Showing posts with label Borak kosong. Show all posts

Evil eye

Bismillah.

Hari ini aku nak share sikit benda yang dah lama terpendam di hati.

Pasal Evil Eye.

Ni semua gara-gara sharing dekat Twin of Faith hari tu ada sentuh sikit pasal Evil eye ni. Kalau dalam bahasa melayu penyakit mata. Bukan sakit mata tau.

Penyakit mata ni boleh merebak ke hati. Kan orang cakap dari mata jatuh ke hati. Tapi tak semua dari mata jatuh ke hati tu dapat benda yang baik. Selalunya dapat benda yang tak baik daripada yang baiknya. Biasalah manusia kan?

----

Apa itu evil eye?

Evil eye ini adalah kejahatan yang bermula dari mata.

Contohnya, bila kita tengok kebaikan, kesenangan orang especially di FB, instagram dan hati mula mahu menjadi seperti mereka, dengki dan sebagainya. Na'uzubillah semoga kita dijauhkan daripada dosa begini. Mudah sangat nak terjebak dengan dosa zaman sekarang ni.

Masalah jugak kalau kita yang memberi laluan kepada orang lain terlibat dengan kejahatan mata dengan upload gambar-gambar life kita yang bahagia, makanan sedap di laman sosial.

Jom tengok video ni kejap.




Ni ada sikit sharing daripada sahabat saya di FB nya tentang sharing di Twin of Faith 2014 :

------

The regulars at ‪#‎tof2014‬ Somethings to share from twins of faith 2014 3 things that save us frm diseases of the heart 

1. Mindful of Allah swt (both in public n private) 
2. Moderation (whether u r rich or poor) 
3. Do justice to other ppl 

How to clean / soften our hearts 

1. Always have wudhu 
2. Zikr/ istighfar 
3. Spread peace to ppl 
4.Stand alone in prayers at night - tahajjud 
5. Be with people who are lesser than u so that u r more grateful to Allah 
6. Wash jenazah- reminds u of death 
7. look after the orphans/ help the poor 

Evil eye is when u see something good in ppl n u want it for yourself too.. Say MasyaAllah lahawlawalakuwataillabillah N pray O Allah "pls give me what you gave unto them" 

Hasad is when u dont want good things to happen to other ppl 

Eg the worst thing to say is when u question y Allah gave to them If u intend to spread somethng good but scared if u have pride when doing it/ scared that ppl will misintepret ur intentions. 

3 things to consider; 

 1. Intentions. Make sure u do it for the sake of Allah 
2. When in the process of doing good u have pride in urself.. Try to drawback 
3. Syaitan might prevent u from doing good by putting doubts therefore stopping u from doing good. 

So it's better to spread the goodness 3 categories of ppl; 

1. Those who do injustice to themselves eg they dont pray, solat, fast 
2. Good for themselves only eg perform solat, fast etc but does not bother bout others 
3. Who r good to themselves n others eg help the society, So be amongst those in the 3rd category 

How to attain paradise 

1. Always remember Allah anytime anywhere (when u intend to do bad just remember that Allah can take ur life anytime) 
2. Stay away from bad company (b friends with ppl who reminds u of Allah) 
 3. Engage in things that makes u do good. Keep urself bz with good things Allah doesnt command u to do bad things.. So every bad thing uve done it comes from urself... 

How to know the hardship u r facing is a form of punishment or a test to you from Allah swt? 

If u face hardship despite doing good n does not cross the boundaries of Allah swt means its a test.. 
If u cross the boudaries means its a punishment from Allah swt 

Apakah gambar-gambar di bawah ini boleh mendatangkan kejahatan mata?

Gambar makanan! Kesian orang yang tak mampu kalau tengok

Gambar kebahagiaan anak-anak

Wallahu'alam.

Niat di hati besar sungguh nak tutup FB dan instagram.

Semoga Allah bagi kekuatan, amin.

Posted in , | Leave a comment

Ikhlas

Bismillah.

Aku pinjam kata-kata kawan baik aku, DAYANA (aku rindu ko!) kat instagram dia.

IKHLAS ibarat semut hitam yang bergerak di dalam gelap di malam yang malap.

