Pantai Pord Dickson, Negeri Sembilan

Tatkala diri diselubungi tekanan dan emosi dengan urusan duniawi, diri seolah meronta-ronta ingin berlari sekuat hati ke destinasi yang belum pasti.

Aku insan biasa yang kadang-kadang kuat dan kadang-kadang lemah. Namun, jarang sekali aku mengalah membuta tuli. Buat masa ini, sekali lagi aku mahu lari.

Dunia mencuri masaku berhari-hari. Sibukkan diri dengan itu dan ini. Kadangkala lupa kebajikan anak dan suami. Apatah lagi bekalan aku menuju syuwgawi?

Allah Maha Pengasih dan lagi Maha Menyayangi. Memberikan aku ujian dan kesusahan, supaya tak lalai dah lupa diri. Hidup pasti bahagia dan tenang apabila kita kembali. Kembali dan tunduk kepada Pencipta setiap makhluk di alam ini.

Allahu Akbar!


Alhamdulillah, lari sebentar ke pantai Pord Dickson. Subhanallah, cantiknya!

Pemandangan yang berjaga meleraikan simpulan-simpulan kesusahan hati

Apatah lagi, pemandangan ini

Abaikan 2 serombong asap itu. Fokus kepada kegelian Aliff merasai pasir

Mulai teruja dengan kehebatan ciptaan Allah-pasir

Ulangtayang nak masukkan dialog.
Ayah : Aliff, ini pasir. Allah yang jadikan pasir. Allah Maha Bijaksana. Cuba Aliff rasa pasir ni, gelikan? Cuba rasa tangan ayah. Lainkan rasanya? Nanti ayah pergi cedok air pantai pulak.
Aliff : uh uuuhh *buat muka*

Semoga Aliff menerima input yang diberikan sebentar tadi serta sentiasa mengagumi dan menghargai alam ciptaan Allah

Ayah : Aliff fikir lagi dan lagi. Ayah nak melantak kat belakang ni


Kadangkala, adalah perlu kita mencari ruang untuk bernafas ketika diri hampir-hampir lemas. Jangan mengalah dulu sebelum cuba.Nasihat kepada diri saya, tingkatkan amalan anda!

Untuk wanita umumnya, banyakkan sedekah dan istighfar. Insya Allah, sekiranya baik, apa yang dirancang pastinya datang lagi. Insya Allah


--------------------------------

Sebelum bersenang lenang di tepi pantai, pencarian nasi ayam bakar sedap Cowboy Place berlaku selama 45minit! Nasi ayam ni ditemui ketika kali terakhir kami bercuti di PD sebelum kewujudan Aliff. Rupa-rupanya, mereka telah berpindah tempat ke kawasan yang lebih luas. Kedai makan wajib singgah!
Masa ibu nak snap gambar lah, Aliff nak pancutkan air wiper kereta. Haih

Ini dia Cowboy Place, nasi ayam bakar terbaik lazat menjilat ke 10-10 jari!

Dah separuh jalan, baru teringat nak snap gambar. Terima kasih.

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013