Dream trip to Macau | Percutian impian di Macau

Bismillah

OH MY!

Seriously, MACAU?

Seriuskan tak tipu.

Honestly secara jujurnya aku ni memang selalu termiss email yang nuffnang bagi, memang sebab dari dulu jenis tak reti nak jadi blogger sejati. Belasah je tulis blog macam tak dapat cukup pendidikan tentang blog ni. Tapi amazingly, luarbiasanya dalam bahasa melayu, email yang satu ni memang terdetik hati nak bukak.

*bukak email daripada nuffnang.

*baca laju.

*terkejut, mata terbeliak dan mulut menjerit.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Nuffnang dan Macao Government Tour Office (MGTO) yang baik hati sangat menganjurkan percutian ini, it's like a dream come true for me.

Kenapa?

Ok. Kami memang dah pernah sampai Macau untuk menghadiri training, so agak frust banyak tempat best tak sempat nak jengah. Dan di Macau la terjadinya, peristiwa paling sadis dan manis pulak bilik dipikir-pikirnya, iaitu kami TERTINGGAL FLIGHT! OMG OMG OMG Klik sini untuk cerita.

Dan sebab itulah aku mesti menang contest ni!

Airport Macau T_____T Kena tinggal, maklumla first time pergi oversea


Mungkin bagi orang lain, aku tak layak untuk ke Macau ye lah sebab dah pernah pergi pun kan.  Tapi,  percayalah kami tak sempat pun nak berjalan-jalan ke tempat-tempat best yang sangat teringin macam kat bawah ni. Kami punya semangat siap google segala sebelum pergi tapi tak sempat sebab busy dengan training.

3 Benda paling best nak buat kat Macau


1) Naik gondola, makan portugeese egg tart, dan SHOPPING kat Venetian hotel



Okey sebelum ni aku sangat excited sebab Hotel Venetion ni lah tempat kami training pada tahun 2012. Masya Allah CANTIK GILEEEEEH ok hotel ni. Kenapa cantik sangat tu gayanya tu? Acu tengok gambar bawah ni.

Kan aku dah cakap, CANTIK GILEEEEH
Bukan je cantik, tapi macam-macam ada. Tak payah keluar mana-mana dah semua benda ada dalam tu. Cuba tengok indoor sky tu perh memang real. Terbaik!

Memang kalau aku sampai sini first thing aku nak buat adalah lari laju-laju sekuat hati mengalahkan larian 100 meter masa sekolah dulu menuju ke Lord Stow's Bakery and Cafe dan grab berketul-ketul, 

Portuegese Egg Tart.  Source

Bukti aku sangat suka Portuegese Egg Tart sampai sanggup tahan tangan anak macam tu sekali
 -____-'
Lepas tu dengan muka tak malunya, tangan tak basuh, mulut bersepah dengan penuh egg tart lagi, aku berlari pulak kaunter nak naik gondola ni. Nak naik gondola ni dan beromantika dengan abang  ala-ala kat Sungai Venice gitu. Ok geram sebenarnya, last time punya aku berazam gigih mencari info segala sebab nak berdating dengan abang kat atas gondola ni tapi tak kesampaian, sobs T____T Insya Allah this time, beybeh. This time.

Dalam sungai ni pun banyak orang tabur duit syiling untuk hajat kot. Macam wishing pond camtu. (nak dapat wang besar latteww). Orang Islam tak mau-takmau buat cam tu eh.

Awwwwww~ so suhweeeeeet. Nak dating atas gondola ni sekali. Pulisssss. Source
Lepas dah beromantika mari kita sudahi lawatan di Hotel Venetian ni dengan aktiviti membakar kalori portuguese egg tart tadi dengan, SHOPPING! Ada satu benda aku target hari tu tapi tak kesampaian, iaitu kasut SNICKERS. Oh man, murah gila kot. Memang menangis la kalau tak beli kat sini. Menyesal tak sudah bila dah sampai Malaysia hari tu. Memang nganga je tengok kasut snickers kawan-kawan beli tu hari. Kali ni aku memang tak akan terlepas, nak beli warna PINK! Aw, sweetnya awak.

2) Nak buat donut selfie dari Malaysia ke puncak Menara Macau (Macao Tower)


Dulu, hotel yang aku duduk dulu betul-betul berhadapan dengan Macau Tower ni, sangat cantik dan  memang masa tu sangat-sangat teringin nak naik, lebih-lebih lagi lepas dapat tahu boleh bungee jumping dari atas tower ke bawah. Fuuuuh, life time dream! Tapi harga untuk jump je RM1+++ jadi batal niat sebab masa tu bawak duit pun tak sampai banyak camtu. Sambil muka buruk, air mata bergenang, tengok je la dari jauh. Sobs lagi.

Tower ni akan menunjukkan pemandangan seluruh bandar Macau. Disebabkan skill donut selfie ni aku baru je belajar (cepat terpengaruh dengan donut selfie yang makin femes), terbit perasaan di hati ingin berdonut selfie dari malaysia hingga ke atas Macau Tower ni. Huuuuu! Boleh bayangkan tak keterujaannya hamba?