Buat kerja apa pun.

IKHLAS.

Memanglah susah, tapi cuba je lah kan. At least dah berusaha. Selebihnya serah pada Allah.

Kalau pun tak suka kerja tu, tak payah bising-bising kat orang lain, tetap kembali kepada ikhlas.

Samada itu adalah kerja yang lalu, sekarang atau akan datang.

Kembali IKHLAS dan REDHA.

Walaupun pahit. Walaupun hitam.

------


Aku sebenarnya kan, tengah susah hati.

Bila susah hati mulah nak menulis.

Harap korang tak bosan melayan perasaan makcik kepochi yang lara ini.

Ada dua isu sebenarnya.

Yang pertama kisah pekerjaan.

JUJUR, aku sangat suka kerja aku sekarang, SANGAT. Aku enjoy, tak tahu celah mana yang aku suka susah nak explain. Ni memang bukan berlakon hipokrit nak cari bisnes partner ke apa kan. Mungkin aku bukan jenis suka duduk kat rumah sepenuh masa? 

Nak homeschool anak sambil jalan-jalan, boleh kan kan kan? Bawak anak pergi jumpa customer, event dan jalan-jalan aku anggap itu sebagai sekolah alam untuk mereka. Bagi pembelajaran praktikal terus, macammana kesusahan mencari rezeki.

Satu lagi aku sangat percaya bisnes herbalife ni sangat dekat dengan sikap aku.

Semakin kena reject orang tak hingin pandang muka aku ataupun ambil flyers, semakin rasa "Ya Allah jauhkan aku daripada sikap begini". Ameeen.

Semakin sukses, semakin lebih baik setiap aspek dalam kehidupan aku. BAGI AKULAH. Orang lain aku tak tahu.

Hehehe tengah buat survey kedai ke kedai kat Bangi. Semua kedai dah pasang loceng. Ni perampok punya hallah ni.
WALAUPUN, nampak macam "hape keje ko buat ni Nadiah?  Boleh sukses keeeh??" Ok rilek. Nampak macam aku prasangka gila. Tapi issokay, aku tahu kebanyakan kenalan aku memang akan timbul perasaan mereka di benak pikiran mereka walaupun tak sampai hati nak tersembul kat mulut. Dan ada antara mereka yang memang support 100% apa kerja aku sekarang ni.

Aku tetap sayang paling cinta korang sampai bebila. Muah! SUMPAH.

Sebabnya, kerja aku ni nampak macam meminta, merayu, menagih simpati, macam segala yang tak best lah. Yelah ada orang kata, aku jual barang. Bagi flyers. Nak kena follow up bagai. Ke sana ke sini dengan anak kecik lagi. Tak semua orang sanggup nak mengadap atau berdepan dengan situasi kerja aku ni. Hum, dah lah tu penat tok sah kata (aku tahu bisnes lain pun penat), sibuk busy! dan macam-macamlah.

So HAPEBENDA nya lah yang aku susah hatinya?

Langsung bukan pasal keadaan aku sekarang.

Tapi.

Tentang pengalaman mereka yang tak boleh berada dalam situasi aku sekarang.

Tak suka, terus nampak semua busuk, semua buruk. Sobs.

Eh tak cakap pasal awak pun lah. Jangan lah terasa.

Sekian.

----

Eh belum sekian.

Sekarang isu yang kedua pulak.

Kebelakangan ini.

Aku susah hati ni.

Biasalah penyakit mak-mak.

Penyakit i-am-a-bad-mother.

Huhuhu.

Aku sampai dah konfius apa cara patut aku didik anak. Tu lah padahnya kalau bercikgukan FB dan Google.

*Tarik nafas dalam-dalam.

Percayakan naluri ibu. Paling yakin dengan Allah. Apabila letak Allah nombor 1, semua jadi best. Masya Allah, Allahu akbar. Terus  TENANG. Magik tahu tak? Aku tiba-tiba jadi confident gileh bhai.

Keep calm and GOMOL ANAK. Hahahahahah.

Kau-kau ni, selalu bikin jantung ibu berdegup laju dan kepala ibu pusing. Oh la la~


Betul-betul sekian. 

