Tempat makan best Bangi | Warung bunian

Bismillah.

Mungkin korang ramai yang tak tahu kan, aku dan suami pun excited gila tengah dalam projek diet sihat JuaNadiah ni. Aik, coach Herbalife pun tak settle lagi diet ke? 

Haip, haip. Tak maw. Tak maw lah pikir camtu. Tak positif la macam ni. Aceyh, time kat aku kemain semuorang kena positif kan. Anyway, walaupun pada mata kasarnya aku dan abang dah nampak kurus selim melim, akua da cita-cita lagi nak reduce body fat sampai 23% dan abang masih ada target nak achieve on his visceral fat, lemak tepu yang membahayakan diri sebab lemak tu ada kat organ.

Hah?

Camne nak tahu semua tu? 

Body fat, visceral fat segala? FREE je, acu klik sini


Push forward, abang suruh tambah.

Sepanjang tempoh projek diet, sebagai manusia biasa yang cintakan dan sangat menghargai masakan semua tukang masak atas muka bumi ni kan, kami memang melalui cabaran-demi cabaran. In fact sebellum kurus dulu pun lagi besar cabarannya.

Alhamdulillah sebab ada coach dan beli produk Herbalife yang berkesan dapat result luar biasa.

Kata-kata di atas buat aku fikir dan bagi cadangan genius pada suami kesayangan, 
"bang jom cheat day today, lama dah tak mereward diri sendiri."
 Ewah.

So ke mana kita cheat day Rabu dan Khamis lalu? 2 hari sekali kau!

Disebabkan bosan kalau jalan-jalan cari makan asyik malam hari, tekak nak cari lauk tengahari sedap area Bangi. Lalu terjumpalah, 

Warung Bunian.

Serius memang bunian sangat. Sebab kedai dia memang tak nampak langsung. Dari atas pun tak nampak, kalau datang dari bawah pun tak nampak. 

Direction

Kalau dari arah Bangi, 

1. Bila sampai kat IPI (sebelah kanan korang) akan jumpa traffic light masuk kiri. 

2. Straight je sampai rounabout amik pukul 2. Maksudnya bukan kiri atau kanan. Tapi bukan jugak straight sebab dia senget sikit. 

3. Lepas tu straight je, akan jumpa selekoh, ikut je lagi arah selekoh tu dan akan jumpa traffic light lagi.

4. Slow dan amik simpang ke kanan macam nak masuk ke kawasan kampung.

5. Slow amik simpang kedua, macam menurun bukit.

6. Warung tu belah kanan. Kalau nak confirmkan, tengok banyak kereta parking.

Lelain guna GPS jelah, memang akan ada keluar warung bunian. Fortsquare kot.

Menu


Isnin dan Khamis

Gulai ketam

Ikan masak kicap dan ayam goreng

Sayur

Selasa

Gulai udang

Sambal ayam

Ikan keli rangup bai!

Sayur
Tengok, nama menu pun chill je. Rilek-rilek sudah. Takde fancy bagai.

Memang cool lah.

Masa operasi

7.30am - 2.30pm (kecuali Jumaat, Ahad, dan cuti umum)

Persekitaran
Alamat dan no telefon

WARUNG BUNIAN, KAJANG
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB 43000
KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN

0173812246 KAK LANG

Oh ye, kalau nak lunch kat sini kena SMS/call untuk booking kat no atas tu, Kak lang cakap berapa kepala nak makan situ. Supaya senang nak prepare segala. Tak kelam kabut sebab ramai orang makan kat sini.

Harga

Hidangan dia by package, ewah. 

Nasi
Ikan
Ayam
Ketam/udang
Sayur
Air

RM 14/seorang

-------

Review : 5/5

+ Sedap gila, berdesing gulai dia pedas mengalir air mata yang sedap!

+ Sambal kicap, sambal ayam sedap sangatttt (menangis ni cakap sedap serius memang sedap hangaaak)

+ Puas hati!

+ Cuma open air, so kalau bawak Fateh berpeluh sikit lah. Tapi untuk orang besar selesa je sebab redup. Ada pokok besar gila! (motip, nak kaitkan dengan bunian ke? Wahahah)

Pantang bukak seat belt, laju-laju tu nak gi mana, makan gulai ketam ke?

Fateh pun cakap, highly recommended!

Dah register SPECTACULAR!

