Bismillah
Rasanya macam tak pernah pun cerita pasal diorang ni kan?
Eh ye ke? Tak pemes ke engkorang?
Eh pemessss sangat mereka ni gojeslah katakan.
Kesayangan selamanya di UIA.
Siapa diorang yang dimaksudkan tu?
Inilah dia kawan-kawan busuk aku masa zaman uni. Ewah zaman uni macam lama naw meninggalkannya. Adalah dalam baru 6 tahun gitu. So kalau dalam bahasa kasarnya geng uia perhhh.
Aku sebenarnya macam tak sangkalah boleh baik dengan deme-deme ni sebab memasing perangai insya Allah tawadduk dan solehah alhamdulillah. Macammana boleh terjebak kawan dengan diorang sedangkan masa kat matrik biasa-biasa jew?
Senang je.
Allah takdirkan kiteorang punya bilik dekat-dekat. Banyaklah kisah suka suki pahit manis. Macam-macamlah kalau dah namanya zaman uni tu memang kelakar je lahkan kalau dikenang-kenang. Memasing semua ada pe'el memasing tapi part paling best adalah masa berkumpul makan.
Kiteorang suka berlonggok sama-sama untuk makan. Biasalah pompan-pompa kan apa lagi yang bahagia bagi mereka? Makan dan bersembang bagai tak boleh dipisahkan lagi. Tapi insya Allah bukan mengumpatlahkan. Disebabkan kiteorang ni coursemate so banyak jugaklah sembang tetang kelas, tiru assignment, exam, test, quiz dan tolong signkan attendance huhuhuhuhu. Ok yang last sekali memang tipu.
Disebabkan memori dalam kepala otak dah karat, kena recall pulak cerita-cerita lama jadi itu entri lain aci tak? Ok terpaksa aci, sebab memang belog ni pun untuk kumpul memori lama kan?
Kali ni entri ni khusus untuk meraikan ucapan selamat pengantin baru kepada salah seorang teman kami iaitu Nurul Ain yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati pada 2 minggu lepas.
2 minggu sebelum tu sempat jugak kiteorang buat becelet party dengan cara tersendiri, breakast-shopping-lunch-facialparty-balik. Memang dahsyat-dahsyat. Alhamdulillah seronok. Tahniah kepada Akram yang mengepalai aktiviti tersebut.
Bukti kegigihan panjat satu |
Kiteorang ni member yang jenis bukan share rahsia segala beriya. Siapa nak share, share la. Siapa tak nak it's ok nanti aku tahu gak. Rilek je. Member-member aku ni pun jenis baik-baik, coolness jenis easy-going gitulah. So gaduh pun kuranglah kan? Senang hidup. Susah nak bagi description atas persahabatan kami ni, tapi aku sayang sangat diorang ni.
Dayana, Ummu Aiman, Amirah, Syahirah, Hafizah Mohamad, Hafizah Ismail, Laila, Salwa, Akram, Wana, Nita, Alia, Ayeen, Ain. Semua ada karakter masing-masing. 60% daripada kami memang jenis senyap. Hehehhe aku ni boleh dikatakan dalam kategori 60% lah tu >___<
Siapa paling ceria bila time makan? |
Bukti facial party best, budak bawah umur pun nak join. Sabo umaira, turn awak nanti akan datang |
So hari tu kiteorang jalan-jalan cari dress dengan tema pastel colour area Seksyen 7 Shah Alam, yang bersepah sepah butik muslimah tukan. Pergh macam cendawan merata-rata ada. Alhamdulillah. Semoga ramai lagi usahawan yang menghasilkan baju pilihan terbaik untuk muslimah macam kiteorang ni kan. Sampai pejam mata pun dah boleh pilih mana yang terbaik.
Kebetulan ada banyak mural cantik-cantik yang memang dihasilkan untuk menarik perhatian pelancong ke apa kat situ? Kiteorang yang kaki gambar ni pun apa lagi, pose laaaah. Macam memang tengah melancong kan. Bangi Shah Alam jauh kot. Harus lah amik gambar kan?
Sampai rumah Akram semua melantak macam orang kebulur. Sebab sebelum tu tunggu pizza punyalah lama sebab hujan. Da~ Lepas tu facial party oleh mak jemah sorang tu. Eksklusif sangat.
Seronok alhamdulillah.
Tahun lepas, bacelet party kiteorang main makeup-makeup dengan Dayana.
Tahun ni eksesais kaki round satu Seksyen 7.
Tahun depan tak tahu apa cerita.
------
Dan ini sedikit memori di hari kegemilangan, hoho hari berbahagia Ain.
Malu-malu ayam |
Selepas SAH. Mari kita berfoto kenangan. Lepas ni susah dah |
Lampu di belakanga dalah watak utama |
Ciri-ciri student ekseleng, LAST MINUTE |
Cover album ANGIN BAYU |
Nak cerita sikit je masa wedding ain ni, sebab SEMUANYA AWESOME! Masya Allah.
Daripada makanan, baju and make up Ain, pelamin, kek, Photo Booth, door gift dan segala-galanya.
Sebenarnya aku ni simple je, kalau makanan best, semua benda aku rasa best.
Senang jaga anak orang ni -___-"
Sesungguhnya nikmat bertemu berlaga pipi muah-muah, bergosip, berkepoci liuk lentok tangan sebelah tu, berfoto sampai lebam sampai otot pipi dah separa barai sememangnya indah, anugerah Tuhan.
Alhamdulillah.
Mujur tak ada berlaga bontot. Eh? Apakah. Terkena angin pus pus Jijie.
Geram gak lah tak cukup korum. Dayana mana Dayana. Stres mak~
Oh ye, pakcik bawah ni ada ucapan khas untuk mu Ain.
Ucapan berbunyi, i'm AWESOME and i KNOW IT! |
Post a Comment