Dah pergi tido mana yang baru berjaya mensia-siakan masa membaca entri ini :p 

Oops jangan marah. Nah hadiah >___< muka comel.



Posted in | 1 Comment

Kita selalu lupa

Bismillah


Malam ni tak boleh tidur.

Kes tidur siang lah apa lagi.

Hari ni kisahnya awal pagi abang dah pergi buat rutin Sabtu dia.

Aku uruskan anak-anak. Alhamdulillah well behave semuanya, masya Allah anak-anak ibu :))

Dan jam 10 pagi kami anak beranak bertiga dari kelab berjalan kaki menuju ke taklimat RPWP. Sebuah akedami yang fokus kepada kemajuan akhlak dan sahsiah diri berpandukan al-Quran dan assunah, masya Allah! Ini pertama kali, diadakan untuk orang awam.

Jalan kaki jugak walaupun seliparnya tertinggal dalam kereta ayah

Rumah Pengasih Warga Prihathin (RPWP) adalah sebuah pertubuhan non-profit yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Namun yang demikian, telah mewujudkan sebuah sistem pendidikan tersendiri di kalangan penghuni RPWP ke arah menjadi manusia yang lebih baik sebagai persediaan berdepan dengan cabaran dunia yang makin tenat ini. Serius tenat. Baca paper pun dah buat kita penat otak dan lelah jiwa dengan masalah-masalah akhlak di kalangan anak-anak seawal usia 2 tahun ke atas.

Teringat pada cadangan abang satu masa dulu.

Abang : Nak pindah luar KL lah.

Aku : HAH? KENAPA? (gaya terkezut, ala-ala budak bando sangat)

Abang : Rasa tak confident nak besarkan anak area sini. Macam-macam cabaran, masalah akhlak lagi

Aku : Memana pun cabaran tetap ada. 

Abang : Cuma kuranglah nak compare kat sini.

Dan aku cuma mampu berfikir, dan tak dapat nak kata apa-apa sebab no idea. Cuma mampu menerbitkan bibit-bibit kerisauan tu jelah. Sebagai mak ayah yang kurang ilmu, kurang pandai, kurang segala-galanya ni memanglah tak dapat lari daripada kerisauan tu.

Itu yang aku rasa memang kena bertindak dari sekarang. Umur masih mumayyiz. Walaupun pada aku masa sekaranga dalha masa bermain dia, tapi bab akhlak dah sahsiah memang tak boleh nak tolak tepi. Aku sendiri mengaku, bukan senang nak tegas dalam bab ni. 

Fateh makan nasi bersepah pun aku boleh buat lek je. Aliff selalu buat bising dalam training, aku tak tegas jugak. Sebab kalau aku start tegas mesti dia lagi bising. Tehnik tu Nadiah. Ada Tehnik dia, applykan ajelah. Ish tetiba malu dengan diri sendiri. Jahilnya hakuuuuuuuu~
Ok untuk hal yang ni tak dapat nak cerita lebih-lebih lagi, nak hadam bagi habis dulu.

Almaklumlah kalau namanya pergi dengar taklimat ke training ke bersama anakanda berdua tukan faham-faham jelah~

----


Anakanda Aliff dan Fateh,

Ibukan.

Selalu bercita-cita besar untuk anak-anak ibu.

BESAR sangat sampai kadang-kadang ibu rasa penat. Rasa capek. Rasa dawon (down). Rasa tak mampu. Rasa nak give up. Rasa kenot go.

Tapi pada masa yang sama, TAK BOLEH. Macam bukan tak boleh yanng macam tak nak. Tapi memang tak boleh yang kau tak nak tapi kau tetap kena buat yang kau pun okey dan suka untuk teruskan. Ha faham ke? Faham lah ek.

Jadi anak soleh ye Aliff dan Fateh.

Terimalah kekurangan ibu seadanya.

Ibu faham, Aliff selalu bersikap sebaliknya kalau ibu suruh atau cakap sesuatu.

Ibu lupa.