Oh ye sebelum melantak tu kena ada ilmu. 
Nak ilmu dan cara untuk lose weight secara sihat hubungi 
+60122551037 

Posted in , , | Leave a comment

Jalan-jalan naik keratapi

Bismillah


Minggu lepas ramai sangat update pasal kemasukan anak anak ke sekolah.

Aku pulak sebolehnya tak nak imagine dulu masukkan anak ke sekolah. Bagilah puas-puas aku nak berbahagia bermain dan beraktiviti dengan anak-anak sepuasnya.

Yelah, sekarangkan masa berlalu dengan pantes dong!

Sikit hari lagi tak perasan kepala dah penuh uban. Ha tu acano? Minum shake lebih sikit. Eh dah kata  Herbalife anti aging kan? Ok stop merapu. Ok sebenarnya stres EOM kekdahnya. Eh dah habis. Stres apa eh? Ke sebenarnya dah mengantuk.

Sabtu lepas, abang ada bukak booth kat KL Sentral.

Tetiba aku jadi kepoci sikit nak ikut beliau ke sana. Tak tau lah angin kus kus datang dari arah mana, aku jadi teringin naik tren. Lepas tu aku pun bagi alasan kat abang, nak ajak Aliff naik tren. Wakakaka.

Ada bagusnya jugak. Boleh aku expose Aliff dengan benda baru yang memang tengah aku apply pada dia-sequences.

Almaklumlah, kiteorang sekarang duduk dekat area komuter UKM tu. Hari-hari Aliff nampak tren lalu. Terjerit-jerit sokmo, "luk, ayah. T-en"! Dia memang tak pernah request naik tren. Tapi sebagai ibu kita kasik lah exposure skek kan kat anak tu.


Fateh? Dia ikut sajok. Taat kepada kedua ibubapak. Okey sepanjang perjalanan kami ke KL sentral bukan main seronok sangat. Nak naik t-en katanya. Pelat-pelat ubi sikit. Kejap-kejap menyanyi, kejap-kejap agah adik. Memang tak reti dok diam. Amboi excited thangat~

Sampai KL sentral abang pun pergi kat booth. Kejap je.

Lepas tu kiteorang terus pergi LRT.

Bagitahu Aliff (tell show try do)

1. Kena beli coin untuk naik train. Masukkan duit kat mesin nanti dapat coin.

2. Masukkan coin, baru pagar bukak.

3. Naik lif nak pergi tunggu train.

4. Kena tunggu dan SABAR. Hati-hati tak boleh lebih garisan kuning, bahaya nanti kalau terjatuh sana. Nanti train nak lalu, abang nak lari ke mana?

5. Train sampai, tunggu orang keluar dulu baru masuk.

6. Dalam train, baca doa naik kenderaan dan tengok alam semulajadi kat luar (padahal?)



7. Kalau ada atuk ke nenek ke bagi diorang duduk.

8. Keluar train dan masukkan coin untuk keluar dan tunggu pagar terbukak. (bermula dari sini, dah boleh tanya apa nak buat macam sebelum naik tadi)

9. Sampai KLCC. Bagitahu inilah destinasi kita. Ibu nak shopping! Wahahahah.
---------------

Asalnya kenapa ajar Aliff sequence, aturan. Nak kenal erti konsep sebelum dan selepas?

Untuk TOILET TRAIN dia! Woot woot!

Doakan semoga semuanya dipermudahkan okeh. Alhamdulillah, aktiviti ni minggu lepas before EOM. Hari ni dah 5 hari selepas bawak jalan-jalan, dari pukul 3pm-10pm berjaya off diaper dia. Pandai dah kencing sendiri. Tapi nak kena sokmo tanya, kalau tak dia nak tahan aja. Haih~





Anakanda Aliff, banyaknya dalam kepala ibu ni nak buat projek dengan awak dan adik.

Puas-puas kena main dengan anak bujang mak sebelum membesar dengan lajunya tau-tau dah malu nak ibu kiss pipi segala. Hum hum. Anak kenapa cepat sangat besau?

Posted in , , | Leave a comment

Resepi orang sibuk | Ayam masak lada hitam

Bismillah

Kali ni resepi tak lah eat clean sangat pun tapi memang pantees habis.

Dah nama objektif entri ni pun nak share resepi pantes, cepat siap dan untuk orang busy.

Prepare bahan laju-laju gaya chef yang cekap ala-ala mastercep.

Dalam erti kata lain aku suka longgok bahan-bahan semua satu tempat. Lepas tu, arrange ikut priority wah dah macam training leadership. Kof kof seriusla sikit weh.