-_-'



Subhanallah, pemandangan di malam hari. Source
Lepas tu dah apa bendanya donut selfie tu?

Cekidaut.



Ha macam ni lah agaknya keadaanku nanti.
Akan aku gigih seperti ini, YOSH! Source

3) Nak berjalan sampai puas kat tempat-tempat bersejarah dan tarikan pelancong di sekitar Macau

Dulu tahun 2012, pertama kali aku pegi Macau sangat blur apa yang ada kat Macau ni. Yang aku tahu  cuma Macau terkenal dengan tempat bejudi. Masya Allah tapi bila jejak je kaki kat sana, ya Allah OMG cantiknya Macau! Seni bina bangunan lama portuguese dan penuh dengan nilai sejarah. Baru aku tahu Macau dulu dijajah oleh portuguese sama macam kat Melaka cuma perbezaannya ramai portuguese yang terus bermastautin kat sini berbanding kat Melaka. Macam jakun jugak tengok nama jalan macam dekat Paris, hoho.

Salah satu sebab aku suka Melaka sebab banyak peninggalan sejarah, jadi bila datang Macau rasa macam best sangat tengok bangunan-bangunan masih kekal yang lama punya cuma dikemaskini supaya tahan lama dan cantik kemas.


Ruins of St Paul Source

Abang busy dengan GPS yang didownload tempat-tempat di Macau. Gigihkan suami saya?

Senado Square
Bangunan di Macau memang berjaya memukau hati pelancong yang datang terutama generasi sekarang yang serba serbi moden, dah susah nak jumpa barang lama. Bejalan di antara celahan bangunan dengan jalan berbatu disusun memang dah lama jadi kesukaan aku. 

Dan, dan, dan salah satu sebab tertinggal flight adalah sebab ralit menikmati pengalaman ini berada di tengah tengah peninggalan sejarah. It was the nicest yet the worst experience ever. Nice sebab dapat haggle kat Red Square (tempat shopping), tangkap gamba family kat Senado Square tapi so sad, tak sempat singgat Ruin of St Paul. Tapi memang berkejar-kejaran dari satu tempat ke tempat yang lain sbb kejar masa nak naik flight. Boleh bayangkan tak, kami fikir boleh naik flight sama macam nak naik bas, pukul 645pm nak fly time tu jugak nak sampai airport. Hurm, yet that is the biggest lesson for us everytime on travel.

T_________T

Ok sudahlah tu kisah sedih.


Macau Giant Panda Pavillion Source

Baru-baru ni aku ada tengok satu video yang menggeramkan jiwa aku. Seorang pekerja nak bagi 2 ekor panda makan ubat. Oh man, lawak gila sebab memang comel nak mampus panda tu punya taknak makan ubat digomolnya sepuas hati pekerja tu. Panda memang comel. Siap ko kalau aku sampai sana nanti!

Walaupun berjiwa rock tapi dalam hati ada panda. Punyalah aku suka panda sampai request kawan-kawan bagi hadiah ta re panda dari Jepun tu ah so comel. Harapan ini memang menggunung untuk bertemu panda seisi keluarga dan kawan-kawannya.



Kenapa nuffnang dan MGTO sepatutnya memilih aku untuk menyertai peluang luar biasa ini?


1. Sebagai seorang mak anak 2 yang sangat sibuk dengan jadual harian kat rumah dan kerja, rasanya dah layak diberi hadiah sebuah percutian dan menikmati 'me time' yang memanjakan diri ini dan habiskan masa dengan apa yang disukai :p (Especially kat hotel Venetian tu)

2. Passport dah nak tamat tarikh luput hujung tahun depan, kan best kalau ada international stamp satu kat passport saya itu.

3. Sebab aku dah lama tak shopping, ini memang alasan kukuh. Kalau tak ada percutian ni memang lama lagilah nak shopping. So dapat je percutian ni memang shopping kaw-kaw. Sekian

4. Sebagai mengubati luka lama kena tinggal flight dulu, sobs. Pengalaman tidur kat airport Macau sambil memeluk anak kesayangan memang tak akan aku lupa seumur hidup.

5. Okey ni alasan paling kukuh antara alasan kukuh yang lain, aku tak pernah menang apa-apa contest, okey jangan emo. Ye memang inilah hakikatnya. So pecah rekod kalau menang contest ni. Yieha!

*No harm trying kan?

-----

Korang pun jom ramai-ramai send entri tentang Macau ni dekat ruang komen di entri blog nuffnang tentang contest ni jom.

Klik imej untuk info contest
Kalau nak cari info tentang apa best kat Macau, boleh klik sini. Webstite dia insya Allah senang paham tak berbelit tak serabut, dah siap-siap letak bawah kategori-kategori lagi. Siap ada ruang rancang perjalanan lagi kau! Sangat membantu.

Klik imej untuk info Macau di Macao Goverment Tour Office


Akhir kata daripada makcik bawah ni,


Kasi saya menang pulisssss~~~
 (wakil Malaysia)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013