Anak-anak ibu,

mungkin lapar,

mungkin mengantuk,

mungkin dalam mode nak bermain,

mungkin bosan,

mungkin nak bagitahu something yang ibu tak faham,

mungkin tak faham apa ibu nak sampaikan,

mungkin tengah geram,

dan mungkin ibu lupa anak-anak ibu masih anak-anak kecil.

Ibu pulak bila layan sangat penat, huru-hara jadi kehidupan. Tak dapat nak bagi perhatian pada anak-anak ibu.

Lepas tu mula lah nak stres.

dan LUPA PADA PERKARA YANG INDAH DI DEPAN MATA.

T_______________________T

Maafkan ibu, sayang.

Tak kisahlah macam mana riuh rendah, meriah, havoc, aktif, hyper, bising macammana pun anak-anak ibu orang panggil, u r my sunshines, my Jannah, my pencen kubur, my precious, my busuk masam wangi manis, my bantal busuk, my everything.



Cium-cium, polok polok,
Ibu.

-----

So target ibu sekarang,

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR!

Spend quality time dengan anak-anak ibu. LET'S PLAY!

Having fun mengaji.

Insya Allah.



ROBOT Aliff

Sekarang dah 139 pagi. Esok Ahad. Jom tidur.

Sebelum tidur, berangan, instagram, plan apa nak buat esok dan doa, 3 qul atas kepala anak-anak. Puh, puh.


Siapa selalu macam ni? Tak payah angkat tangan. Kedip mata 7 kali.

*kedip mata 7 kali.

Ahaks. Da~

Posted in , , , | Leave a comment

Fateh demam

Bismillah

Huhuhuhu sedih hari tu Fateh demam.  First time ever~

Panik ibu.

Sabtu 27/7/2013. Tiba-tiba je suhu naik 38.0 darjah celcius.

Malam tu ibu pun jelum lah Fateh dengan air asam jawa, supaya suhu turun. Ibu lap sikit-sikit seluruh badan. Gilir-gilir dengan ayah. Bila ibu mengantuk, ayah pulak tolong dodoikan Fateh.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu suhu turun sikit ibu pun tidur lah terbongkang kenyenyakan.

Kemudian Isnin tu kita ke klinik untuk check kuning adik lagi. Alhamdulillahd ah turun paras 4.7

Doktor kata bawah 5 dah kira baik dan ok. *Syukur

Balik klinik, tetiba teringin pulak ke PARAM pasar ramadhan di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi yang panjang berjela tu. Bukan apa, saja nak amik feel.

Elok ayah parking tepi PARAM tu, kena pulak kedai compodak goreng. Semerbaknya bau. Ibu duk dalam kereta dengan adik sementara ayah beli juadah berbuka sambil bagi flyers. Pesta amik bau jelah ibu dalam kereta. Alhamdulillah rejeki jugak tu.

Rejeki Ramadhan.

Siaplah, habis pantang cempedak goreng RM5! Dasar napsu makan beso.

Eh, beberapa hari kemudiannya, ibu perasan ubun-ubun Fateh ke dalam macam berdenyut-denyut gitu. Dah kenapa pulak kepala adik ni. Pelik betul. Kebetulan ayah baru balik kerja. Ayah lagi panik daripada ibu. Dengan pantas sekali ayah google dan ibu whatssap kawan-kawan ibu yang doktor-doktor tu kan?

Ayah masih panik dan cakap emergency ni. Ayah cakap dehydration. Samalah doktor-doktor tu pung cakap gitu. Apa lagi melekat jelah Fateh selepas itu dengan ibu, menyusu. Pelik. Padahal kerja Fateh daripada siang ke malam pun memang menyusu aja. Macammana pulak tu boleh dehydrate ye, anak?

Kepelikan kepelikan.


Barang wajib untuk baby

Aloh-aloh, inilah dia yang buat ibu sibuk sepanjang hari dan malam

Fateh 25 hari 
Alhamdulillah susu banyak untu anak ibu. Allahu akbar!

Akhir kata, pengakuan seorang ibu berpantang,


Rahsiaku, Herbalife Shake. Senang. Tak payah menyusahkan diri sendiri dan orang lain nak prepare makanan untuk kita.


Sekian bebelan kosong.

