Bismillah
Amboi, ye ke tak makan boleh gemuk ni?
Bukan ke kalau tak makan lagi cepat kurus.
Konpius la, cik.
----
Ok kita share sikit apa yang ada dalam pengetahuan kita eh. Ni sharing pendapat je tau. Maksudnya boleh jadi betul boleh jadi salah. Tak niat langsung nak ajar ke hape kan. Aku bukan taraf cikgu fitness macam Kevin Zahri tu. Kelas kau Jah, cikgu fitness uuuuuu. Oops. Sorry gura-gurau bongok di petang hari. Kalau kawan-kawan ada penambahan ke bangkangan ke boleh kemukakan di ruang komen. Aceh--
Tak makan lagi gemok? macam tak boleh caye je minah ni.. Orang-orang somalia tu asik tak makan makin kurus je, mana ada gemuk. Aha, konsep penurunan berat badan memang senang tapi bukan mudah. Cuba tengok gambar rajah dibawah
Apabila kita skip 1 hidangan makanan contohnya sarapan, badan akan berada dalam mode lapar. Apa yang berlaku energi akan digunakan tapi tiada input yang masukk untuk membekalkan energi. Tapi kalau memang selalu amalkan skip meal kita dah tak rasa lapar dah time yang kita sepatutnya makan. Ini disebabkan oleh badan kita akan adapt/biasa dengan situasi tu.
Tapi perasan tak, nanti next meal kita akan mentekedaghah melantak makan dengan sangat banyak atau makan tahpape (konon nak taknak makan nasi, nak diet tapi pergi makan biskut berkrim, atau kek, atau roti sampai 6 keping) sebab mindset kita nak cover time kita tak makan tadi.
Ataupun kita makan makanan tak berfaedah sikit-sikit, contohnya makan roti 2 keping. makan cikedis skit, colek sana sikit, colek sini sikit. jadi kualiti makanan yang masuk dalam badan kita sangat rendah.
Kesudahannya, yang masuk dalam badan adalah makanan tinggi lemak dan tinggi kalori = berat badan naik.
Makan sikit tapi berat badan tetap naik
Mampu ko Jah makan banyak ni je |
Apabila kita makan, karbohidrat atau protein daripada makanan akan bertukar kepada sumber tenaga untuk badan.
Ketika badan tidak menerima apa-apa input dari luar (makanan), sedangkan energi nak digunakan, apa yang berlaku badan akan ambil energi daripada lemak dan otot dari badan.
Sekiranya berat otot jatuh, pembakaran kalori yang berlaku bertambah perlahan.
Bila pembakaran kalori/metabolisme perlahan atau rendah, maka makanan yang masuk akan terbakar secara perlahan.
Sebab itu protein intake/ makanan tinggi khasiat dan senaman amat penting dalam kehidupan untuk seimbangkan dengan pengambilan makan.
Kita nak makan sedap, kita kena rajin cari makanan berkualiti dan senaman lah ye dak?
Akhir kata yang bermanfaat untuk kita semua |
Post a Comment