Bila marah

Ada yang duduk

Ada yang ambil wudhu'

Dan ada juga bantai tidoq

Bagi meredakan kemarahan..

Mungkin kaedah ini membantu bagi meredakan kemarahan dengan kadar segera.

-Cepat-cepat ambil foto anak anda dan lihat sambil berzikir Allah,Allah...

Insya Allah tenang dan bahagia. Insya Allah

Jadi, bagi yang belum punyai anak, carilah foto yang tersayang seperti ibu, ayah kucing kesayangan ke? Selamat mencuba!


Ini ubat kemarahan saya. Anda pula?

Posted in , , | Leave a comment

Alia Ali


Iye. Entri ini khas buat kekasih hati sejak di bangku sekolah lagi, Alia Ali.

Tak pernah sepanjang hidup saya sehingga semalam terbayang yang saya tidak akan menghadiri majlis pertunangannya. Alah, tunang je pun. Tapi bagi saya, majlis pertunangan antara majlis sebesar pernikahannya. Kerana beliau adalah antara sahabat paling rapat dengan saya ketika di sekolah.

Menitis air mata setiap kali mengenangkan dia bakalan bertunang seterusnya bernikah. Air mata kegembiraan. Betul-betul gembira. Alhamdulillah, setiap kesusahan yang dia lalui diganti dengan kesenangan di kemudian hari. Allahu akbar! Allah mendengar doa saya dan teman-teman yang lain.

Dari zaman sekolah, saya menyaksikan kedukaannya dalam banyak hal. Kadang-kadang rasa macam useless sebab tak dapat bantu apa pun setiap kali dia menangis. Cuma boleh marah-marah dalam hati je. Kesiankan Alia?

29 Jun 2011 adalah hari pertunangannya dengan jejaka kacak yang mempunyai hati yang baik. Oh rupa-rupanya senior sekolah kami. Kisahnya lebih kurang seperti kakaknya, Azlina Ali. Hohohohoho. Sayangnya dan rasa frust sampai tertonggeng jugak sebab tak dapat hadir ke majlis tu untuk melihat muka bahagianya. Hurm..

Tebal jugak muka nak jumpa dia bagitahu tak boleh datang. dah berkira-kira nak hantar excuse letter ajo. Tapi perancangan keluarga adalah lebih utama. Next time kena lebih prihatin tentang tarikh ni. Kerana selalu confuse T.T

Bidadari

Alia, aku sayang ko. Jaga diri elok-elok dan sentiasa berusaha jadi isteri solehah dan ibu mithali.keh bebeh?

Muka bahagia yang tak dapat aku saksikan secara live

Bidadari bersama sahabat baik kami yang merupakan seorang lagi bidadari- Liana


Insya Allah saya doa semoga hari pernikahannya menjadi hari paling penting dalam hidup saya nanti. Dan hari-hari yang seterusnya dilalui dengan bahagia di samping suami terchenta~



Entri ini belum habis. Jangan tukar channel. Ya, betul. Ini masih Alia Ali


Tsk tsk ..(bunyi nangis sedu).

Pada masa yang sama tak dapat pergi juga kenduri kembar comel sedunia- Amira & Syera, teman baik di dunia universiti. Ahhh kerugian kerugian


Antara rakan yang hadir.

Apa pun, tahniah Mera & Syera!! Kita doakan korang bahagia sehingga ke syurga.

Posted in , | Leave a comment

Suami saya

Sejak dilahirkan ke bumi Allah ni, macam-macam rezeki Dia beri pada kita. Anugerah Allah yang paling besar ertinya dalam hidup saya adalah Islam. Tanpa Islam, hidup tidak bererti. Allah, tak dapat bayangkan hidup tanpa tauhid dan iman. Selain itu, nikmat Allah yang tidak mungkin dapat ditukar dengan apapun adalah keluarga. Kasih sayang yang diberikan sepanjang membesarkan saya terlalu banyak dan tak terbalas rasanya walau dengan bermilion-milin harta sekalipun.

Selepas melalui peringkat kanak-kanak dan remaja, kini Allah anugerahkan pula saya seorang suami yang menyayangi diri yang serba kekurangan (baca:mengada-ngada) dengan sepenuh hatinya. Allah menghantar suami ke dalam hidup saya yang benar-benar melengkapkan setiap kekurangan yang ada.

Situasi 1

Suami : Awak sayang abang tak?
Saya : Sayang.
Suami : Banyak ke sikit?
Saya : Banyak.
*sunyi sepi*
Suami : +.+

Situasi 2

Suami : *Kiss kepala saya*
Saya : *Tengok tv tanpa berkelip*

Manusia.

Mudah leka dengan setiap perkara apabila berada di zon selesa.

Entri ini saya tujukan khas buat suami yang sentiasa berusaha menggembirakan hati ini tanpa mengira apa jua keadaan pun malah suami adalah pemangkin semangat saya yang sentiasa berubah-rubah musimnya. Naik turun naik turun sedang-sedang. Jutaan rajuk saya sekalipun dilayannya.

Suami.

