Gigi Aliff yang pertama dan kedua


Ooooooouuuuuuuuuuuchhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Tatet ibu, Aliff!

Aliff dah ada 2 batang gigi. Ibu sedar masa baru balik dari kuatang hari tu (15/5/2011). Tengah sedak makang ikang patteng.

Insya Allah ibu jaga gigi Aliff baik-baik ye sayang. Ibu lap dengan kain setiap kali mandi. Hehhehe. Semangaaaaat~

Posted in , | Leave a comment

Info parenting yang dicari

Setelah beberapa bulan telah memegang jawatan baru dalam dunia keibubapaan ni, banyak benda yang dipelajari. Dan maaaaaaaaaaaaaaaaaasih banyak info yang perlu dicari.
Sekarang ni, ibu memang ghalik sangat kalau dah mula ngadap laptop. Mula-mula bukak forum.

Susuibu.com

Babywearer.com

Forum di atas banyak membantu saya yang baru memegang title ibu. Dari perihal susu badan ibu, sampaila 2nd hand toys. Memang seronok. Cuma kadang-kadang terleka sikit. >-<

Lepas tu sambung pulak blog hopping. Tapi blog yang memang saya tak pernah miss untuk kunjungi adalah

Shilashower.blogspot.com

Babyaidafiqs.blogspot.com

Littlekitte.com

Ketiga-tiga blog di atas dikendalikan oleh ibu yang sangat gojes dan osem! Memang idola di kalbulah. Tak segan silu dan mempunyai hati yang mulia untuk berkongsi segala macam perkara terutama yang melibatkan pengalaman membesarkan anak-anak. Info yang mereka kongsikan bukan sebarangan. Memang sangat informative dan membantu buat ibu dan ayah yang kadang-kadang tak dak idea kan contohnya aktiviti bersama anak-anak ketika masa lapang.

Dan yang terbaru, saya ingin berkongsi 2 blog yang penuh info buat ibu dan ayah dalam melalui perjalanan yang macam-macam dalam membesarkan anak.

Anakkusoleh.com

10jarikecil.blogspot.com

Setiap ibu dan ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan? Tugas ibu dan ayah, didiklah anak-anak ke jalan Allah dengan kaedah yang betul dan sesuai.Insya Allah, semoga bermanfaat untuk semua.

Posted in , | Leave a comment

Kenapa mudah boros?

Kebelakangan ni, saya perasan duit laju je habis. Bila withdraw duit, beli itu beli ini dah habis.

Sejak Aliff muncul dalam hidup kami, feeling membeli untuk dia sangat bess.


Kalau dulu masih single, memang belanja sakan. Asalkan dapat duit poket mulalah plan nak beli itu, ini. Alih-alih habis kat makan je. Sebab memang saya ni jenis banyak makan kot. Nak pulak zaman remaja meningkat dewasa, mencari identiti lah kononnya. Nak punk ke isk tak moh le yang ni, tak gemo, nak rock ke, nak bajet-cool ke, nak gadis ayu ke, nak muslimah sejati ke kan? Jadi daripada tudung hingga ke kasut nak kena sama tema menurut style apa yang telah dipilih. Itu belum masuk barang-barang maintenance lagi. Tapi, Alhamdulillah saya memang jenis yang tak cerewet dalam penjagaan diri. Sekadar keperluan. Tidak lah gemarkan berejam lama nak pilih perfume semata. Tapi takdelah sampai diri terabai terus kaaaaaan? Itu dah namanya tak sayang body kot. Financial status waktu tu, hampeeeeeeeeeeeeeH. Memanglah tak menyimpan.Titik dan noktah.