Posted in , | 2 Comments

Chatbox saya tak laku

Cuba perhati betul-betul tarikh saya taip syok sendiri tu berapa haribulan.

Hari ini 8 haribulan Disember. Huhuhu. Itu maknanya apa.

Syok sendiri.

Jadi untuk cover malu, saya letak Yahoo Pingbox. Meh sembang dengan saya meh. Saya suka orang bagi kata-kata semangat pada saya. Silakan.

Posted in | Leave a comment

My Name Is Earl

Siapa pernah tengok drama siri komedi US, My Name Is Earl mesti tahu kenapa saya letak gambar Aliff kat bawah ni, kan? Siri tersebut memang lucu dan saya sangat meminati watak Randy adik Earl yang sengal-sengal ubi tu.














Sebenarnya, watak utama Encik Earl tu ada masalah setiap kali orang nak snap gambar dia. Mesti dan sahih matanya akan terpejam setiap kali butang snap ditekan, klik! >_<

Maaflah Aliff, ibu upload foto Aliff mata terpejam bukan kerana penyakit Encik Earl tadi ye. Tapi disebabkan cahaya kamera ayah yang over sangat tu.

Tiba-tiba terkenang zaman baru nikah dengan suami, selalu layan tv series dan pekerjaan tetap suami saat itu adalah series and movies download. Sekadar peringatan, aktiviti tersebut amatlah lagha dan tidak digalakkan sama sekali. Sungguh-sungguh lagha! Banyak masa terbuang dan sekarang bila difikirkan semula bukan ingat pun semua siri tersebut.

Tontonlah siri tv sekiranya betul-betul free. Untuk ibubapa seperti kami rasanya masa yang betul-betul lapang banyak pula digunakan dengan melayan anak-anak. Insya Allah pahala juga tu :)

Posted in | 2 Comments

Saya dibesarkan dengan kesesakan lalulintas


Tajuk entri yang saya kira agak membosankan. Tetapi, saya perasan jarang sekali saya berkongsi kisah hidup saya sewaktu masih kecil, kan? Tiba-tiba feeling muda, malah terkenang-kenang pula zaman dolu kala.

Saya dan adik-adik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Walaupun abah berasal dari Kedah dan mama berasal dari Terengganu, namun mereka bertemu di Sarawak. Comelkan? Setelah berkahwin, mama bekerja di Terengganu dan abah menyambung pelajaran di US. Kerana itu abang saya dilahirkan di Kg Manir, Terengganu yang sering mendapat gelaran orang daghak, berasal daripada perkataan orang darat bermaksud orang kampung. Tiada kaitan bukan? Saya selalu tanya abah, "habis tu orang bandar diberi gelaran apa?"

Selepas abah selesai pengajian, beliau pulang ke Malaysia dan ajak mama berhijrah ke Kuala Lumpur dan bermulalah kisah saya dan adik-adik. Kami pernah menetap beberapa tempat di Kuala Lumpur dan menyaksikaan sendiri kemusnahan pembangunan demi pembangunan berlaku di depan mata. Secara jujurnya, saya rindu semua keindahan dan kesederhanaan Kuala Lumpur pada ketika dulu.Mana boleh beb, kita kena maju ke depan. Takkan nak berada di takuk lama. Bisik aku dalam hati sendiri. Betul juga. Tapi ada satu perkara yang memang tidak berubah dari dulu hingga sekarang dan memang bukan satu perkara menggembirakan adalah kesesakan lalulintas! Patutlah bontot ko besar Nadiah.

Walaupun, saya tinggal di KL, mama abah suka hantar saya bersekolah di luar KL. Gombak dan Kajang. Patutlah, orang tengok saya tiada gaya anak bandar. Kadang-kadang, datang juga perasaan gedik, "kenapalah abah tak hantar aku sekolah convent KL ke Bukit Nanas ke Bukit Aman ke, mesti dan aku dah stylo milo sekarang." Perhhh, ada hati?! Namun yang demikian, saya bersyukur mama abah tidak masukkan saya ke sekolah-sekolah demikian. Alasannya, saya suka berserderhana. Insya Allah.