Dia seorang yang lembut budi bicaranya tetapi suka mengusik dan menyakat saya. Juga, sering menghiburkan hati ini dengan jenakanya yang bijak (brilliant joke). Suami seorang yang penyabar serta bijak menangani emosi dan perasaan saya yang sering bercelaru. Yang paling penting, dia seorang yang genius dalam setiap perkara dan sangat handyman. Di mata saya, dia adalah Mr Mcgiver 2 selepas abah. Sehinggakan saya jadi seorang yang tidak berdikari kerana terlalu bergantung padanya.

Abang, Nadiah usaha lagi untuk jadi isteri yang baik dalam hidup abang. Kita sama-sama usaha didik Aliff dan adik-adik ke jalan Allah, eh? Nadiah usaha lagi jadi seorang yang berdikari eh?

Buat ibu-ibu dan isteri-isteri, sama-sama kita ingatkan diri kita bahawa suami adalah sang raja dalam keluarga. Curahkan sepenuh kasih sayang dan hormati mereka tanpa mengharap sebarang balasan dan sentiasa doakan semoga suami sentiasa dalam barakah Allah selagi nyawa kita masih ada. Sentiasa buat suami rasa dihargai dan disayangi, suami pon kadang-kadang nak jugak rasa dimanjai. Awww~ Jauh sekali untuk memandang rendah kepada suami. Insya Allah, Allah jua yang akan membalas setiap kebaikan kita terhadap suami.

Entri kali ini agak emosi selepas membelek blog mawar nafastari.

Beliau adalah bekas pelajar UIA yang sebaya dengan saya dan suaminya adalah senior kami dan sempat saya mengenali suaminya melalui SLEU. Jadi, perasaan saya terhadap perkara yang menimpa beliau adalah dirasai amat kuat sekali.

Mereka terlibat dalam satu kemalangan kereta berlanggar kuda peliharaan yang terlepas dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Setiu bersama 2 orang anak mereka yang masih bayi. Namun, Allah lebih menyayangi suaminya.

Mawar, untung kamu diberi peluang mempunyai kenangan-kenangan yang sangat indah bersama suamimu walaupun sementara cuma. Pasti Embun dan Kekwa berbangga punya ibu yang setabah kamu dan ayah yang sehebat dia.

Sama-sama kita doakan barakah Allah serta ketabahan sentiasa bersama mereka seisi keluarga. Amin

Errr, ada sesiapa nak join Kelab Isteri Taat?


Yang tidak pernah jemu melayan karenah saya


Posted in , , | 1 Comment

Menulis Tulisan


Saya bukanlah seorang penulis.


Bukan juga seorang yang bijak berkata-kata apatah lagi seorang yang puitis.

Tetapi saya memang suka menulis. Hobi. Tapi sayangnya, hasil tulisan saya tak pernah ada yang faedahnya. Apapun yang saya menulis adalah datang dari hati dan perasaan seorang wanita emosi. Seorang manusia yang mempunyai jiwa sensitif tetapi tidak mengerti untuk dibicarakan dengan kata-kata. Sekiranya ada perkara yang buat hati gundah gulana ataupun riang gembira, pasti dikongsi bersama pen dan kertas lalu menghasilkan tulisan.

Sejak dari zaman sekolah saya memang suka menulis. Tapi banyak tulis perkara-perkara tak puas hatila. Biasala, budak-budak kan? Yang lucunya, saya teringat-ingat kisah berborak-borak dengan teman baik, Alia dengan menulis sebab dalam kelas kan tak boleh bersembang kalau cikgu ada. Memang koleksi tulisan berunsur borakan tu boleh buat perpustakaan lah. Belum campur koleksi kisah hati, kisah dunia, kisah sahabat. Macam-macam. Kalau saya tengah pressure dengan masalah, mesti saya cari-cari balik koleksi tu. Baca-baca, gelak sorang-sorang, terhibur juga hati yang lara ini. Ada juga saya menulis kisah pakwe (baca:suami), nak merajuk pun merajuk dengan menulis hehehehe

Tapi saya memang tak pernah berkongsi tulisan saya dengan orang lain. Saya paling tak suka orang lain tahu kisah saya. Paling! Begitu juga dengan blog ni. Perancangan awal, blog ini hanya buat tatapan suami, saya dan Aliff. Tapi mengenangkan, saya juga suka berkongsi dan suka dikongsi saya kuatkan semangat untuk menulis untuk tatapan semua. Sambil-sambil tu boleh luaskan networking. Sebab saya juga suka berkawan!

Harapan saya, semoga tulisan boleh memberi manfaat kepada semua orang. Niat saya menulis bukanlah untuk tunjuk pandai. Namun, saya insan biasa yang membuat kesalahan. Sekiranya ada kesalahan dan kesilapan, mohon supaya saya diperbetulkan dengan cara yang baik.

Posted in , | 3 Comments

Senyuman yang buat ibu cair di pagi hari




Sikit hari lagi Aliff nak masuk umur 8 bulan. Sejak ibu cuti seminggu lebih hari tu dia mula tak nak minum susu melalui botol susu. Hehehe nenek repot.

Part paling sayu sekali sekarang ini, setiap kali ibu nak pergi kerja, buat muka sedih dan nangis sikit-sikit. Dan bila ibu sampai rumah, amboih bukan main buat muka manja-mengada sambil hulur-hulur tangan. Aliff..Aliff..

Cair hati ibu, terasa disayangi sangat. Adoyai

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013