Aliff oh Aliff

Bismillah

Alhamdulillah seronok sangat, sebab dah confirmed VIP sit for Macau, insya Allah senang ulang alik nak menengok Aliff kat luar hall nanti. Ada apa dengan Macau? Insya Allah kami yang dah qualified as a world team member akan berangkat ke Macau bulan September nanti untuk high level training yang banyak menekankan tentang leadership. :)) Cant wait, masya Allah!

Tag VIP Extravaganza hanya ditanggal lebih kurang 2 minggu selepas pulang ke Malaysia dan confirmed VIP Macau

Ok bukan tu je, kelmarin jugak Amalina Peter bbm, melamar (duh ayat dia) aku jadi speaker untuk share tentang inner nutrition di Gen H STS 10 Jun ni. Wowwwww, aku si minah gabra ni apa lagi macam cacing kerawit la, tak senang duduk. Tapi aku terima jugak, sebab bagi aku boleh asas skill presentation dulu-dulu yang dah macam berkarat je, ye? Jadi, tawan-tawan semua, jom Gen H STS jom, support aku! Nak tengok aku gelabah ayam, kena datang. Ahaks


Bahek, aku dah lari sangat daripada topik asal. ALIFF. Ye, ibu dah lama tak berceloteh tentang beliau. Walhal belog ini khas untuk catatan beliau, dan adik-adik beliau dan kehidupan kami seisi keluarga. Takut pulak nanti besar, dia komplen, aku sibuk dengan Herbalife dalam dunia realiti dan alam maya. T_____T. Habislah kalau dia tuntu kisah-kisah dia zaman baby, mana nak ingat. Mama Su (adik bongsu saya) pun dah bising, lama tak update tentang si kenit sorang ni. Okey, dia sangat kecil dan suka lari tergedek-gedek yang saya dapati amat comel sekali kelakuan tersebut.

Bagi, yang memang mengikuti belog ini, pastinya tahu mama dan adik-adikku pengasuhnya si Aliff ni sekarang berada di Mesir. Aduuuui, lamanya hangpa dok tang nu. Mailah balik, layan si kenit ni. Dah hampir 3 bulan lamanya mereka dok sana. Huk, huk, huk. Entah-ntah Aliff pun tak ingat kat hangpa. Tu lah, kena balik cepat. Bukannya tak selalu Skype, selalu je. Tapi setiap kali Skype Aliff mesti boring sebab tak real. Bila nak salam tak boleh pegang, bila nak kiss tak rasa pipi. Tu yang beliau fed up sekali.

Skype dengan nenet
Ibu pun sempat jugak Skype dengan nenek dan bibik-bibik YUSUF. Inilah Yusuf, anak buah comel aku nombor 3, Yusuf as-Siddiq Bin Mohd Ashraf. Wowwwww, tomee sangat~ Geram! Nenek cerita, Yusuf tembam dan besar sangat, sampai ayahnya pakaikan sarung kaki di tangan. Chait, abi,abi! Baju abang Aliff yang dibawa ke sana untuk dia pakai pun tak muat. Nanti suruh ummi tulis belog cerita pengalaman bersalin dia ye, Yusuf?

 
Yusuf, ucak! ^^

Comel sangat baby, dan semoga rezeki aku pulak lepas ni. Alhamdulillah, Aliff behave seperti seorang abang sekarang. Garang. -____- Ibu faham ini mesti perubahan meningkatnya umur Aliff. Aliff suka baling barang. Cawan yang dipenuhi air pun dibalingnya dengan penuh semangat sekali. Stress ibu sekejap. Memang menguji keimanan sungguh. Terfikir pula Aliff dan adik-adiknya begini. Waaaaah! Berdebbo. Mujurlah, ada soulmate sehidup bahagia, ayah. 

Aliff sekarang suka berebut benda dengan ibu, daripada phone, shake, remote TV, pen dan macam-macam lagi. Nampak sangatlah kena ada geng. Tak cool lah berebut barang dengan ibu ye nak? Oh ye, ibu perasan 2-3 menjak ni, Aliff selalu bangun lambat. Sebab? Ibu dia pun bangun lambat! Insya Allah, pasang azam cepat-cepat menjadikan bulan Jun untuk bangkit sebelum Subuh! Yosha!

Siang hari Aliff kena tinggal rumah pengasuh. Satu je tujuan ibu, supaya Aliff pandai bersosial. Ibu masih dengan impian ibu, untuk berhomeschool di rumah, dan teman ibu yang niaasorang ni benar-benar menjadi sumber inspirasi ibu dalam diam dan semangatnya kuat dalam diri ibu untuk aplikasikan homeshcooling untuk Aliff dan adik-adik. Amin ya Rabb. Boleh lihat belog Puan Nur Ilani Ramli di sini. Insya Allah, banyak manfaatnya. 

