Walimatulurus Nur Hidayah dan Mohd Asyraf

Tahniah, tahniah dan tahniah lagi.


Walaupun, semua perancangan adalah last minute daripada kad, baju pengantin, catering, pelamin, khemah, lalala lalala lalala, namun ianya berjaya dilaksanakan dengan baik dan teratur. Alhamdulillah. Tepukan gemuruh buat orang kuat majlis, iaitu mama, abah, kak Ina kedua mempelai, seisi keluarga, saudara mara, jiran tetangga, kenalan dan ayam-ayam keliling rumah kerana telah beri kerjasama yang baik sekali. Nasib baik, ayam tak buat kecoh cirit merata tempat. Tapi mama dengan kak Ina memang taiko habis bab kenduri kendara ni. Tapik spring, toink toink.

Nak cerita sikit kisah mereka berdua ni. Er, bukan mereka berdua di areas ni tapi Hidayah dan Asyraflah -_-

Mereka selamat bernikah pada bulan Mac 2011. Pulang ke Malaysia untuk bercuti dan dengar khabarnya untuk majlis risik dan tunang. Selepas mengadakan perbincangan kedua belah pihak, "Eh kita kahwinkan aja budak berdua ni. Habis cerita! "Ha-ah.Kan Mesir tengah bergolak tu. Riso pulak biar Hidayah sorang-sorang". Dialog adalah rekaan semata-mata. Harap maklum.

Begitulah, kalau terpaksa memendekkan cerita. Jadi, majlis kecil-kecilan yang saya rasa tak kecil pun berjaland engan lancar sekali. Sebab ramai juga tetamu yang hadir. Mula-mula rasa nak jemput banyak ni je. Eh yang ini pun kena jemput. Eh yang si sipolan pun kena jemput. Alih-alih semua pun jemput jugak. T___T




Asalnya, saya tidak berapa mengenali suami Hidayah. Saspen juga. Mengenali Hidayah yang manjanya seperti anak kecil, saya seolah-olah sukar melepaskannya jatuh ke tangan orang yang pada ketika itu terpaksa sebut sebagai orang asing. Ampun ye Asyraf. Masalah itu bukan masalah Hidayah tetapi masalah saya yang mana saya belum bersedia untuk menerima hakikat bahawa Hidayah itu sudah dewasa. Jadi, sebelum majlis perasaan saya bercampur baur tambah lagi berat hati melihat adik mahu diambil orang. uhuk uhuk










Insya Allah.

Asyraf, bimbing dan didiklah adik kakak, Hidayah dengan sebaik-baiknya. Cabaran dan ujian tempuhilah bersama. Sama-sama kakak doakan kalian berdua bahagia sehingga ke syurga. Amin.

Hidayah, sentiasa usaha jadi isteri terbaik, doakan kakak jugak!


Alhamdulillah, cuti semester baru-baru ini bermula dari Ogos-Oktober 2011 kami sekeluarga mengambil peluang mengenal Asyraf dengan lebih dekat. Nampaknya, Allah jua sebaik-baik Perancang. Dia menemukan Hidayah dengan insan yang baik akhlaknya dan penuh ilmu di dada.




Rasa sedih setiap kali mengenangkan Hidayah dah pulang ke Mesir bersama suami. Percutian kali ini saya rasakan sungguh bermakna kerana mereka berpeluang menjaga dan bermain-main bersama Aliff. Semoga bertambah kasih sayang Aliff kepada mak-mak sedaranya setiap hari.

Dayah, nanti dah ada baby, jangan lupakan Aliff!







We love u, sugar pie, honey bunch Dr Hidayah dan Dr Asyraf. Amin-amin.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013