Saya dibesarkan dengan kesesakan lalulintas


Tajuk entri yang saya kira agak membosankan. Tetapi, saya perasan jarang sekali saya berkongsi kisah hidup saya sewaktu masih kecil, kan? Tiba-tiba feeling muda, malah terkenang-kenang pula zaman dolu kala.

Saya dan adik-adik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Walaupun abah berasal dari Kedah dan mama berasal dari Terengganu, namun mereka bertemu di Sarawak. Comelkan? Setelah berkahwin, mama bekerja di Terengganu dan abah menyambung pelajaran di US. Kerana itu abang saya dilahirkan di Kg Manir, Terengganu yang sering mendapat gelaran orang daghak, berasal daripada perkataan orang darat bermaksud orang kampung. Tiada kaitan bukan? Saya selalu tanya abah, "habis tu orang bandar diberi gelaran apa?"

Selepas abah selesai pengajian, beliau pulang ke Malaysia dan ajak mama berhijrah ke Kuala Lumpur dan bermulalah kisah saya dan adik-adik. Kami pernah menetap beberapa tempat di Kuala Lumpur dan menyaksikaan sendiri kemusnahan pembangunan demi pembangunan berlaku di depan mata. Secara jujurnya, saya rindu semua keindahan dan kesederhanaan Kuala Lumpur pada ketika dulu.Mana boleh beb, kita kena maju ke depan. Takkan nak berada di takuk lama. Bisik aku dalam hati sendiri. Betul juga. Tapi ada satu perkara yang memang tidak berubah dari dulu hingga sekarang dan memang bukan satu perkara menggembirakan adalah kesesakan lalulintas! Patutlah bontot ko besar Nadiah.

Walaupun, saya tinggal di KL, mama abah suka hantar saya bersekolah di luar KL. Gombak dan Kajang. Patutlah, orang tengok saya tiada gaya anak bandar. Kadang-kadang, datang juga perasaan gedik, "kenapalah abah tak hantar aku sekolah convent KL ke Bukit Nanas ke Bukit Aman ke, mesti dan aku dah stylo milo sekarang." Perhhh, ada hati?! Namun yang demikian, saya bersyukur mama abah tidak masukkan saya ke sekolah-sekolah demikian. Alasannya, saya suka berserderhana. Insya Allah.

Sudahlah sekolah jauh-jauh, terpaksa pula melalui kesesakan lalulintas. Keluar awal pagi balik rumah lewat petang lebih separuh hari gunakan masa sebaik mungkin tidur dalam kereta di atas jalan raya -.- Pernah sekali, kantoi air liur basi terkena tudung, memang tak ada perasaan jalan nonong turun kereta, jumpa kawan-kawan dengan riang rianya melupakan air liur basi tadi. Memang selekehlah budak kampung ni!

Dan itu menjadi faktor utama dan sebab kukuh untuk saya dan keluarga melarikan diri ke luar KL iaitu Bangi sekitar umur saya 15 tahun. Kini, untuk saya yang sudah punya keluarga sendiri, sila bekerja keras dan keras lagi untuk mengumpul uang beli rumah di sini kerana Nilai, Seremban dan sebagainya adalah jauh untuk bershopping dan menabur duit di Ikea, Midvalley, Pailion dan sebagainya. Tambahan kesesakan lalulintas di Bangi seakan-akan tidak wujud melainkan waktu orang pergi dan pulang kerja. Memang heaven tinggal di Bangi, aman, tenang malah jauh daripada kesibukan dunia, alhamdulillah. Bye bye jalan jem!

Motif entri ini?

Cuma nak bagitahu yang KL sudah sesak. Mari berhijrah ke luar KL.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013