Bila dah nak kahwin, ha ngkau! Baru terkial-kial nak menyimpan. Syukur sangat pada Allah yang sentiasa memberi macam-macam nikmat pada hambaNya yang sorang ni. Allah memudahkan perjalanan jodoh kahwin saya bersama suami. Terima kasih tak terhingga juga kerana ibubapa saya paling banyak membantu sepanjang perjalanan itu. Maceh ma, abah! Ilebiuuuuuuuu banyak!! Bila dah kahwin, terasa banyak perancangan masa depan nak buat. Nak beli rumah, nak beli kereta, nak saving itu, ini, nak pergi haji dan umrah. Wahhhhhh, berjanggutlah kau nak baca kalau semua nak tulis kat sinikan? Rupa-rupanya, susah nak buang tapiat boros ni kan? Sebenarnya, bukan boros. Tapi tak reti belanja duit dengan betul.

Bila dah ada anak, lagilah kan? Keghairahan beli baju, toys, segala bagai untuk anak berlaku. Kadang-kadang kita pulak excited terlebih. Aliff lek je.

Tak boleh jadi. Kena buat sesuatu.

Jadi, kami decide nak jumpa doktor kewangan. Orang yang membantu kita buat financial planning. Anda juga boleh cuba. Layari www.azizcpx.com.

Sekiranya korang ada idea atau dah berjaya dalam menguruskan kewangan boleh kongsi di sini yehhhh. Tsk tsk bantu saya yang memerlukan info ini.

Posted in | Leave a comment

Tidur lah, sayang

Ewah, topik tak boleh blah.

Ni ibu nak story sikit pasal waktu tidur Aliff dari lahir sampai sekarang umur dah 7 bulan 2 minggu.

Memang agak mencabar sikit untuk menidurkan Aliff. Dalam pantang, jenuh ibu gugel apa nak main dan buat waktu senggang di siang hari kerana Aliff asyik berjaga tak mau lelap. Sampai kadang-kadang buntu dan takdak idea dah nak play apa. Mata luas dok pandang orang sini sana, pastu sengih-sengih. Geramnya dengan dak kecik ni! Nasib tak kena gigit

Alhamdulillah, bila tiba waktu malam Aliff dah mula tidur seawal jam 8 malam. Namun, semakin Aliff membesar semakin berubah waktu tidur Aliff. Siang pasti dah Aliff tak berapa nak tidur. Oleh sebab ibu bekerja dan Aliff di bawah jagaan nenek, nenek belikan senjata rahsia- buaian untuk Aliff. Syukur, nak juga Aliff tidur dibuai. Sebelum ni pun memang tidur, nak ayah dodoi ajo. Malam pun bila balik rumah, tak de masalah tidur tanpa buaian.

Dalam umur 4 bulan ke atas, Aliff dah mula tidur lambat dalam jam 9.30 malam. Kadang-kadang lewat lagi. Tapi tak pe, Aliff golek-golek dengan ibu atas katil.

Kalau berjalan, kirim salam lah nak tidur. Pasal Aliff tidur gaya princess u! Nak condition yang senyap, sepi dan ibu diam tak boleh bercakap. Bonus kena ada bedtime song.


Alolololo bucukk D-man

Memang layan tidur bila kena wrap

Pesanan khidmat masyarakat : jangan memandu

Berikut ibu kongsi sikit apa yang ibu buat if Aliff liat nak tidur :

  1. Babywearing : Senjata rahsia if bawak Aliff jalan-jalan outdoor. Memang sedap dan selesa kena wrap di badan ibu. Asal wrap je, dah start menguap-nguap. Kalau dalam stroller, puas lah dodoi-dodoi memang mata tu, luas sungguh melihat pemandangan luar.
  2. Pasang ayat-ayat Quran. Tengok mood dia juga
  3. Pasang lullaby. Ini memang ibu dengan ayah sekali pengsan
  4. Senjata rahsia nenek : buaian tapi lately dah pandai. Tak nak buaian dah
  5. Main-main dengan Aliff sampai dia boring. Tabah. Kadang-kadang ibu tewas gak. Kena pass pada ayah
  6. Susu ibu! Paling terbaik..di hati ku~~
Sini, saya kongsi satu bedtime song yang confirm mak bapak pun akan lentok. Tapi seeloknya pasangla ayat-ayat Quran. Tapi boleh cuba pasang lagu ni in case baby paya sangat nak tidur. Kalau tak percaya, cuba dengar. Lentok habis!