Again malas masak sayur guna ulam omputeh. Salad dan tomato ceri.

Kelaka sangat makan tengahari nasi putih dan lauk ni je. Mak mertua tengok mesti duk balik tangga sehari semalam gelisah mengenangkan anak laki-laki dia. Alamak, janganlah mak baca entri ni. Hoho hai mak, kalau mak bacalah.

Ok terimalah, 

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM 
(baca ala-ala gaya doraemon memperkenalkan alat baru dia)



Ulasan (eh pahal lak ada ulasan ni?)

1. Kalau korang malas nak sukat gram2 tu, tabur lada hitam tu ikut naluri hati gaya master cep musim kedua. Minyak tu toksah lah sukat gram tu, letak je ikut naluri lagi sekali. Tak koser lah nak sukat-sukat gram ni

2. Aku suka guna bawang besar instead of bawang merah pun suka hati. Biasa 1 biji bawang dan 2 ulas bawang putih combination yang ok.

3. Tak pakai minyak bijan pun tak apa. Kalau nak sedap pakai minyak bijan sikit

Nak masak ni untuk aku kena ada fun, sebab tak ada bakat semulajadi kan. So aku tak suka stres. Sebab tu masak selalu nak belasah je. Hahahhaha.

Kalau tak jadi ke tak sedap ke, tak apa ada yang sudi habiskan hahahah. 

Posted in , | Leave a comment

Herbalife mama lifestyle : 7 perkara wajib travel dengan anak-anak

Bismillah

2 minggu ni kemain busynessnya lah kiteorang. Amboi Ipoh-Bangi-Ipoh-Muar dasaaaaat. Macam dah rumah kedua je jalanraya tu? Best ke tak best tu? Somehow rasa macam syiok aka mencabar jugak dengan aktiviti ni. Dah rasa macam kalau tak buat, rindu lak. Nak travel. Work with family, travel around d world. Gitu.

Travel tu always be abang's dream.

Work with family always be my dream.

Satu pakej lengkap.

So lifestyle kami mesti ada orang confuse, kata work from home. Dah tu kenapa ke hulur ke hilir berjalan sana sini?

Basiknya walaupun kami work from home, still kami mempunyai tanggungjawab besar terhadap coachee kami, bantu mereka guna Herbalife secara murah dan jimat. Ada jugak coachee yang nak jugak buat bisnes dan kami akan work very close. Biasanya kiteorang akan buat shake partaaayyyyyy uyeh uyeh. 


Bolehlah calonkan kami coach berkualiti 2013/2014 kah kah kah. Komited sangat kewwwwn~

Gedik sangat coach ni

Muka adik penat gila! Jom adik kita work hard lagi

On d way to Ipoh

Alololo sian adik kepenatan lagi ke?

Shake party lagi

Antara best travel with family :
* Masa bersama ibu ayah dan anak-anak
* Lebih banyak masa untuk sama-sama suami isteri bersembang dan berkomunikasi
* Jalan-jalan cari ilmu, pengalaman dan cari makan sedak jugok
Kalau orang fikir logik 2 benda ni boleh je buat kat rumah kan?
No. Tidak.

Dengan kesibukan kerja-kerja rumah dan kerja Herbalife, masa kami samada ibu dengan anak-anak ataupun ayah dengan anak-anak je yang selalunya sempat diluang bersama. Ibu dengan ayah paling kurang berkomunikasi. Mana taknya, bila ayah balik je, anak-anak dah sibuk nak perhatian dari ayah. Ibu beralahlahkan? Ohok ohok Tak mau, tak mau cam tu. Nanti ibu jeles hehehhe

Kebahagiaan bersama anak-anak dalam kereta

Makan-makan! Mi kicap n fishball sup yo


Love

Tapi, serieslahkan kalau dah travel dengan anak-anak confirmlah 1001 cabaran dan macam-macam ragamnya kan. Bukan macam bujang dulu, cukuplah hal sendiri kisah. Kadang-kadang bawak sehelai baju sehelai seluar dah cukup. Oh no!

Jom acu kita tengok sikit biasanya apa kiteorang prepare kalau travel dengan anak-anak. Kalau ikut ibukan, nak je angkut satu rumah bawak jalan sama. Hahahhahaha. 

Ok abaikan.

