang akal, menyerbu tempat tu tanpa menghiraukan ibu mereka yang cantik ni. Eh? Jom kita tengok apa yang makcik ni kecoh sangat ni.

Meja yang sangat luas dan kerusi-kerusi comel yang sangat banyak |
Tengok sofa belakang tu, class ko Fateh! |
Mainan banyak sangat! |
Bebudak busy main |
Sesuailah dengan tajuk restoren. Oh ye, diorang ada buat party untuk bebudak jugak. Macam buat kek jugakla. Aktiviti party mungkin? Aku belasah je. Tak sempat interview |
Memang aku sayangla kedai ni, ko tengok buku kanak-kanak tu? Belakang tu abang tengah fenin pilih kek apa nak makan |
4) Harga | macam biasa lah standard, kalau concept cafe macam ni kena prepare wallet tu kasi tebal sikit. Nak makan best macam tulah. Alah bukan selalu, sekali sekala enjoy. Oklah. Cuma kalau kids food tu memang aku rasa baik tapau bawak bekal dari rumah hoho. Macam nangis je kalau order, dah la bebudak ni bukan makan beriya pong.
6. Rasa | Kek yang aku makan memang sedap. Cuma Nutella atas tu manis sangat. Aku suka light cake yang tak terlalu manis. Tapi series sedap tau ni series.
Disebabkan abang dah tetapkan hari tu adalah 'dessert day', so tak dapatla merasa food lain. Tapi sempat gak aku usyar ramai jugak orang order Burger Steak ka situ. Next visit wajib order! Tunggu review kiteorang okehs? Next time nak dating dengan bestfriend, gegirl nama diberi dekat sini. Susahnya nak jumpa dia sebab jauh sangat duduknya, haah kat Setia Alam nilah. Hohoho.
Source |

Pendek kata,
HIGHLY RECOMMENDED untuk semua orang,
terutama MAK PAK parents yang selalu keluar makan dengan anak-anak.
Bersiap sedia bawak bekal atau tapau je makanan untuk anak-anak. Yela mana taknya, akibat seronok sangat bermain, nak pulak ada geng memang tak ingatlah tujuan asal datang situ untuk makan.
;D
Jangan lupa tu.
Post a Comment