Showing posts with label terengganu. Show all posts

Penutup 2014 | Banjir teruk melanda Malaysia

Bismillah

Allahuakbar!

Malaysia menangis.

T_____T

2014 adalah tahun Malaysia sungguh-sungguh diuji.

Kemarau. Catuan air. MH370 hilang. MH17 terhempas. Banjir besar.

Semakin kita diuji, seharusnya kita lebih bersatu padu.

Sudah masanya kita berganding bahu bersama bersatu. Sungguhpun saling berbeza fahaman politik.

Bersatu menjadi lebih kuat.

Berjemaah menjadikan energi kita lebih tinggi untuk menghadapi apapun ujian yang datang lagi.

Semoga Allah buka hati kita semua untuk berSUNGGUH-SUNGGUH kembali padaNya.

Semoga Allah beri kekuatan emosi, tenaga, keyakinan kepada mangsa banjir. Hikmah yang besar pasti buat mu. Peringatan yang baik cukup menginsafkan kita manusia yang leka. ALLAHUAKBAR! ‪#‎pray4pantaitimur‬

Pada saat ini,

baby-baby yang menangis kelaparan susu,

ibu-ibu sarat mengandung dan ada pulak yang tengah berpantang,

anak-anak kecik minum entah bersih entah tidak, makan entah kenyang entah tidak,

para petugas tak tidur berhari-hari,

si ibu kepenatan tak makan tak minum dulukan keperluan anak-anak,

si ayah membantu orang kampung,

nurse, doktor, askar, polis, yang berusaha keras tanpa pikirkan nyawa selamatkan rakyat,

orang tua yang dah tak daya terpaksa berdepan dengan musibah ini,

rumah, kereta, dokumen penting, barang berharga hanyut dibawa arus.

"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Lindungi dan mudahkan urusan mereka.
Kau yang PALING BERKUASA.
Arahkan bumiMU untuk menelan air bah dan arahkanlah langitMU hentikan curahan hujan"
Berikut adalah simpanan memori bencana banjir penutup 2014 untuk Malaysia di belog ini. Sumber gambar adalah dari Facebook.




























Ketika rakyat Malaysia bersedih atas peristiwa banjir ini, masih ramai lagi individu tidak bertanggungjawab mengeruhkan lagi keadaan di Facebook. Mengutuk, menuding jari, membenci, marah-marah. Ini bukan masanya!

Ini adalah masanya kita berganding bahu, bekerjasama, berkasih sayang, yakin dengan segala hikmah pemberian Allah. Masya Allah aku sangat kagum dengan para petugas dan individu yang seikhlas hati turun kawasan banjir untuk membantu mangsa yang terlibat. Allah jua sebaik-baik yang membalas setiap kebaikan kau. ALLAHUAKBAR jelesnya. Yang tak berkesempatan tu teruskan doa.



JANGAN PUTUS DOA. DOA je. Jangan bising-bising benda lain. ALLAHUAKBAR. ALLAH jua sebaik-baik Penolong.


Posted in , , , , , | Leave a comment

Tempat makan sedap di Kuala Terengganu

Bismillah.

Kedai yang kami singgah hari tu masa balik Terengganu ni memang best!

Tapi yang ni cadang makan untuk dinner lah tapi kan.

Kat mana?

Selera Dapur Arang, Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu.

Korang, serius best.

Kalau korang ada balik atau bercuti kat Terengganu, siap-siap set GPS untuk datang sini.




Apa yang bestnya?

Ikan fresh. Manis.

Dahlah pulak tu harga berpatutan dan boleh cakap murahlah.


Hidang dengan nasi putih, kuah singgam, kuah masak lemak cili api, budu, air asam dan ulam SAHAJA!

Tiada masakan panas.

Special kan?





Nampak tu. Bakar guna arang.

LIVE.



Malas cakap banyak. Korang pergi sendiri dan rasai kenikmatannya.

Aduhai, terbayang kuah singgam dia T_____T

Ok, kalau tadi cadang makan untuk dinner. Sekarang cadang makan di tempat makan sedap Terengganu untuk breakfast atau bahasa melayunya sarappang (sarapan). Tapi kalau dari KT agak jauh sikit lah.

Sarapan best di Kuala Terengganu.

Jom ramai-ramai serbu Warung Kak Nor, Seberang Takir.

Tapi seriesly jalan agak mencabar sebab kat kawasan rumah orang. Payo nak juppe (jumpa)

Apa yang best?

Nasi lemak dia tak lemak dan sambal manis-manis, ada ikan bilis kecik garing dan ikan. Memang sedap. Selain nasi lemak, ada nasi minyak daging dan ayam (best jugak!!! Streslah mak). Ada nasi dagang jugak, Kuih-muih terengganu.

Kat mana?

Tanya je orang kampung area Kampung Tengah, Seberang Takir.

Tak pun korang google forthsquare, lepas tu search warung kak nor ni. Mesti jumpa heheh sebab aku dah try tadi :p





Kalau balik Terengganu, memang wajib singgah sini bungkus banyak-banyak, on d way balik singgah pantai dan makannnnnnnn~

Burp, alhamdulillah.

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013