Sehingga sanggup memburuk dan mempersenda sesama manusia lain.
Manusia dilahirkan dengan hati dan naluri yang bersih dan suci. Persoalan yang ditimbulkan di sini selepas dari masa ke masa terlihat dan terbaca beberapa post di laman blog dan Facebook. Setiap hari membaca tulisan yang kesat, kasar, buruk, huduh, mencarut, maki hamun dan seangkatannya adalah bukan perkara yang baik untuk kesihatan minda dan fizikal kita. Betul tak?
Perlukah perkataan atau ayat yang begitu huduh untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain? Dalam sistem komunikasi, sekiranya aku adalah penerima mesej tersebut, memang sah mesej tersebut akan ditolak mentah-mentah. Orang kata communication failed! Lebih baik kau diam.
Setiap orang mempunyai peribadi dan tahap pemikiran berbeda. Usah dipertikaikan lagi sekiranya apa yang ingin ditulisnya di blog atau Facebook melainkan sekiranya penulisan dia benar-benar menyakitkan hati dan benar-benar buat tekanan jiwa! Tapi kalau yang dipertikaikan adalah tahap pemikirannya seperti anak kecil sedangkan umurnya sudah 30 tahun, itu memang tidak munasabah!
Aku sedih. Kerana bahasa, peribadi manusia binasa.
Sebelum meluahkan atau menulis lihat dulu 3 perkara ini pada diri kita
Islam
Iman
Ihsan
Entri emosi kan? Maafkan aku kalau mesej aku tak sampai. Tapi aku sedang belajar menerima.

Post a Comment