Baca entri ibu di hari lahir Aliff. Sini
Seminggu sebelum majlis, dalam fikiran ibu teringin anjurkan majlis ulangtahun yang meriah. Sambil membayangkan majlis yang penuh dengan kanak-kanak, warna warni, decoration yang comel-comel serta kek yang meriah sekali. Namun, sikap ibu yang lebih gemar perkara biasa-biasa ini jadi membatalkan niat tersebut dengan kadar segera.
Dengan kehebatan carian di google.com, saya bertemu dengan beberapa laman web yang menawarkan printable template sempena ulangtahun kelahiran atau birthday party. Semuanya cantik-cantik dan geram juga dibuatnya untuk buat pilihan. Hampir sahaja, saya beli template tersebut. Mujur nafsu serakah pembelian online, segera ditepis suami.
Akhir sekali, saya memilih untuk menggunakan free printable birthday party template dari sini. Temannya bintang jadi segera saya cari vector owl untuk dipadankan dengan bintang berdasarkan tema twinkle twinkle little star, vidio kegemaran Aliif.
Alhamdulillah, pertama kalinya Aliff meraikan ulangtahun kelahirannya bersama 'kembar'nya yang hanya beda 1 jam 20 minit, Asyraff Haziq anak kepada kakak suami. Kak long, Hasnul dan Amsyar juga turut serta. Pendek kata, majlis ringkas namun meriah. Syukur!
Di sini ibu rakamkan foto kenangan majlis, sementara ibu nak terimbau-imbau kenangan setahun yang lepas di Hospital Serdang.

Cuaca yang tenang menyambut ulangtahun kelahiran Aliff yang pertama
Red Velvet Cupcake yang ditempah dan spageti oleo masakan ayah
Chicken chop air tangan nenek Aliff
Tengok, tiba-tiba yang tiada misai ada misai?
Ajiq tidur kekenyangan. Serius perut kenyang je terus lelap.
Khas untukmu, sayang-ibu