Oktober

Apabila menjelang Oktober, ibu mula gelabah.

Orang kata gelabah ayam. Kenapa ayam? Entah, saya pun tak pasti. Tapi macam best je bunyinya kan?

Ok sambung.

Kenapa ibu gelabah? Ini kerana, hari istimewa kedua-dua jejaka kesayangan jatuh pada bukan Oktober. Uwah, bukan main. Padahal, setahun lepas, ibu pujuk-pujuk Aliff supaya keluar ke muka bumi pada tarikh ulangtahun kelahiran ayah. Memang bajet diva, tak mahu kongsi taring ulangtahun sungguh, ini anak!

Jadi, ibu sekarang lagi pusing mahu bikin istimewa apa untuk ini pasangan ayah dan anak.

*terus fikir sambil nak sambung cerita lain.

Malam semalam, Aliff susah nak tidur sambil dia asyik gigit muka,tangan dan badan ibu dan ayah. Dalam pada yang sama ibu nak latih dia berdiri sendiri sebab pagi tu dia dah boleh berdiri sendiri sambil pegang getah paip. Jadi, ibu fikir sebenarnya dia dah boleh berdiri cuma psikologi dia nak kena ada benda pegang.

Tapi Aliff masih tak mahu berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa. Mesti nak kena pegang sesuatu. Kalau kita cuba lepaskan pegangan tangan dia, mesti dia sandarkan badan pada kita tak kisahlah lutut ke tangan ke, jari pun boleh. Lepas beberapa ketika dia syik gigit-gigit kami dia main kain tudung ibu sambil minta tangan ayah dan berdiri di tepi sofa dengan tangan berpaut di situ (Ayahnya selalu mengorbankan jarinya untuk dijadikan teether Aliff) Ayah pun berilah jarinya untuk digigit. Rupa-rupanya Aliff ambil tangan ayah untuk berikan kain tudung ibu yang dimainnya tadi. Allah, seronoknya hati kami sambil tergelak-gelak dan tepuk tangan memuji perkemvangan baru Aliff. Melihat kami yang begitu gembira, Aliff pon turut tepuk tangan dan sengih-sengih tanpa menyedari yang dia sedang berdiri tanpa memegang apa-apa. Apa lagi, bertambah seronoklah kami sambil peluk cium Aliff.

Lihat, perkara yang nampaknya simple betul-betul mengubat hati kami walaupun dalam hati sarat dengan tekanan masalah dunia. Itulah orang cakap (lagi) anak tu rezeki. Tidak semestinya, rezeki datang dalam bentuk duit, kerjaya, kejayaan dan sebagainya. Malah kebahagiaan itu juga adalah rezeki Allah yang sangat berharga buat saya dan suami.

Terima kasih Allah. Ibu akan usaha lagi untuk perbaiki kekurangan ibu.

Ayah and ibu love u so much Aliff.

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013