7 perkara wajib travel dengan anak-anak

#1 Beg plastik, baby wipes, tisu

Wajib! Especially yang bawak baby. Kadang termuntah, berak bocor. Bapak budak pun perlukan jugak. Selalu makan masa driving selalu tertumpah makanan atas baju. Tangan si Aliff pun selalu berlekit sebab suka sangat makan itu ini dalam kereta tumpah lagi atas seat. Ha memang penternak lipas berjaya dalam kereta :p

#2 Snek

Sangat bermanfaat untuk distract Aliff kacau adik n ayah elak memandu ngantuk-ngantuk. Paling Aliff suka, cereal fitness letak dalam plastik cling wrap. Kalau rajin buat sandwich. Tapi kalau nak on d go, boleh bawak cereal tu, biskut-biskut sikit, Aliff suka cheese cracker n chipsmore yang kecik-kecik tu. Air alhamdulillah suka minum air masak je dengan botol air herbalife tu. Jimat sangat.

#3 Duit yang cukup

Tak travel dengan anak pun kena bawak duit, inikan dengan anak-anak. Unexpected tengah-tengah berhenti kencing mesti nak beli something. Ish ish ish. Ada je lahkan?

#4 Battery, phone charger dan power bank

Penting, especially Aliff yang umur 3-4 tahun suka ralit dengan game dan youtube kat phone. Biasa dalam 30 minit je bertahan. Ini tip untuk ibu 25 jam nak internet kan?

#5 AKTIVITI anak-anak

OK. PENTING. Kalau dia bosan memang kesian. Especially kalau travel siang hari. Memang boleh mati kutu kalau tak buat apa. Sobs. So ibu, mari mainkan peranan menyibukkan diri beliau. Klik sini.

#6 Sebuah beg penuh dengan bekal towel kecik, besar, baju,seluar dan diaper 

Nak salin berak Aliff wajib mandikan sekali beliau. So baju bekal biasa mau 2-3 pasang gak.

#7 Sebuah kesabaran yang tinggi!

Hum. WAJIB. Kalau tak nanti mak singa muncul kembali, habis perjalanan yang sepatutnya menarik jadi tertarik-tarik rambut. Hahahah 

Serius.

Dalam kereta, Aliff selalu nak jugak menyelit aku dan adik dia. Aliff kan pesen sukaaa sangat pegang muka adik dia, so dalam kereta memang tak boleh berenggang dengan adik dia.

Sampai adik selalu rasa serabut dan mulalah tak senang duduk. Bila Fateh tak senang duduk, ibu lagilah tak senang duduk kan? Jadi kena sabar jugak, cuba distract Aliff dengan makanan, games dan aktiviti.

#8 Herbalife

Barang-wajib-bawak-kemana-mana-anda-berada. Okey over sangat. Kadang malas singgah R&R apa susah minum shake je. Jimat sangat perbelanjaan, boleh cover duit tol dan minyak. Argh tetiba stres fikir pasal harga tol naik! Rasa macam nak kita bako je kita bako je. Haip tak mau, tak mau. Tak mau negatif sangat.

-------

Tetiba cakap pasal tol nak selingan sikitlah.

Harga barang naik ada 2 je benda korang boleh buat sebagai seorang individu :

1. Teruskan marah-marah dan negatif gila yang mana boleh stres hari-hari dan apa kerja pun susah nak fokus. Nauzubillah keberkatan yang kita cari dalam cari rejeki, dik.

2. Improve diri sendiri dengan cari part time or extra income untuk tampung kehidupan sekarang. Sobs. Insya Allah 5 tahun lagi kita bakor aje, eh kita tukau gomen! Waktu tu, insya Allah income pun dah banyak nak sumbang pada kempen-kempen parti pilihan hati :))

Yang no 2 tu kita boleh sharekan jalan camana caranya.

Posted in , , | Leave a comment

Resolusi 90 hari pertama 2014

Bismillah

Sekarang jam 145am 1 Januari 2014.

Memang sengaja aku tidurkan anak-anak dulu sebelum aku mula menulis.

Pagi buta ni memang sebak sangat. Sebab utama adalah berpisah dengan 2013. Aku pun tak pasti kenapa aku susah terima perpisahan. Kenapa hah? Emosi. Ye emosi terlebih rupanya. Kui kui

*Sebak lagi.

2013 bagi aku ada 2 perkataan yang boleh aku pendekkan cerita.

Mencabar dan menyeronokkan.

