Haikal Outdoor Play Group (OPG)

Bismillah

OMG OMG OMG OMG OMG

*pang! (kena tampo)

Sebut bebetul, ya Allah.

Sorry i teruja sangat.

Ok, teruja sangat ok. Sangat amat terlebih dan segala kata penegas yang wujud di alam buana ini.

Hari tu hari Ahad bersamaan 19 Oktober 2014, pertama kali Aliff dan Fateh join playgorup dianjurkan oleh blogger femes fofuler, Adlil Rajiah. Manalah mak tak teruja terlampau. Satu, sebab playgroup. Satu lagi sebab blogger femes lah kan. Okey ada satu lagi, jumpa kawan sekolah lama setelah sekian lama menghilang (sebenarnya tak memunculkan diri) ahaks jangan marah Laili :p


Ok down terus tengok blog Jiji ni Adlil Rajiah

Terus rasa macam belog aku ni macam picisan je. Wargh. 

*Tutup laptop terus, sambung nanti je lah

Ok tipu, tak ada masa nak emo sebab tengah mood excited nak share pasal playgroup beliau ni. Tapi sebelum tu nak share macammana aku boleh terjebak. Amboi kronologi pulak dah kan. Eksaitedlah katakan~

^____^

Tapi sebelum tu aku nak share sikit. 

Sebelum ni aku suka homeschool Aliff kat rumah. Tapi tak berapa nak homeschool sangat la, sebab asyik busy je kan. So play-art-craft tu berlaku on off. Cita-cita tinggi nak buat hari-hari. Tapi kalau aku penat, aku biar je Aliff dengan ayah dia yang penat jugak itu. Kijam ibu, kijam.

Dalam hati aku sebenarnya, kan best kalau ada ramai budak main-main sekali boleh kawan dengan Aliff. Nak tunggu Fateh main sekali, asalkan main sama je mesti Fateh dengan gagahnya rampas barang abang dan baling sekuat hari. Tidak menampakkan konsep teamwork lagi, aceyh. Nanti ibu ajar konsep tu eh Fateh eh. Jadi bila dah macam tu, memang abang taknaklah main dengan adik T______T

So terfikirlah aku nak masukkan Aliff playgroup. Tapi malas. Kalau buat sendiri lagi best. Dah berangan buat kat kelab la tasik lah. Kuat verangan betol makcik ni.

Bila dah ada playgroup jijie ni sekaligus boleh aku belajar dari kesilapan, eh belajar daripada sipu tentang selok belok, perjalanan, pengisian playgroup ni, yahu. Tocey Jijie. Beribu-ribu taniyya atas kejayaan ini dan semoga terus mendidik, memberi pendedahan serta semangat kepada ibubapa moden di zaman FB, internet, ipad iphone i-i, u-u. 

You r my inspiration--

Awwwww~

Terima kasih dan TAHNIAH Jiji. Tunjuk ajarku sipu.

------

Alkisahnya tahun lepaskan, blog beliau ni kan viral kat FB. Meletup-letup gayanya entri yang pasal dia jumpa child phyctric tu. Perh aku ni kalau dah jumpa satu belog, kalau best boleh ajdi berhari-hari aku khatamkan entri dia satu belog, ok yang ni tak berapa real. Ada jugaklah skip-skip sebab busy jaga Fateh, kan. Ok tak percaya boleh tanya Fateh nanti :p

Ibu dedikasi kan?

Ok, sambung.

Sekali tengok dari gaya penulisan, cool habis minah ni. Otak dia memang mereng. Ok best.

Tu je la.

Follow la belog dia sekali sekala. Sebab tadikan dah cakap busy jaga Fateh.

Sebab malas baca belog, aku add beliau kat FB.

Tiba-tiba satu hari yang damai, aku tengah lek-lek lu kat rumah ada masa sikit nak bukak FB, terperasan satu status beliau pasal playgroup ni lah. Menarik, dalam hati aku berkata. Aku tengok, 2 minit yang lepas. Laju-laju aku PM cakap nak join. Tak pasal-pasal.  Walhal aku ni bukannya jenis rajin nak bersosial, apatah lagi tak tanya abang lagi. Ah sudah punya eksaited, jangan durhaka sudah. Lepas dah PM baru call abang. Yey abang on.

Tetiba dalam hati berbunga dah. 

Semuanya demi mu anak.

Hari kejadian, pagi-pagi aku dah bangun, dan settlekan segala macam hal sambil menyanyi kecil. Acap kali jugak aku tanya Aliff, abang hari ni seronok tak, ibu nak bawak abang main dengan kawan-kawan. Aliff dengan selamba jawab, seronok. Agaknya demi menjaga hati aku KOT.




Fateh kerjanya makan pasir dari awal sampai akhir. Tapi tak lah makan bebetul

Semangatnya anak ibu, kita touching thangat--

Nak main bubbles

Aliff paling aktif, aktif berlari ye. Bukan aktif bersosial


Jadi, detail program korang boleh tengok kat belog Jijie blogger pemes emes ni www.saatkukaupilih.blogspot.com

Secara keseluruhan, aku sebagai ibu sangat berpuas hati dengan program ni. Dengan kata saintifiknya AWESOME!

1) bersesuaian dengan objektif program, nak bagi pendedahan pada mak-mak dan bapak-bapak untuk spend masa dengan anak untuk bermain bersama, instead of nah, ipad gi main jauh-jauh ibu banyak kerja. Nau'zubillah mintak jauh skrip tu :p Lagipun aku mana ada ipad. Iphone banyaklah, cheh belagak ko yek.

2) santai, rileks, chill, tak padat sangat, tak heavy sangat, 2 jam memang diisi dengan baik. Budak pun tak cranky

3) pengisian ada 3 games. Masa dan flow tersusun dan FUN ok. FUN. Itu penting. Bebudak enjoy. Mak pak pulak terlajak enjoy. Aku sampai konfius yang peserta ni mak pak ke anak. Tapi aku lek je la.

4) cuma antara parents kurang berkomunikasi. Jadi tak syok sangat sebab tak ada sesi temah-temah, Joyah-joyah. Okey fine, ko je yang suka sesi ni Nadiah. Orang nak fokus pada anak, ko nak fokus apa sebenarnya ni, Nadiah. Nak sesi beramah mesra boleh apply rombongan cik Kiah, sekarang. -_____-'

5) banyak orang sponsor makanan. Hurm, mana-mana mak pak tengah diet, memang boleh menangis.  Aku masih menten magic number. Yelah kata fokus anak-anak main. Mana ada masa nak makan sangat ni. Hahah

Sekian ulasan picisan.

Balik tu, aku memang berkobarlah nak buat kat Bangi satu macam ni.

Hahahah. Semangat lah sangat.

Doakan pelis.

Aku sayang Bangi. Bosan ok dok Bangi tapi macam dok dalam hutan. Jumpa orang pun buat bodo je. Apatah lagi hye-hye bye bye. Ada kawan kat Bangi pun susah jumpa. Aku nak bersosial dengan mak-mak kat komuniti Bangi. Inilah salah satu contribution aku boleh komit pong. Tapi start kat kelab nutrisi aku lah eh. Free je tempatnya. Lepas tu kita timbang ramai-ramai. Hohoho rileks, rileks.

Ok, korang. Doakan pelis. 

:)))))


Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013