Sudahlah sekolah jauh-jauh, terpaksa pula melalui kesesakan lalulintas. Keluar awal pagi balik rumah lewat petang lebih separuh hari gunakan masa sebaik mungkin tidur dalam kereta di atas jalan raya -.- Pernah sekali, kantoi air liur basi terkena tudung, memang tak ada perasaan jalan nonong turun kereta, jumpa kawan-kawan dengan riang rianya melupakan air liur basi tadi. Memang selekehlah budak kampung ni!

Dan itu menjadi faktor utama dan sebab kukuh untuk saya dan keluarga melarikan diri ke luar KL iaitu Bangi sekitar umur saya 15 tahun. Kini, untuk saya yang sudah punya keluarga sendiri, sila bekerja keras dan keras lagi untuk mengumpul uang beli rumah di sini kerana Nilai, Seremban dan sebagainya adalah jauh untuk bershopping dan menabur duit di Ikea, Midvalley, Pailion dan sebagainya. Tambahan kesesakan lalulintas di Bangi seakan-akan tidak wujud melainkan waktu orang pergi dan pulang kerja. Memang heaven tinggal di Bangi, aman, tenang malah jauh daripada kesibukan dunia, alhamdulillah. Bye bye jalan jem!

Motif entri ini?

Cuma nak bagitahu yang KL sudah sesak. Mari berhijrah ke luar KL.

Posted in , | Leave a comment

Oktober

Apabila menjelang Oktober, ibu mula gelabah.

Orang kata gelabah ayam. Kenapa ayam? Entah, saya pun tak pasti. Tapi macam best je bunyinya kan?

Ok sambung.

Kenapa ibu gelabah? Ini kerana, hari istimewa kedua-dua jejaka kesayangan jatuh pada bukan Oktober. Uwah, bukan main. Padahal, setahun lepas, ibu pujuk-pujuk Aliff supaya keluar ke muka bumi pada tarikh ulangtahun kelahiran ayah. Memang bajet diva, tak mahu kongsi taring ulangtahun sungguh, ini anak!

Jadi, ibu sekarang lagi pusing mahu bikin istimewa apa untuk ini pasangan ayah dan anak.

*terus fikir sambil nak sambung cerita lain.

Malam semalam, Aliff susah nak tidur sambil dia asyik gigit muka,tangan dan badan ibu dan ayah. Dalam pada yang sama ibu nak latih dia berdiri sendiri sebab pagi tu dia dah boleh berdiri sendiri sambil pegang getah paip. Jadi, ibu fikir sebenarnya dia dah boleh berdiri cuma psikologi dia nak kena ada benda pegang.

Tapi Aliff masih tak mahu berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa. Mesti nak kena pegang sesuatu. Kalau kita cuba lepaskan pegangan tangan dia, mesti dia sandarkan badan pada kita tak kisahlah lutut ke tangan ke, jari pun boleh. Lepas beberapa ketika dia syik gigit-gigit kami dia main kain tudung ibu sambil minta tangan ayah dan berdiri di tepi sofa dengan tangan berpaut di situ (Ayahnya selalu mengorbankan jarinya untuk dijadikan teether Aliff) Ayah pun berilah jarinya untuk digigit. Rupa-rupanya Aliff ambil tangan ayah untuk berikan kain tudung ibu yang dimainnya tadi. Allah, seronoknya hati kami sambil tergelak-gelak dan tepuk tangan memuji perkemvangan baru Aliff. Melihat kami yang begitu gembira, Aliff pon turut tepuk tangan dan sengih-sengih tanpa menyedari yang dia sedang berdiri tanpa memegang apa-apa. Apa lagi, bertambah seronoklah kami sambil peluk cium Aliff.

Lihat, perkara yang nampaknya simple betul-betul mengubat hati kami walaupun dalam hati sarat dengan tekanan masalah dunia. Itulah orang cakap (lagi) anak tu rezeki. Tidak semestinya, rezeki datang dalam bentuk duit, kerjaya, kejayaan dan sebagainya. Malah kebahagiaan itu juga adalah rezeki Allah yang sangat berharga buat saya dan suami.

Terima kasih Allah. Ibu akan usaha lagi untuk perbaiki kekurangan ibu.

