Ikan Patin Masak Tempoyak

Pertama kali merasainya ketika dalam perjalanan pulang dari Kuantan menuju kampung halaman, Kajang. Singgah sebentar di Temerloh, semata-mata ingin mendapatkan rasa ikan patin masak tempoyak yang SEBENAR. Mendapat info dari pekedai jual Waffle di sebuah kompleks membeli-belah di Kuantan, ikan patin masak tempoyak terbaik adalah di kedai hujung sekali, bus stand lama, Temerloh.

Ya itu sahaja maklumat yang diperolehi.

Berbekalkan hati yang cekal dan perut yang kosong, kami keluar exit Temerloh dan bermulalah pengembaraan mencari lokasi tersebut. Melalui info dari kakak jaga stesen minyak, kedai tersebut terletak berdekatan Sungai Pahang. Allah, mana nak cari sungeeei terpanjang di Semenanjung ni!

*redah dan redah lagi*

*jumpa* Alhamdulillah, akhirnya kutemui juga. Macam tajuk lagulah puleeek.






Tidak terhenti setakat itu, rupa-rupanya lauk tersebut menjadi sebahagian hidup dan kegilaan saya dari masa ke masa.

Ku temui kegilaan ini di restoren Asam Pedas Seksyen 8 dan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Lebih dekat di hatiku yang menetap di sekitar lokasi ini :)))



Entah kenapa saya rasa lebih berminat untuk makan di kedai ini berbanding buat sendiri sedangkan setiap kali jumpa makanan best-best terus rasa nak buat sendiri. Mungkin tak mahu kecewakan diri sendiri selepas merasai ikan patin masak tempoyak masakan sendiri. Maksudnya apa?

Nak share resepilah!

Resepi dari Mat Gebu taiko blok masakan di Malaysia.

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan patin sederhana besar
2 papan petai
3 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
3 batang serai, dititik
1 1/3 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
800 ml santan cair
300 ml pati santan
25 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :

Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 20 minit, cuci bersih dan toskan. Petai dikupas dan asingkan dari kulitnya. Ketepikan.

Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, tempoyak dan serai titik, tuang santan cair kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan ikan, petai, daun kunyit dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan.

Tambah santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..

Untuk Nadiah, Selamat mencuba!
Oh tidak.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Ikan Patin Masak Tempoyak

En.Sopi said...

saya suka gulai tempoyok ini!!

kakibola said...

Try restoran dapor koi kat putra kajang area2 cibiuk... Baru buka. Patin tempoyok dia wehhh.... Siap ada pais patin tempoyok!! Aduhhh

Search

JuaNadiah 2013