Aliff masih belum nak bercakap lagi, tapi apa yang ibu perasan Aliff selalu tak boleh berenggang dengan ibu. Sampaikan susah betul ibu nak buat kerja atau bergerak. Kadang-kadang ibu dapat rasakan, Allah menjadikan Aliff sebagai kekuatan ibu, kerana sebelum ni ibu cepat mengeluh, marah dan putus asa. Walaupun, kerja ibu selalu tak siap sebab Aliff menjadi handbad kedua ibu, tapi ibu dah tak macam dulu. Malah, menjadikan ibu seorang yang lebih sistematik dan lebih releven dalam menentukan perkara apa yang lebih utama, kerja atau kasih sayang terhadap anak, suami dan keluarga?

Alhamdulillah, syukur Herbalife bukan sahaja mengajar aku lebih arif dalam berkongsi tentang produk malah menjadikan aku lebih matang dalah kehidupan yang sebenar. Masya Allah! Aku lebih mudah menerima rejection dan lebih tenang menerima negative respond. Wowwwww! Sungguh, kalau dulu 3 hari 3 malam aku boleh berkurung dalam bilik akibat kemurungan.

Bukan tu sahaja, sekarang ibu dan ayah dah pandai adjust masa untuk meluangkan masa untuk Aliff. Dan yang paling penting kami SANGAT menghargai MASA. Ok, fine, fine. Dulu memang saya bukan setakat suka membazir masa dan duit, tapi jugak membazir kemampuan. Sia-siakan tenaga dan bakat yang Allah kurniakan contohnya berkongsi. Kalau dulu, akulah paling seronok sekali kalau nak share benda best especially yang kawan-kawan buat. Alhamdulillah, kali ni berpeluang share benda best daripada diri sendiri punya result- HERBALIFE results.

Sepanjang hampir 3 bulan tak update tentang Aliff ni, masa betul-betul cepat berlalu. Atau bumi ang berputar laju sangat nih? Yang penting, banyaknya perkara yang tak sempat update, baru hari tu Aliff suka kiss-kiss aku, sekarang dah tak berapa layan. Kalau aku olok-olok menangis baru nak sayang lebih. Baru hari tu Aliff sweet suka pakai stokin, sekarang dah suka pakai selipar beso je. Baru semalam suka posing ambil gambar dan terus nak tengok gambar sendiri kat kamera, sekarang dah buat dek kalau kita ambil gambar dia. Kalau dulu suka sangat ibu bacakan buku untuk dia, sekarang dah suka baca sendiri.

Hurm~ *mengeluh

Cepatkan masa berlalu.

Abaikan muka kebulur Sopi dan abang belakang tu. Aliff nak suap ibu makan ni. Anak soleh!

Aliff posing best tapi jari telunjuk yang keluar





Aliff sebelum terjun dan main air dengan dahsyat sekali

Aliff campak-campak barang dengan senang hati

Khusyuk sekali menonton video
Ayah ajar makan mangga dengan kulit, ibu pun terpengaruh

Suka pakai topi Uncle Korie sambil main kereta control
Curi serkop ibu, ye nak sambil lembang kain baju ibu lipat

Cucu manja
Tolong ibu kat Pesta Buku

Makan perlahan-lahan sayang
Ziarah adik Surayya

Campak-campak batu kat kolam nenek

Anak,

Ibu sayang anak banyak sangat! Ingat ye? Banyak-banyak lemon.
Ibu usaha lagi jadi ibu yang cool dan best untuk Aliff :p

Kecintaanmu,
Ibu.


Akhir kata,


Lose weight now, 
ask my mum and dad how :)

Posted in | 1 Comment

Berpuasa dengan Herbalife

Bismillah

Hari ni dah 31 Mei 2012. Nak cakap juga, WAHHH CEPATNYA MASA BERLALU! Tak puas menatap muka Aliff yang lembut tu, menghabiskan masa melayannya di tepi Tasik Cempaka, melayan kesibukan masa dengan hal-hal kerja, dating dengan suami tercenta dan macam-macam lagilah. Tambah sayu hati lagi, mama kesayangan dan adik-adik yang lain berada di Mesir. Abah yang berada di rumah ni pong tak sempat bersembang panjang.

Semuanya gara-gara KERJA.

Ok, lek lek. Bukan komplen apatah lagi mengeluh. Cuma nak sebut betapa cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Rugi besar kalau kita decide sesuatu benda tapi tak laksanakannya lagi. Macam aku, alhamdulillah Allah beri peluang macam-macam kat aku, dan keputusan yang aku buat ni insya Allah aku laksanakannya dengan baik. Besar tanggungjawab ni tapi tetap teruskan. Semangat!