Ayah and ibu love u so much Aliff.

Posted in , , | Leave a comment

Mana JUANADIAH pergi?

Ada je kat sini.


Tak pergi mana-mana. Cuma mengada yang amat sangat banyak alasan tak sempat update blog.

Memang sepatutnya dah dicampak ke laut China Selatan dah kita. Tapi entah kenapa, masih di sini.

Lagi 4 hari menjelang ulangtahun kelahiran Aliff yang ke 1. Wah dah setahun, anakku!

Semalam, kami suami isteri teruja sangat dengan skill terbaru Aliff, tutup tingkap kereta. Memang meriah sekali suasana dalam kereta waktu itu.

Aliff, nanti ibu update lagi skill baru Aliff semua tu ye.

Ada lagi satu benda yang saya nak kongsi, dan ia sememangnya menyedihkan jiwa dan raga saya. Kisahnya adalah Aliff ada haircut baru dan ianya sangat



COMPANG CAMPING.


Siapa yag potong?


Ayah kesayangan Aliff.


Ibu apa lagi, T__________T lama-lama sambil pukul-pukul manja tilam atas katil.

Posted in , | 2 Comments

Syawal 2011 yang pertama dalam hidup Aliff

Entri kali ini dikeluarkan genap 23 hari daripada tarikh belog ini dikemaskinikan.

Memang menyedihkan.

Apa boleh buat, sambutan hari raya kali ini terlalu meriah sehinggakan belog tempat memori indah-indah dirakamkan juga turut diabaikan. Belog, jangan kecil hati kerana ini hanyalah sementara. Bukan mahu diabaikan terus. Jangan salah faham ye.

Alhamdulillah, berpeluang juga saya mencuri masa untuk mencoret sedikit catatan mengenai Syawal yang begitu bermakna sekali pada kali ini. Iye, terpaksa mencuri masa gitu. Kenapa saya katakan begitu bermakna macam seolah-olah Syawal yang dulu-dulu tak bermakna je?

Ini disebabkan Syawal kali ini disambut dengan anak kesayangan intan payung untuk julung-julung kalinya. Tiada banyak perbezaan kecuali saya pula yang menjadi terlalu gembira mengutip duit raya untuk si cilik Aliff. Kebetulan dia juga sudah pandai bersalaman dan mengucup tangan orang dan tidak akan berbuat demikian sekiranya mood tidak baik apabila ibu dan ayah bersembang tak hengat dunia dengan saudara mara dan sahabat handai ataupun makan macam orang kebuluran. Dasar ibu kepochi!

Baiklah untuk berlaku adil dan saksama kepada masa yang telah dicuri, saya akan himpunkan coretan Syawal Aliff, dah macam tajuk cerita kanak-kanak pula dalam satu entri. Sekiranya tertidur ketika membaca entri ini boleh sambung semula pada keesokan hari itupun sekiranya perlu :p

Cak, nama saya Muhammad Aliff! Sekarang ibu nak mula mengarut tentang kisah raya Aidilfitri saya yang pertama. Semoga terlentok terhibur!

Oh oh dalam kesempatan ni, walaupun dah terlambat 23 hari kan, saya dan seluruh ahli keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang berjaya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menahan diri daripada segala perkara-perkara lagha, buruk, keji dan yang mendatangkan dosa dan sama-sama kita berdoa dan mendoakan orang lain semoga latihan di madrasah Romodhan yang lalu terus hidup dan tetap berterusan sehingga sepanjang tahun ini tahun hadapan dan seterusnya bagi memantapkan iman kita yang senantiasa diuji. Boleh? Nak tambah lagi, kami mohon kemaafan dengan seikhlas hati di atas kekasaran, keterlajuran bergurau, keterambilan hati kalian serta dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh hamba yang hina ini.

Baiklah kita kembali dengan coretan Syawal Aliff.