Posted in , , , | Leave a comment

Bila Aliff makan..

Setelah sebulan merasai nikmat Allah berikan di muka bumi ini yang bergelar makanan, nampaknya Aliff belum dapat memuaskan hati sendiri lagi. Aliff seorang baby yang tidak suka disuapkan makanan kepadanya. Kalau boleh nak makan sendiri. Nak pegang botol sendiri.

Ibu dan nenek menghadapi masalah yang BESAR setiap kali tiba masa untuk Aliff makan. Aliff akan sedaya upaya menutupkan mulut dan bila makanan dimasukkan ke dalam mulut, mulalah nak muntah.

Di awal pemberian makanan pejal, Aliff selalu muntah-muntah. Tapi lama-lama macam dah ok. At least, ibu ajar jugak bagi makanan kepada Aliff.

Satu hari, sekurang-kurangnya 1-2 sudu makanan diberikan kepada Aliff. Kalau Aliff tak mahu, ibu biarkan dan tak give-up. Cuba lagi esok hari. Wah, kau tabah betul. Walhal dah soheh-soheh kecewa lalu menggugelkan diri dengan info pemakanan awal bayi.

Alhamdulillah, apa yang penting istiqomah. Di sini ibu kongsikan sedikit tips bagi ibu yang menghadapi anak susah makan :

1. Penyediaan makanan oleh ibu menggunakan kaedah puree. ( stim/rebus-blend-simpan dalam ice cube atau lenyek sajo bagi makanan yang dah lembut)

2. Suapkan makanan dimulakan dengan bismillah

3. Pastikan air masak disediakan samada dalam botol atau training cup (ikut kemahuan baby) bagi mengelakkan baby tercekik asyik suapka makanan ajo

4. Sekiranya baby kelihatan tidak berminat, sudu berisi makanan dibuat terbang gaya kapal terbang apatah lagi helicopter siap dengan efek bunyi tembakan lagi. Baby nganga je, ngap suap.

5. Setelah 4 hari dengan puree yang sama, tukar pula dengan puree lain contohnya sebelum ini puree bubur nasi, cuba pula puree banana. Lepas tu, tengok mana satu minat baby, dan mana satu yang tidak disukainya.

6. Pastikan keadaan baby sebelum diberi makanan adalah tenang dan bukan gelisa-gelisah. Kerana apabila dia gelisah, dia tidak fokus dan hanya tahu nak nangis je. Ibu juga jangan paksa baby sekiranya mereka tak mahu. Takut baby upset gitu. Kalau boleh beri susu badan sikit sebelum bagi makan. Sebab sebelum ni mind dia dah set kalau lapar nak susu. So, slowly latih dia makan dalam keadaan yang dia comfortable.

7. Di masa lapang, berikan baby biskut baby, baby bites sebagai tujuan untuk ajar dia makan sendiri

8. Biarkan dia makan sendiri dan mempunyai pengalaman makan tanpa paksaan. Lama-kelamaan dia akan cipta masa makan dia dengan gaya sendiri dan have fun.

9. Buat ibu-ibu yang mempunyai ‘saiko kebersihan’ seperti saya yang memang pantang sikit pon terjumpa kotoran, ini nasihat saya : Sabor jela~ Apa yang penting anak makan dan sihat. Lega hati dapat tengok anak makan walaupun makanan tercampak sana sini, atas karpet, kat dinding la. Sila tabah ok.

Buat masa ini, itu sahaja yang boleh dikongsi. Saya sendiri sedang berusaha untuk terus menjadikan masa makan Aliff adalah masa yang menggembirakan dan enjoy! Oh baru teringat hari tu saya ada berborak dengan seorang teman, Atiyah yang merupakan Doktor H.O di Hospital Serdang tentang masalah ni, dia suruh cuba kaedah Baby Led Weaning. Hari tu pernah gugel tapi belum khatam lagi. Macam menarik sebab key method dia adalah let baby have their own food.

Apa lagi, syokla Aliff. Insya Allah bakalan dikongsikan lagi.


Anak mak makan style apa ni?~

Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013