Alhamdulilillah seronok sangat, sebab bulan Ramadhan menjelang lagi. Doa kita semoga Allah izinkan lagi kita bertemu dan menikmati keindahan dan bersama-sama memeriahkan Ramadhan kali ini lagi. Amin. Dalam bulan Rejab ni pun, ramai antara kita yang dah mula berpuasa sunat. Bagi saya, alhamdulillah seronok tak terkata berpeluang 2 tahun berturut-turut puasa penuh, ALHAMDULILLAH syukur.

Waw complete puasa tahun lepas! Harapan tahun ini..

Ok, biasanya puasa ni kita kurang makan, benda-benda mengarut sepanjang hari selain waktu berbuka tu terpulang kepada nafsu makan masing-masing lahkan? Tapi biasanya 2 minggu pertama je dok ngidam macam-macam, lepas tu dah lek je kan? Bazaar Ramadhan bukan jadi tempat menarik pun untuk dikunjungi kan? Setuju?

Perkara paling best yang pernah aku buat sepanjang Ramadhan tahun lalu adalah;

1) Ibadah (tak perlu sebut spesifik, yang penting double triple amalan dalam bulan ni)
2) Makan makanan yang sihat dan lose weight. Duh~

Untuk yang nombor 1) tadi, sebelum bertemu Ramadhan kali ini, kalau boleh tulis target sebanyak mungkin apa yang kita nak achieve sepanjang Ramadhan. Contoh khatam Quran, sedekah, qiyamullail, tolong orang dalam kesusahan, dan macam-macam lagi. Tulis. Tulis itu mengingatkan kita supaya tak lupa.


Untuk yang nombor 2) tadi, ini caranya :


 

Pst : Kalau nak berbuka dengan makanan pilihan hati kalbu pun boleh juga. Aloe teamix dan shake lepas terawih. Lega sikit lepas terawih biasanya dah mengantukkan. Kalau makan berat lepas terawih biasanya dah mengantukkan. Perut jadi sebu.

Jadual pemakanan macam ni sememangnya menjadi pilihan aku sangat-sangat, 

1) Sebab aku SUSAH bangkit tiduq bila teringat tak payah spend masa untuk kunyah dan makan lama-lama, tahun lepas tak pernah miss sahur. 

2)  Dah tengah mengantuk-ngantuk ni sediakan shake je dan minum air, tak perlu masak. Yahu! Abang pun okey sangat. Dia prefer shake je.  

3) Tahan lapar, walaupun aku menyusukan Aliff siang harinya. Yang penting badan dapat cukup nutrisi. Ada protein, carbo, fiber, vitamin itu ini lalalallala. Wowwww best tak?

4) Perfomance untuk lose weight double!

Sambil-sambil tu, layan nafsu makan aku jap sebelum puasa ni.Ngaaaa~


Tetiba!

Selamat berpuasa!

Posted in | Leave a comment

Janji dan lupa

Apabila kita membuat janji, wajib ditepati.

Munafik kalau melanggarnya.  Kalau dengan kereta dah lama mati.


Maafkan aku.

Kadang-kadang aku lupa selupanya.

Lewat hari ini. Aku sering lupa. Lupa perkara yang penting. Benar-benar penting.

Masalah aku.

Bukan salah siapa-siapa pun.

Jangan berhenti berharap.

Sahabat.

Aku usaha lagi untuk aku cuba lagi untuk menepati janji.

Leave a comment

Sarapan pagi macam raja

Aku pasti ramai orang pernah dengar ayat tu kan?

Confirm.

Sebab benda tu yang aku dok buat setiap pagi setahun yang lepas. Betul-betul macam raja especially hari Ahad. Tanpa rasa bersalah pagi-pagi dah telan nasi kerabu, nasi lemak ayam, roti canai, nasi goreng, nasi dagang pada setiap pagi tanpa rasa bersalah.

Cuba ingat balik pagi tadi apa yang kita ambil untuk breakfast. Kalau macam aku dulu lagi best, skip terus. Lepas tu takde tenaga nak buat kerja. Tiba-tiba nak share pasal benda ni pasal tetiba teringat, eh dah lama tak gila tak ambil heavy breakfast. Macam rindu pulak mahu berpagian di warung. Ahaks.

Sumber carian google.com. Hasil carian buat aku lapar. Aliff pun suka makan nasi lemak. Darah melayu mengalir memang tak boleh lupakan nasi lemak. Tapi sekali sekala oklah. Selalu, JANGAN.

