Bismillah
Hai good morning eberibadeeeh--
Semangat sangat makcik ni pagi ni pasal nak share dengan teman-teman semua tentang sesuatu yang gomok.
Antara cabaran dekat kelab ni adalah, club member susah nak minum air secukupnya, iaitu cuma 3 liter air setiap hari. Kalau dulu lagi extreme sampai 6-7 liter. Tapi dekat kelab ni kita dah diskaun sampai 3 liter je.
Alasan biasa adalah--
gemuk air.
Hakikatnya, aku tak nak minum air banyaklah oi, doktor cakap BAHAYA! dan sebenarnya malas dan tak larat.
Pengalaman sendiri :p
Korang jangan terasa plops. Kalau terasa, hah memang yelah tu.
--------
Beza tau.
Antara minum air banyak dengan minim air ikut keperluan badan
Masalah anda ini disebabkan oleh pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan atau lebih dikenali sebagai gemuk air.
1. Makan makanan tinggi garam
Kalau kita jenis yang suka makan makanan tinggi garam, badan akan menyimpan air dengan lebih banyak dalam badan untuk mencapai keseimbangan yang sepatutnya. Kita taknak air disimpan dalam badan. Nanti gelebeh banyak dan berat pun tak berapa sedap mata memandang.
So siapa yang selalu sangat bising badan gemuk air tu, jangan pulah rasa korang banyak minum air dan takut untuk minum air lagi.
Inilah sepatutnya yang paling korang kena buat---
minum ban yak air lagi dan 8 lagi! Ahaks :p
Samalah.
Stres pun akan buat air disimpan dalam badan jugak.
Dah tak mau stres-stres. Jom tulis belog atau diari sebagai satu solusi untuk kurangkan stres.
Ataupun amalkan gaya sihat. Senaman ke. Sebab senaman akan merembeskan hormon adrenalin yang banyak dan akan membuatkan kita happy. Sebab tu orang putih suka pergi disko, dia pasang lagu kuat-kuat joget-joget melaghakan. Haip! Korang jangan gi clubbing lak. Tasik belakang rumah ni dah settle!
3. Senaman intensiti tinggi
Ini akan membuatkan badan mengalami trauma dan proses penyembuhan memerlukan penyimpanan air dalam badan sehinggalah badan tak trauma lagi. Alolololo cian badan ye. Nak buat macammana tuan awak dah terlajak exercise.
Tehehehehe. Jangan marreee--
Jadi apa nak buat, REHAT jelah.
4. Terlalu banyak fiber atau serat
Bukan tak elok ambil fiber. Cuma jangan TERLEBIH-LEBIH. Bersederhanalah dalam setiap hal.
5 langkah mengatasi masalah gemuk air
1. Tingkatkan pengambilan air
Tak ada cara lain yang lebih penting melainkan ini.
Tapi, masih ramai jugak yang susah nak follow cara yang paling kacang ni. -__-"
Dengan alasan, malas nak kencing.
Hello, buah pinggang dijamin bersih tip top, siapa tak nak? Kesian--
2. Kurangkan karbohidrat
Setiap gram karobohidrat akan membawa 2-3 gram air jugak.
KURANGKAN ye bukan tinggalkan langsung karbo walaupun nak kurus cepat. Sebab kan ke kita ni fitrah manusia melayu terakhir tatap nak makan nasi :p
3. Kurangkan pengambilan garam
WAJIB buat.
Kalau dalam dapur tu ada potato chips, meggi, AJINAMOTO, jajan segala bagai, SEKARANG gak pergi buang!
Tak pun bagilah pada siapa-siapa yang memerlukan? Eh? Ada keh?
Makanan macam ni tinggi garam, bahaya untuk buah pinggang. Kesian encik buah pinggang selama ni suffer dek kerana kita dok telan benda-benda macam ni. Tapi takpe sekarang dah tahu kan?
4. Minum teh hijau
Teh hijau bantu dalam peningkatan dan kekerapan korang kencing. Malah dengan lebih lawas dan laju lagi. Hak hak hak. Jadi biar dia perah habis air dalam badan tu. Mana-mana yang tak digunakan lah kan. Sebab tu penting korang minum lebih banyak air, so lagi banyak bantu bawak keluar air tak guna melalui kencing dan peluh. Sekaligus bawak keluar toksin sekali.
Make sure kencing tu jernih!
5. Makan pisang
Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan.
----
Dulu pun aku ada share kenapa minim air penting.
KENAPA?
Ok sehingga jumpa lagi dalam entri akan datang. Da da--
Jangan lupa baca entri penting minum air tu!
Post a Comment