Tahun ini, beraya di sebelah suami iaitu di Cheras. Walau bagaimanapun, banyak saudara mara sebelah beliau tidak berada di sini jadi kami beraya pula di rumah saudara-mara sebelah saya :p. Er, saya benar-benar tidak mengambil kesempatan! Betul ni, sungguh tak tipu. Makan? Memang tak hengat! Rendang ayam, rendang daging, ketupat, nasi hempet, kuah kacang, kuah lodeh, sate, nasi kunyit, nasi dagang, laksa terengganu, laksa utara, kek, kueh raya, air sirap, air gas lalalalalalala. Rupa-rupanya, lemak dalam badan saya juga sedang berhari raya.

Bonus untuk suami, hujung minggu raya kami pulang ke Muar!

Kenapa tiba-tiba sahaja encik malas datang menyerang saya? Terpaksa saya hidangkan tuan-tuan dan puan-puan foto raya kami sahaja sebagai menggantikan coretan Syawal Aliff. Ampun!

Silakan jamu, kalau nak tambah air sirap ke apa ke, bagitahu saya ye?

Sesi bergambar bersama ahli keluarga. Malangnya, hanya kami bertiga dan ia tidak berlaku ke atas abah, mak dan adik beradik yang lain. Perkara yang sama berlaku apabila pulang ke Sungai Ramal Dalam. Menangis T-T

Bajet kool

Tidak lupa rukun negara ketika bergambar, kesopanan dan kesusilaan

Cobaan menjadi geng mat lekeh sama erti dengan selekeh, mungkin?

Cobaan menjadi zaman dolu-dolu. Aliff gagal! Terlalu senget.

Baiklah, untuk gambar ini ibu bagi tepukan gemuruh *tepuk-tepuk

Sekadar kenang-kenangan sebelum dicampak ke laut mahupun sungai Muo

Aliff bersuka ria bersama kembarnya, Ajiq

Cobaan saya mengambil foto potret Ajiq dengan bangganya, ia menjadi!

Berebut pula beg tangan nenet

Lihat sahaja pinggan masing-masing yang sedang lupa diri dan kini masih melalui penyesalan berpanjangan

Cik Mimi kesayangan Aliff dan Abang Amsyar

Abaikan perut ayah aliff yang sudah semakin mengecil tumpukan perhatian sepenuhnya kepada muka penat Aliff

Sedap gila lauk kat kenduri ni!

Pakwe dan makwe berdating. Anggap sahaja anak-anak mahupun cucu-cucu mereka tiada di tempat kejadian. Sayang mak dan abah!

Rambut Aliff macam nodame chan terbang sebelah walhal tiada angin

Er..Ayah, berat sangat ke awak? Aliff mungkin?

Dimuat naik di Facebook atas permintaan.

Ayah ada kembar! Tercapai juga cita-cita ayah

Seperti yang dijangka, minggu seterusnya dipenuhi dengan aktiviti joget lambak oleh perut-perut kami. Bermula dengan makan-makan di rumah sahabat baik di unversiti, Nurul Ain. Perh, satu perkataan je nak sebut. Terbaik!

Ini bukan kembar, sumpah!

Cubaan melepaskan diri daripada makcik Akram

Bagi memastikan ibu melantak makan dengan tenang dan menikmati juadah dengan sepenuh hati, ibu bawa mainan Aliff. Namun, bertahan cuma 10 minit

Sekali lagi, ini bukan kembar.

Zubayr, teman gusti Aliff

Mai dari jauh depa ni, Destinasi pun jauh jugak

Kelihatan cubaan Akram untuk mengenyit mata kepada suami, jangan marah Akram! Sayang ko

Sangat setia dengan baby quack-quack

Sesungguhnya saya benar-benar merindui mereka

Kembali menyambung bermain sebelum membaling-baling ke arah ibu sebagai menarik perhatian untuk dikendong

Sayang dan cinta mereka!

Fizah, ni pinggan no 18 kan?

Juadah yang buat saya tidak tidur lena berhari-hari

Juadah yang buat saya dan suami nak paksa Ain anjurkan lagi makan-makan pada tahun hadapan!

Bagi mengambil hati Aliff yang berduka lara kerana sibuk beraya, mari kita bawa beliau ke Tasik Cempaka naik stroller lihat tasik dan ikan melompat-lompat girang.


Sudah ibu. Sila tamatkan entri yang meleret-leret ini.

Mari.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013