Kesian badan aku nak kena kerja keras seawal pagi setiap hari tanpa henti. Ish kesian sungguh sampai rasa nak menangnge. Dahla paksa badan kerja kuat pagi-pagi. Lepastu tak bagi bonus pulak tu. Bonus tu sepatutnya bagilah dalam bentuk nutrisi itu kan yang sepatutnya badan perlukan kan? Bukannya, kata pujian ke, 'eh bagus encik badan rajin buat kerja', ataupun $$$$$$ ini lagi badan tak hingin, ataupun apa-apalah yang mengarut. Badan cuma pinta nutrisi yang cukup je untuk dia bekerja lebih kuat lagi dan jadikan diri kita sihat dan larat nak buat kerja-kerja harian.

Jadi, sekarang ni, kenapa kita kena sarapan macam raja kerana raja makan makanan mahal-mahal sebab apa mahal sebab semua makanan tu mempunyai khasiat yang tinggi. Sayur banyak, makanan organik, protein yang sedap-sedap dan macam-macam lagilah.

Macammana sarapan pagi macam raja untuk kita yang bukan raja?

Senang je. Take herbalife productlah.



Kenapa?

1. Khasiat tinggi ya ampun


2. Murah nak dibandingkan dengan khasiat yang ada



Sayang nak tinggalkan rutin sarapan lama.

Breakfast yang lama tu boleh je, tapi jangan selalu. Kalau nak feeling chillax ke apa barulah pekena nasi lemak sekali dua dalam sebulan ke. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau dalam tempoh program kalau boleh tunggu dulu. Siapa tak suka makan? Semua oran g suka. Jadi kalau nak makan makanan sedap, perlu SABAR.
Sehingga capai ideal weight baru boleh merasa. Tapi bukan balas dendam tau, itu dah gain weight programme.


Secara ringkasnya, apabila kita makan makanan berat pada pagi hari badan kita akan berkerja untuk memproses makanan tersebut agar dapat di tukar kepada tenaga. Lebih insulin akan dirembeskan untuk mensintesis gula dan lebihan akan disimpan. Lebihan insulin akan memberi false signal kepada badan yang badan yang kita sedang kekurangan gula ( tenaga) menyebabkan kita akan munching dan makan junk food untuk tambah kalori yang sudah pun berlebihan. Ataupun kita akan terdorong untuk makan lunch dengan lebih awal. Kitaran ini akan berterusan sepanjang hari dan badan kita akan menyimpan lemak2 yang tehasil dari cara pemakanan tersebut.

Baca benda best kat sini

Jadi, apa yang kita perlukan untuk sarapan pagi kita?

  • makanan yang kurang kalori
  • makanan yang tinggi protein
  • makanan yang tinggi nutrisi

Semua tu ada dalam

gambar ni lagi.

Makan dah cun dah, lepas tu jangan lupakan

senaman! yah yah yah!

Posted in , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Diari Aliff | 17 bulan

Aliff dah 18 bulan tapi ini adalah rumusan Aliff 17 bulan. Ko buat anak ko macam subjek Bahasa Melayu kan?

Aliff makin kuat meragam nak berkepit dengan 'apak' dan 'mamak' dia je.




Aliff, haih~ sangat comel. Bijak. Genius. Ok siapa lagi nak puji anak sendiri woi.


Aliff pernah demam. Selepas daripada demam tu, Aliff memang tak nak berenggang langsung dengan ibu.


dan asyik menangis. Merengek dan pandai pulak berlakon merengek semata-mata nak ibu.

Pengalaman pertama Aliff berjauhan dengan nenek, atuk, ibu dan ayah dan dihantar ke rumah pengasuh. Hari ketiga dia dah familiar jalan ke rumah pengasuh dan mula nangis,


Big boy yang manja BANGAT!


Aliff suka bergaya, berangan.

Aliff suka lolipop! Ayah rasuah bagi hadiah sebab Aliff behave.


Aliff hensem macam ayah!

Tengok, kan dah kata manja!

dan pembantu ibu buat kerja rumah di rumah. Haihh~ lagi.

C.h.e.e.k.y!

Jantung hati ibu dan ayah. Peneman ibu ke Kelab Nutricity. Insya Allah Aliff will be a precident team Malaysia! Ibu doa ok sayang. Aliff makin cheeky semenjak dua menjak minum shake dengan botol susu. Makcik cerita, dia tengok orang lain nyonyot botol susu dia pun ambil botol susu dia, baring dan nyonyot sekali. Anak ibu! Picit pipi sampai lebam.


Muhammad Aliff 18 bulan

Insya Allah, khalifah Allah yang paling unggul. Abang penyayang kepada adik-adik comel macam awak. Suami soleh just like ayah. Pemimpin ummah yang bertakwa. Amin ya Rabb. Ibu usaha lagi ye sayang.

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013