Mandi Sungai

Bismillah

Inipun salah satu aktiviti weekend di bulan Oktober. Huhuhu

Minggu pertama : Raya Haji
Minggu kedua : Tak ada apa
Minggu ketiga : balik Terengganu
Minggu keempat : 5k run, Nutricity gathering, Haikal OPG
Minggu kelima : Tak ada apa jugak

----

Busy sangat koi.

So yang ini cerita minggu ketiga.

Kami balik Terengganu. Malas nak cerita Terengganu sebab tak ada cerita lain dah melainkan makan.

Cerita makan memang best. Tapi best lagi cerita yang ini.

Macamni, on d way dari Terengganu ke Bangi, kami ada bawak balik bekal macam biasalahkan. Persoalannya nak makan kat mana? Sebab abang decide nak lalu highway, tak lalu jalan pantai macam biasa tu atas alasan banyak kereta dan of courselah syok lagi bawak highway.

Aku macam biasa malas nak fikir. *Tidur 

Sampai Karak baru terjaga. Perut masing-masing dah bising. Abang ajak makan kat Bukit Tinggi. 

Aku dah macam, "like whaaaat?" Aceyh tu nak menunjukkan betapa terkejutnya aku.

Satu, dah lah hujan. Dua, dahlah nak kena naik, nak kena turun pulak tu bukit. Malas nak tunggu, perut dah lapar. Tiga, tak on the way LANGSUNG! Empat, minyak lah apa lagi.

Tetiba abang masuk sini.

Baca : Hutan Lipur Lentang

Tepi highway Karak. Selama 29 tahun ulang alik Terengganu, sumpah aku tak tahu ada sungai dalam tu yang best untuk piknik. Okey salahkan abah mama. Hahahah. Aku lah orang paling happy masa tu, sebab rasa bersalah kesian abang teringin makan kat Bukit Tinggi, tapi serius tu tak logik ok abang.

Lepas tu dengan perut lapar, memang DAEBAK!


Pelampung kakak Ameera

Me time sangat sementara ayah bawak bebudak mandi sungai

Cheh mandi la sangat

Malas tunggu diorang tak nak mandi, panggil naik atas MAKAN!

Cubaan memandikan diorang lagi
Kebetulan memang ada bawak swimming suit, bawak keluar sekali nak humban depa dalam sungai. Sekaligus mengubati kekecewaan nak mandikan diorang pantai kat Terengganu tak berjaya. Awal-awal tu memasing excited mandi. Sekali celup kaki mak ui sejuknya, memang tak lah nak mandi. Baru lepas hujanlah katakan. Awww~ Aku pun tak nak kalau macam tu gayanya.

Tikar pun sama! Masa kat Terengganu dah habis kecewa sebab bawak tikar tapi tak guna. Sebab tak sempat nak piknik bentang tikar atas pasir pantai gara-gara time management gagal! Kah kah kah ada hati nak bertime management segala ko ye!

:D

Last-last, inilah jadinya

Hahah tak berjaya mandi sungai sebab SEJUK! Jadilah macam ni pun :p


Dah, jom balik Bangi!


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013