Allah nak bagi jawapan tu,

Sokmo dalam macam-macam bentuk.

Baik dalam ayat Quran sampai timeline FB pun boleh Jah. Tak yah tunggu mimpi :P

-----


Parenting is about flexibility.

If something doesn’t work, change it.

 If your child doesn’t respond to some method you use, then, instead of complaining about your child, choose something else that might be more effective.

 Don’t blame your kids for things that do not depend on them.

Be flexible, understanding, respectful, and kind, and watch your children become all those things as well.

 (quote from Walter barbee)

-----
 

Aku dah 2-3 bulan ni almost give up rasa tak boleh buat, rasa nak hantar anak-anak pada yang lebih baik mendidik. Sampai lupa the best teacher adalah ibu sendiri.

Hari-hari tulis journal perkembangan sikap anak untuk monitor dan cari solusinya.

Orang nampak macam ok, sweet tapi siapa yang pernah jadi ibu ayah je yang akan faham.

Bila susah susah macam ni baru nak appreciate mama abah T___T Dasar anak!

Auu pun doa ketat-ketat sempena Ramadhan ni kan, kurniakan ku Ilham ya Allah bagaimana mendidik anak yang betul.

Amboi betul sangat ye.

Jawapannya adalah--

If something doesn’t work, change it.
Especially dalam mendidik anak mana skema jawapan. Sebijik ko buat macam ni mesti betul.

Anak-anak tukan berbeza. Bila dah berbeza cara pendekatan juga berbeza.

Kita mungkin tengok anak si A ni alahai suwitnya bagusnya dengar kata senang mak pak jaga.

Kita tengok pulak anak si B ni rajinnya lahai anak dia dengar kata, laju je bila orang suruh.

Sampai lupa nak tengok anak sendiri yang bersinar-sinar mata nak tunjuk kelebihan dia terjun daripada punjak slide terus ke bawah. Nak tunjuk betapa berkemampuannya dia untuk melakukan aktiviti fizikal yang belum tentu kawannya dapat buat.

Lepas baca quote di bawah, aku nekad :

+ STAY POSITIF

+ Berhenti marah

+ IGNORE BAD HABIT (kena gigih!)

+ RECOGNIZE GOOD AKHLAK

Nak try sebulan tengok macammana :)

----

 Di bawah ni aku share sikit input yang aku dapat daripada seminar anjuran Al-Fateh Homeschooling.

(5 strategi mendorong anak bersikap positif) 

+ Buang strategi garang (ugut, ancam)

Contoh : “Kalau Fateh tak kemas mainan, ibu tak mahu bawa ke kedai.”

 + Mengubah konsep diri negatif kepada positif 

Sentiasa puji atau sebut bahasa positif pada anak, menaikkan semangat mereka sebagai kesan penilainan diri daripada orang yang rapat.

Contoh : Keluar bilik, ayah puji "bagus anak ayah mandi awal”. Di ruang tamu, ibu pun puji, “anak ibu mandi awal, siap awal ibu suka.”

+ Mengekalkan konsep diri positif guna ganjaran sosial (pujian dan bacaan doa yang kuat di hadapan mereka) 

 Contoh : “Ya Allah, masukkan abang dan adik ke dalam Syurga kerana mereka berakhlak baik, membantu ibu dan rajin belajar, amin.”

+ Tingkatkan estim diri anak

Cari potensi dan bakat mereka dan beri dorongan.

 Contoh : Anak kita suka bermain bola sepak dan kita boleh masukkan dia ke dalam kelab bola sepak atau pertandingan.

Nota : CIPTA PENGALAMAN BARU anak-anak supaya anak-anak dapat bertindak balas dengan maklumat dan pengalaman baru tersebut.

Contoh situasi.

(Berebut mainan) 

Sebagai ibu ayah kita selalu nak anak-anak lakukan perkara yang betul.

 Contoh : abang rampas mainan adik.

Apa yang ibu ayah akan buat?

 + bagi balik mainan pada adik

+ cakap pada abang untuk minta maaf.

Lalu abang lagi memberontak dan ucapan maaf apatah lagi. Abang lagi meraung dan panas hati.

Apa yang kita boleh cuba buat?

+ TAWARKAN mereka barang atau aktiviti yang lebih menarik (ajak baca buku kegemaran atau main lego binaan kegemaran)

 + DISTRACTION (ajak tengok kucing atau hujan)


-----

  


Serius ini memang niat nak share. Boleh cuba. Aku baru cuba cara ni memang nampak hasil. Tapi hasil jangka pendek sebab BARU BUAT. Kalau konsisten buat sepanjang tempoh dia masih 0-6 tahun ni insya Allah hasil dia kekal lama sampai dewasa.

Ibu-ibu berkorbanlah demi masa depan anak-anak, dan ingat kata-kata di bawah ini :


The way we talk to our childrens become their inner voice .
The way we act to our childrens become their action.
Childrens are the true reflections of us.

Semoga bermanfaat :)


------

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad


 

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013