Suami saya

Sejak dilahirkan ke bumi Allah ni, macam-macam rezeki Dia beri pada kita. Anugerah Allah yang paling besar ertinya dalam hidup saya adalah Islam. Tanpa Islam, hidup tidak bererti. Allah, tak dapat bayangkan hidup tanpa tauhid dan iman. Selain itu, nikmat Allah yang tidak mungkin dapat ditukar dengan apapun adalah keluarga. Kasih sayang yang diberikan sepanjang membesarkan saya terlalu banyak dan tak terbalas rasanya walau dengan bermilion-milin harta sekalipun.

Selepas melalui peringkat kanak-kanak dan remaja, kini Allah anugerahkan pula saya seorang suami yang menyayangi diri yang serba kekurangan (baca:mengada-ngada) dengan sepenuh hatinya. Allah menghantar suami ke dalam hidup saya yang benar-benar melengkapkan setiap kekurangan yang ada.

Situasi 1

Suami : Awak sayang abang tak?
Saya : Sayang.
Suami : Banyak ke sikit?
Saya : Banyak.
*sunyi sepi*
Suami : +.+

Situasi 2

Suami : *Kiss kepala saya*
Saya : *Tengok tv tanpa berkelip*

Manusia.

Mudah leka dengan setiap perkara apabila berada di zon selesa.

Entri ini saya tujukan khas buat suami yang sentiasa berusaha menggembirakan hati ini tanpa mengira apa jua keadaan pun malah suami adalah pemangkin semangat saya yang sentiasa berubah-rubah musimnya. Naik turun naik turun sedang-sedang. Jutaan rajuk saya sekalipun dilayannya.

Suami.

Dia seorang yang lembut budi bicaranya tetapi suka mengusik dan menyakat saya. Juga, sering menghiburkan hati ini dengan jenakanya yang bijak (brilliant joke). Suami seorang yang penyabar serta bijak menangani emosi dan perasaan saya yang sering bercelaru. Yang paling penting, dia seorang yang genius dalam setiap perkara dan sangat handyman. Di mata saya, dia adalah Mr Mcgiver 2 selepas abah. Sehinggakan saya jadi seorang yang tidak berdikari kerana terlalu bergantung padanya.

Abang, Nadiah usaha lagi untuk jadi isteri yang baik dalam hidup abang. Kita sama-sama usaha didik Aliff dan adik-adik ke jalan Allah, eh? Nadiah usaha lagi jadi seorang yang berdikari eh?

Buat ibu-ibu dan isteri-isteri, sama-sama kita ingatkan diri kita bahawa suami adalah sang raja dalam keluarga. Curahkan sepenuh kasih sayang dan hormati mereka tanpa mengharap sebarang balasan dan sentiasa doakan semoga suami sentiasa dalam barakah Allah selagi nyawa kita masih ada. Sentiasa buat suami rasa dihargai dan disayangi, suami pon kadang-kadang nak jugak rasa dimanjai. Awww~ Jauh sekali untuk memandang rendah kepada suami. Insya Allah, Allah jua yang akan membalas setiap kebaikan kita terhadap suami.

Entri kali ini agak emosi selepas membelek blog mawar nafastari.

Beliau adalah bekas pelajar UIA yang sebaya dengan saya dan suaminya adalah senior kami dan sempat saya mengenali suaminya melalui SLEU. Jadi, perasaan saya terhadap perkara yang menimpa beliau adalah dirasai amat kuat sekali.

Mereka terlibat dalam satu kemalangan kereta berlanggar kuda peliharaan yang terlepas dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Setiu bersama 2 orang anak mereka yang masih bayi. Namun, Allah lebih menyayangi suaminya.

Mawar, untung kamu diberi peluang mempunyai kenangan-kenangan yang sangat indah bersama suamimu walaupun sementara cuma. Pasti Embun dan Kekwa berbangga punya ibu yang setabah kamu dan ayah yang sehebat dia.

Sama-sama kita doakan barakah Allah serta ketabahan sentiasa bersama mereka seisi keluarga. Amin

Errr, ada sesiapa nak join Kelab Isteri Taat?


Yang tidak pernah jemu melayan karenah saya


Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Suami saya

Pongkis(nama melayu) said...

Saya suka blog ini!!

Search

JuaNadiah 2013