1. Mengandung dengan anak no 1 bukan main genius dan meligat

2. Bisnes sendiri

3. BERSALIN anak no 2. Yey!

4. Dah ada 2 orang anak lelaki yang baik, beriman dan soleh. AMIN!

5. Pindah rumah

6. Dapat adik ipar!

7. Suka duka dalam kehidupan baru kami sebagai ibubapa dan sebagai usahawan




Alhamdulillah Allah bagi aku reflect balik malam ni. Semuanya. Macam rewind video gitu.

Besarnya tanggungjawab. Masya Allah. 

Cadang tadi nak fefeeling kat blog. Ala-ala diari, cerita payah jerih dalam 2013 ni. Tetiba semangat sangat nak meneruskan perjalanan 2014, terus rasa hilang sebak. Terus semangat macam naik sheikh nak maju dan maju melangkah ke depan dan rasa nak berlari terus.

Tapi, apa kata kita muhasabah jap. Reflect balik mana kelemahan yang boleh improve. 

Blog ni bukan mimpi indah. Ia adalah tentang realiti kehidupan kadang kita di bawah kadang kita di atas. Buat saling mengingati untuk kita semua. Aku taknak jadi mat jenin. Supaya jadi penguat untuk aku terus berimpian dan capai semua impian tu. Supaya dunia tahu semua kejayaan itu tak lalu jalan yang mudah lenggang kangkung, tapi jalan penuh duri. Yang bestnya, jangan pernah berhenti bermimpi. Kerana mimpi tak perlu dibeli, ianya percuma.

Jujur aku cakap. 2013 adalah tahun di mana aku mulakan segala urusan kehidupan aku dengan lebih serius.

As a daughter. 
As a slave of Allah.
As a parent. 
As a wifey. 

Sebelum ni, cukup teori di dada.

Sekarang hamek kau. Praktikal cukup-cukup.

Bermula dengan awal tahun aku cukup yakin dengan impian sendiri untuk aku capai. Perancangan tersusun rapi dan terus buat action. Namun kadang rentak kehidupan lari sikit, fokus pun kabur tak kabur, datang distraction kadang mula momentum merudum.

Lari trek.

Masa tu mulalah bercelaru sekejap.

---

Aku pulak memang personaliti yang cepat semangat cepat down. Alhamdulillah aku dikelilingi famili dan kawan-kawan yang positif belaka buat aku cepat naik semangat balik.

Sejak aku buat meniaga aku banyak muhasabah diri. Jujur aku cakap, banyak kali aku hampir putus asa dengan kehidupan. Astaghfirullah 

Mujur Allah bagi aku pinjam kekuatan dan bagi aku Iman (bukan anak Rudi).

Aku terus melangkah uyeh, uyeh.

Berbisnes sambil jadi ibu ayah yang membesar dan mendisplinkan anak-anak serius tough. Tough yang best! 

Maksud dia cam ni.

Kadang-kadang,

Gaduh laki bini.
Penat.
Tak sempat pun nak sembang.
Main dengan anak ala kadar.
Banyak lagilah.

Antara cabaran 2013 yang takkan aku lupa sampai mati
Foto atas Jun 2013, 38 minggu Fateh dalam perut
Foto bawah Oktober 2013, Fateh 3 bulan luar perut

TAPI.

Bahagia gila. Dapat selalu bersama-sama dengan anak-anak dan suami. Bahagia dan manisnya!

Bila masa yang tak banyak tu kite jadi manfaat gila masa yang ada.

Tapi best,

Bersama famili anytime anyplace kita nak.
Nak tidur rumah mama, jom.
Nak balik Muar, balik.
Nak jalan-jalan cari makan Ipoh, pergi.
Nak singgah morib main pasir, bawak.
Seminggu tak keluar rumah main dengan anak-anak, ok.

Pelikkan orang meniaga ni kan?



Alhamdulillah,

Pencapaian

Berkat sabar dan muhasabah,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak sangat kami suami isteri, improve day by day. Improve lagi jom! GANBATTE Nadiah-chan!


Terima kasih 2013 untuk semua di atas.

So apa resolusi kita seterusnya ye Nadiah untuk 20 hari pertama 2014. Start small, breakdown sikit.

1. Potty training Aliff

2. Perah susu buat stok untuk adik Fateh

3. LOSE FAT. Sambungan Projek Diet Juanadiah.

4. Simpanan dan pembayaran hutang


Ahaks.

Salam tahun baru daripada kami bertiga. Semoga 365 hari ini lebih bermakna dan bermanfaat demi mencari redha Allah dan manfaat orang lain. Amin ya Rabb.

Dare to dream BIG!

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013